Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Love Solat


MODEL KEM BESTARI SOLAT


  1. PENDAHULUAN

Model Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara insentif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

  1. MATLAMAT
  • Mendidik murid supaya memahami bahawa Solat itu adalah tanggungjawab diri seseorang insan bergelar Muslim.
  • Mendidik murid supaya berdisplin dengan waktu.
  • Mendidik murid supaya sentiasa kemas dan bersih disamping dapat menyemaikan nilai-nilai berpasukan, bekerjasama, berakhlak mulia dan sentiasa menghormati guru.
  • Mendidik murid supaya suka beribadah kepada Allah.
3. OBJEKTIF

TAHUN SATU

  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu.
  • Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara bersendirian atau berjemaah.

TAHUN DUA

  • Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk.
  • Murid dapat menghafaz doa selepas wuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat menghafaz doa iftitah dengan sempurna.
  • Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
  • Murid dapat membaca dan menghafaz Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
  • Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjamaah.

TAHUN TIGA

  • Murid dapat melafazkan niat solat berjamaah dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan tahiyyat awal dan akhir dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat membaca dan menghafaz Surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun dan Al-Kausar dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan Qunut dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.
  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat melaksanakan solat berjamaah dengan sempurna.

TAHUN EMPAT

  • Murid dapat melafazkan niat solat berjamaah dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan tahiyyat awal dan akhir dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat membaca dan menghafaz Surah Al-Fil, At-Takasur, Al-Ashr dan Al-Humazah dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan Qunut dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  • Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.
  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat melaksanakan solat berjamaah dengan sempurna.
  • Murid dapat menyempurnakan kaedah Sujud Sahwi yang betul.

TAHUN LIMA

  • Murid dapat berwuduk dan bertayamum dengan betul.
  • Murid dapat melaung dan melafazkan azan dengan betul.
  • Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul.
  • Murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamat dengan betul.
  • Murid dapat menghafaz surah Al-Baiyinnah, Al-Qadr dan Al-A'laq dengan betul.
  • Murid dapat melaksanakan solat berjamaah dengan betul.
  • Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuk dan muwafik.

TAHUN ENAM:

  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  • Membaca dan menghafaz bacaan tahiyyat awal, akhir dan doa qunut.
  • Menyebut rukun dan syarat sah solat jenazah.
  • Mengetahu kedudukan Imam bagi jenazah lelaki dan perempuan.
  • Membaca dan menghafaz bacaan dalam solat jenazah.
  • Membaca dan menghafaz Surah At-Tin, Ash-Sharah dan Ad-Dhuha.
  • Mengetahui kedudukan Imam dan Makmum dalam solat secara berjamaah.
  • Mengimamkan solat berjamaah.
  • Melaksanakan solat berjamaah dengan sempurna.
  • Murid dapat melafaz wirid dan doa selepas solat.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid yang beragama Islam Tahun 1, 2 , 3 , 4, 5 & 6.

5. STRATEGI PELAKSANAAN

Panatia j-QAF bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut:

  • Membentuk Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Sekolah.
  • Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
  • Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
  • Menentukan guru yang akan berperanan sebagai fasilitator.
  • Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

  1. Penasihat: Encik Kamaruddin Bin Haji Othman
  2. Pengerusi: Puan Samsusbariah Binti Razali
  3. Penyelaras: Ustaz Hairul Anuar Bin Abdullah
  4. Setiausaha: Ustazah Norliza Binti Mohd. Shah
  5. Naib Setiausaha: Ustazah Engku Nortiha Engku Muda
  6. Bendahari: Ustazah Fadilah Binti Ismail
  7. Naib Bendahari: Ustazah Siti Rokiah Binti Mat
  8. AJK: Ustaz Zainal Bin Ismail, Ustazah Nurrul Hidayah Binti Mistah, Ustazah Nur Ain Binti Abdul Rashid, Ustazah Mashuminaton Binti Alimon dan Ustazah Sazura Binti Bohari.

SEJARAH RINGKAS KEM BESTARI SOLAT SKKP

Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir telah melaksanakan Program j-QAF ini bermula pada Tahun 2005. Bermula pada tahun itulah Kem Bestari Solat yang lebih mengutamakan kepada P&P luar kelas tentang segala yang berkaitan dengan solat diajarkan kepada murid-murid j-QAF.

Sebagai contoh di bawah ini dipertontonkan serba sedikit perkaitan tentang kem tersebut.



Kini, program j-QAF sekolah ini, telah memamah usia enam tahun lamanya. Pelbagai program yang berkaitan dengan solat ini telah dijalankan dan diselesaikan. Apa yang dilihat ramai murid-murid yang sudah mematangkan diri mereka dengan perkara-perkara asas tentang solat.

Dibawah ini adalah jadual aktiviti Kem Bestari Solat untuk tahun 2011:

JADUAL AKTIVITI TAHUNAN J-QAF 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR

Bil

Tarikh

(Sesi 2011)

Aktiviti

15 Januari (Sabtu)

Kem Bestari Solat 1 (Tahun 1, 2 & 3)

2.

5 Mac (Sabtu)

Kem Bestari Solat 2 ( Tahun 1, 2 & 3)

3.

18 Jun (Sabtu)

Kem Bestari Solat 3 ( Tahun 1, 2 & 3)

4.

25 Jun (Sabtu)

Kem Bestari Solat 1 ( Tahun 4, 5 & 6)

5.

9 Julai (Sabtu)

Kem Bestari Solat 4 (Tahun 1, 2 & 3)

6.

23 Julai (Sabtu)

Kem Bestari Solat 2 ( Tahun 4, 5 & 6)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails