Alhamdulillah, AJK pelaksanaan KBS telah berjaya mengadakan KBS kali pertamanya untuk tahun nie... Lihat tu murid-murid tahun 1 & 2 yang hadir ramai. Boleh dibilang yang tidak hadir. Seronok tengok depa semua menghadirkan diri. Kerjasama daripada guru-guru lainpun best. Tahniahlah semua. Kawan teringat masa Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti datang sekolah tahun lepas (dalam bulan Jun) hanya untuk memantau Program j-QAF sekolah nie aje..(Ustaz Subhan)... bila ditanya tentang KBS nie.. kawan cakap kehadiran ok je...tunjukkan laporan, suka Ustaz Subhan... Last2 Ustaz Subhan suruh kawan mintak GC tapi kawan tolak. Ustaz Subhan bagi warningle kat kawan. Nak ke tak GC tu.. Last ambik borang tengok2 belum sampai seru lagi. Tahun nie baru sampai seru. Cukup Syarat. Masalahnya kawan tak leh lupa bila 2 hari Ustaz Subhan berkampung dekat sini macam2 Ustaz Subhan berkongsi ilmu. Yang paling tak leh lupa masa Ustaz Subhan nak balik tu kawan hantar sampai ke jipnya. Kawan salam dan tetap ingatkan pada kawan jangan lupa mintak GC tahun depan (tahun nie)... Tah lah kisah lama...
Apa-apapun semuanya okle dengan pemantauan tu. Semua lengkap dari Sistem Fail hinggalah kepada peperiksaan murid j-QAF. Apa yang Ustaz Subhan nak semua kawan dapat berikan segera. 3 perkara nie paling utama yang Ustaz Subhan mintak kawan dapat sediakan....1. Sistem Tasmik Murid bersiap tarikh ditasmik dan Nama Guru menasmik semua sekali dari Tahun 1-6. 2. Laporan Rekod Peperiksaan Murid Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan KBS dari tahun 2008,2009,2010 lengkap ada jugak dan akhir sekali Jadual Guru j-QAF Berkelompok ( maksudnya satu jadual lengkap Guru j-QAF , satu jadual waktu ada semua nama guru j-QAF) ada juga... bila tu semua berjaya disediakan akhirnya Ustaz Subhanpun ok je lepas tu.
Masalahnya dah lama kawan tak update blog ni bukan apa... tahun lepas tahun paling mencabar kawan jadi Ustaz kat sekolah nie lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan Alam Ghaib & Sihir. Tunggulah bila ada kesempatan kawan cita.
Disebabkan nie adalah Progam Maal Hijraj 1432H walaupun dah masuk Bulan Safar, depa semua dapat makan bubur lambok... Apa yang mencuit hati ada kalangan tahun 1 tu yanh tak habis, konon2nya nak bawak balik rumah, simpanlah dalam beg, masa LDK dalam kelas majoriti yang simpan dalam beg habis tumpah.... dah jadi acara membasuh beg.
Makanan tapau untuk tahun satu dan dua aje..... Biar depa semua suka hadir kat program nie... Jumpa GB tadipun tengok seronok je muka dia.. sebab murid-murid hadir ramai....
Sesi LDK dalam kelas... Ada 8 kelas semua nya . Yang bestnya guru-guru selain Agama & j-QAF pun turut serta jadi Fasi dibantu oleh 4 orang murid turus tahun 5 & 6.
Acara Dewan. Kawan guna Bahan Sumber yang ada.
Firkah Tilmizatun tetap menang.
Mula-mula kawan nak buat sesi Sentuhan Hatilah... Masapun tingga 15 minit je jadi kawan buat gimik je. Tupun dah ada yang start nak menangis. Rasanya kalau terus pastu berderai air mata depa semua.
Oklah, mintak berlabuh, apa-apapun kawan ucapkan Tahniahlah kepada semua guru-guru, ustaz & ustazah, murid-murid yang terlibat dalam program kali ni... anda semua memang best...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan