Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Lamanya Menghilang!

Lamanya kawan tak update blog nie.....semenjak akhir tahun lalu sampai lani macam-macam yang kawan lalui. Dulu kawan tak aktif dengan j-QAF nie, tapi lepas jadi JU j-QAF JB nie sibuk sikit. Yang paling sibuknya bila kawan dikehendaki menguruskan Buku Rekod Individu (Iqra', Al-Quran, Jawi, PAFA dan Bacaan Dalam Solat). Sehingga kini masih ada sekolah yang membuat tempahan.

 Yang kat atas tu gambar masa kawan ceramah Maulidur Rasul kat SK Seri Kenanga bulan 2 lepas. Banyak pengalaman yang kawan dapat. Yang utama kalau ceramah dengan murid sekolah rendah nie banyak video, animasi dan yang seumpama dengannya. Kalau tidak dewan yang besar tu akan jadi gegak gempita tanpa kawalan nanti. Al-Hamdulillah, murid-murid berjaya mendengar dengan kusyuk.....masuk cerita solat, palestin, hantu, ibu bapa semuanya ditanggung beres.

Yang kat atas nie pulak masa kawan berbengkel untuk Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor. Jurnal bilangan 5. Kawan tak pernah dari pagi sampai 4.30 petang ngadap komputer. Ini pertama kali ngadap komputer edit kajian tindakan sendiri. Walaupun kawan jadi JU e-pelaporan j-QAF JB yang menguruskan data j-QAF lebih kurang 35000 murid j-QAF tapi taklah sampai petang kawan ngadap komputer. Balik rumah rasa nak pitam. Baru-baru nie, Penolong Pengarah JPNJ, Encik Sahibul ada msg kawan, katanya kajian tindakan kawan terpilih 5 terbaik negeri Johor (menengah dan rendah) untuk dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Bulan Jun ini. Tapi katanya pemilihan di peringkat KPM nanti hanya memerlukan 2 sahaja kajian tindakan setiap negeri. Kawanpun tak tahulah. Lagi dilari dengan kajian tindakan ini, lagi ia muncul.
Dan banyak-banyak aktiviti yang kawan telah buat ni ada yang menyedihkan.....Sama juga terjadi cam Kumpulan Kalam Jamaie kawan........Walaupun team sekolah kawan telah berjaya muncul Johan MTQSS dan Festival Nasyid Zon Bandar, JB 2013, tapi masa Peringkat Daerah JB, team nasyid kawan telah mendapat tempat ketiga.........Yang Ralatnya Hakim Lagu cakap lagu sekolah kawan ciplak........Masalahnya kawan pernah pergi kursus Kehakiman Bahagian Nasyid di Peringkat Negeri Johor tahun lepas. Lagu dikira ciplak jika keseluruhan lagu dah didengar. Lagu boleh diciplak hanya 4 bit. Tapi hakim tu cakap kalau lagu lebih 4 bar dikira ciplak. Pening kepala kawan. Hakim tu guru muzik. Dan kawan tak jadi hakim sebab sekolah kawan masuk. Bila kawan judge dari belakang kemungkinan Johan dan Naib Johan, tapi sebaliknya berlaku bila kedua-dua lagu kawan tak dikira. (Jenuh buat lagu nasyid nie tapi orang kata ciplak pulak) Tapi bagi kawan, guru muzik punya penilaian lain dengan kalangan orang agama. Sebab istilah agama suara yang sedap didengar adalah suara zauk (menusuk di dalam kalbu) dan ada tabaqat-tabaqat suara yang perlu dikembangkan seperti suara qarar, nawa, jawab dan jawabul-jawab. Bukan melihat kelembutan sahaja tapi perlu dilihat kepada kemantapan. Kalau tidak nasyid akan jadi muzik pop. Oklah....kawan mengundur diri dulu. Mintak maaf bebanyak sebab lama tak update..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails