Assalamualaikum... tak de apa yang nak dicitakan.... cuma cita tentang apa-apa yang berkaitan dengan j-QAF kalau PPD JB mintak ke apa ke, kawan akan pastikan sekolah kawan bereskan dengan segera. Bukan apa, kalau kita buat Program j-QAF nie dengan betul, segala laporan, fail dan sebagainya kita sentiasa up to date.....
Kawan pernah cerita tentang Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti datang sekolah tahun lepas untuk memantau Program j-QAF sekolah nie secara mengejut.... selama 2 hari Ustaz Subhan meneliti segalanya.... Tapi disebabkan kawan sentiasa pastikan segala program yang berkaitan dengan j-QAF mesti up to date, jadinya kawan relax je.....tak de nak kelam kabut.... yang kelam kabutnya orang lainlah pulak..... Ialah kita dah dilantik sebagai Guru j-QAF, maka jadilah sebagai Guru j-QAF dan pastikan semua programnya berjalan lancar. Tapi bila kawan dengar ada guru j-QAF jadi SU sukan, kena mengajar selain bidang agama terkilanlah juga. Nak buat camner ?
Guru j-QAF pun guru luar norma yang ditugaskan dengan bidang tugas khas untuk memperkasakan bidang agama islam & bahasa arab. Jadinya peganglah amanah tu. Tapi bila ada pihak yang masih tak faham... sedih juga... Sehinggakan guru j-QAF ada Pegawainya sendiri...Kalau di PPD JB, ada Penolong PPD j-QAF , Ustaz Zaidi Ismail, kalau di JPN pula ada Penolong Pengarah j-QAF, Ustaz Azhar Bin Tumin. Jadinya marilah kita melestarikan Program ni dan jadikan ianya yang terbest... Sekolah kawan Guru Agama & j-QAF memang best....... semua saling bekerjasama........ Oklah apa-apapun tahlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan