Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

Bengkel Penyediaan Teks Bercerita MTQSS Daerah JB


Assalamualaikum semua, semalam 26/1/2011, kawan terlibat dengan bengkel penyediaan teks bercerita kisah-kisah Al-Quran bagi Daerah JB di PKG Kompleks Uda, JB.... Kawan kena hasilkan tajuk Kisah Saiyidatina Khadijah Isteri Rasululluh... Disebabkan partner kawan tak dapat hadir, akhirnya Ustaz Zaidi Penolong PPD j-QAF JB, tolong kawan....yang hadir semuanya hebat-hebat belaka kecuali kawan je. 20 orang bahagian bercerita (sekolah rendah) & 20 orang bahagian syarahan (sekolah menengah).
Serba sedikit cara penghasilan teks bercerita ni...


  1. ada 5 isi di sokong
  2. oleh 5 nas (dalil) samada nas Al-Quran atau Hadis Nabi (Hadis 40) - bacaan nas atau hadis 1 markah & maksud 1 markah = 10 markah
  3. dan ada 5 isu semasa atau terkini....diselitkan juga dengan nasyid, syair, sajak, pantun dan gurindam.... masa 8 minit
ditambah sedikit dengan gaya penyampaian yang tak lupa dan menarik sure menang Kebangsaan MTQSS. Kawan dulu pernah tengok Adik Nabil dari Kulai, Johor berlatih, pastu mempersembahkan dan akhirnya menang Johan Kebangsaan MTQSS Peringkat Kebangsaan pada 2008.
Apataknya kawan duduk sebilik dengan budak-budak nie masatu kat Hotel di Melaka. Tidurpun masih pegang teks cerita...Ngigaupun gaya bercerita.... Nasib baik Johan.....

Contoh teks (1 isi je - Kehidupan Saiyidatina Khadijah semasa bersama Rasullullah disokong oleh nas dan isu)

Wahai kawan-kawan,


(Pantun)

Pak Ali membeli baja,

Baja dibeli mahal harganya,

Isteri Sejati pedamping setia,

Lautan api direnangi bersama,


Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan Al-Haq melalui perantaraan Jibril Alaihi Sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Saiyidatina Khadijah menyelimuti Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya, Allah Taala telah berfirman di dalam Surah At-Muddasthir ayat 1 & 2:

  1. يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

  2. قُمْ فَأَنذِر

1. Hai orang yang berselimut,

2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!

Jika di zaman ini lain pula yang berlaku. Saya ada membaca akhbar harian metro pada 22 Januari 2011 yang bertajuk: Isteri Derhaka: Hayun Kuali Hentak Kepala Suami...betapa seorang suami yang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis pengsan akibat perbuatan sang isteri. Kesiankan…Ish,Ish, Ish… sampai begitu sekali.

Ketika ketakutan dan keresahan hati melanda Nabi pada waktu itu, beliau mula memujuk

" Oh! tidak begitu wahai kekasihku! Demi Allah! Allah tidak akan menghina engkau selama-lamanya, kerana engkau adalah seorang insan yang selalu menyambung tali kekeluargaan, selau menanggung orang yang berada di dalam kemiskinan, selalu tolong mencari pekerjaan kepada orang yang tidak mempunyai pekerjaan, engkau selalu memuliakan tetamu dan engkau benar-benar selalu menolong orang-orang yang sedang berada di dalam kesusahan yang sebenar-benarnya."

Oklah, Ilal Liqa'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails