Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Love Al-Quran


MODEL TASMIK

Takrif

Model Tasmik Khatam Al-Qur’an ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan bacaan Al-Qur’an murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam Al-Qur’an semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif:

  1. Murid dapatmembaca Al-Qur’an dengan bertajwid
  2. Murid dapat mengkhatamkan bacaan Al-Qur’an 30 juzuk.

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TASMIK 2011

Bil

Tarikh

Hari

Tahun

Masa

Catatan

5.2.2011

Sabtu

1-6

8.00-12.00


21.5.2011

Sabtu

1-6

8.00-1200


Bil

Nama Guru

Hari

Tahun

Masa


Ustaz Hairul

Isnin - Jumaat

1,4,5,6

Sebelum & Selepas Sesi P&P Persekolahan


Ustazah Siti

Isnin - Jumaat

1,4,5,6

Sebelum & Selepas Sesi P&P Persekolahan

Ustazah Fadilah

Isnin - Jumaat

1

Sebelum & Selepas Sesi P&P Persekolahan


Ustazah Norliza

Isnin - Jumaat

2 & 3

Sebelum & Selepas Sesi P&P Persekolahan


Ustazah Engku

KHAMIS

2 & 3

12.35-1.05

MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QUR’AN

Takrif

Model 6 bulan Khatam Al-Qur’an ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Al-Qur’an pada enam bulan pertama tahun satu dan aspek khatam Al-Qur’an pada enam bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6.

Objektif:

  1. Murid dapat membaca Al-Qur’an dengan lancer dan bertajwid.
  2. Murid dapat menghabiskan bacaan Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk.



BACAAN IKUT GURU

Takrif

Bacaan Ikut Guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra’ dan murid yang membaca Al-Quran di bawah sukatan yang sebenarnya.

Matlamat:

  1. 1. Mimbimbing murid-murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dan murid yang membaca Al-Quran di bawah sukatan sebenar agar mereka dapat khatam Al-Quran.
  2. Memudahkan guru melaksanakan P&P khatam Al-Quran.

KEM LITERASI AL-QURAN : KELAS PEMULIHAN IQRA’


KONSEP

Kem Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

RASIONAL

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

OBJEKTIF

Ø Murid-murid yang masih berada di tahap bacaan Iqra’ 1 dapat mencapai tahap bacaan Iqra’ 2.

Ø Murid-murid yang masih berada di tahap bacaan Iqra’ 2 dan 3 dapat mencapai tahap bacaan Iqra’ 4.

KUMPULAN SASARAN

60 orang murid tahun 1-6 yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1.

TENAGA PEMBIMBING

Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam yang lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.

STRATEGI PELAKSANAAN

TEMPOH PELAKSANAAN

Kem ini akan diadakan pada tarikh 26 Mac 2011 bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bertempat di Dewan Ar-Rahman Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir, Johor Bahru, Johor.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut:
Penasihat : Guru Besar : Encik Kamaruddin Bin Haji Othman
Pengerusi : Penolong Kanan 1 : Puan Shamsusbariah Binti Razali
Penyelaras Kem : Ustaz Hairul Anuar Bin Abdullah
Setiausaha : Ustazah Norliza Binti Mohd Shah
Pen. Setiausaha : Ustazah Siti Rokiah Binti Mat
Bendahari : Ustazah Fadilah Binti Ismail
Penolong Bendahari : Ustazah Engku Nortiha Binti Engku Muda
AJK : Semua Guru j-QAF dan GPI

ALIRAN KERJA PELAKSANAAN
1 . Pelantikan Pembimbing KLAQ
2 . Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ
3 . Pemilihan Murid KLAQ
4 . Pelaksanaan KILAQ
5 . Penyediaan Rekod
6 . Penyediaan Analisa
7 . Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi
8 . Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem

MODUL PELAKSANAAN
Modul pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA’:

BUKU MUKASURAT BIL MS
BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68

Catatan:
1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra’ yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra’ 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra’ 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra’ 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka surat semasa murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.

REKOD PELAPORAN DAN PELAKSANAAN
Pihak JK Kem Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra’ yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Kem Literasi Intervensi Al-Quran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kem Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Kem Literasi Al-Quran hendaklah menyediakan Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang dicadangkan.

KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Panatia j-QAF

JUMLAH = RM 20.00

ANGGARAN PERBELANJAAN KEM KLAQ

Hadiah Galakan

(20 murid x RM 1.00) = RM 20.00

PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran ini akan berjaya. Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan mampu dicapai. Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails