Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Tazkirah Pra-Maulidur Rasul & Bacaan Yaasin



Assalamualaikum.....
Ok jumpa lagi...apa-apapun tak lama lagi kita semua akan menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada hari Selasa nie 15/2/2011...
Jadinya sekolah kawan adalah membuat tazkirah ringkas berkenaan dengan sambutan berkenaan. Cuma yang belum pasti kemungkinan sekolah kawan akan mengadakan sambutan tersebut pada 11 Mac 2011 sebelum cuti bulan 3 nanti.
Tazkirah berkenaan siapa yang menyambut atau membidankan kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Syifa' ibu kepada sahabat nabi Abdul Rahman Auf ( ada riwayat lain mengatakan Ummu Aiman).


Dan peristiwa pelik yang mana berlaku di hadapan Siti Syifa' Nabi dilahirkan tidak menangis dan sebaliknya bersin. Jadi nya tazkirah itu berkisar berkenaan dengan peristiwa pelik itu... Antaranya sumpah Iblis Laknatullah untuk menyesatkan manusia. Sebab apa para nabi tidak menangis ketika dilahirkan dan sebaliknya umat manusia menangis.
Disebabkan masa yang terhad tazkirah terpaksa dihentikan untuk laluan Bacaan Yaasin pula.
Bila kawan tanya balik murid-murid di dalam kelas apa yang ustaz tazkirahkan tadi masa perhimpunan...Yang bestnya semuanya boleh bercerita balik dan ada yang menambah cerita....kalau darjah satu tu betullah dia cerita..." Ustaz cerita tentang bayi.... pastu Nabi Muhammad ... pastu syaitan dia cucuk perut bayi masa lahir.... pastu baby pun menangis"
Tambahan cerita dari murid tahun 1 Cekal...... "Ustaz patutpun bila saya besar saya selalu sakit perut... sebab syaitan nie dah cucuk perut kita masa kite kecik"...... apalagi semua ketawaleee.....

Dan yang teruk sekali bila kawan tanya pada murid tahun 5 Cekal.... ada sorang tu adeke dia beritahu " Nabi lahirkan bayi lelaki pastu bayi tu cucuk syaitan" memang sah murid ni dengar separuh-separuh.....Apa lagi kawan dia yang kat sebelah marahlah sebab salah cerita.... nasib baik kawan dia yang betulkan dulu.... Oklah jumpa lagi..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails