Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

Sijil Kategori Emas

 Alhamdulillah semalam kawan telah membentengkan Kajian Tindakan kawan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat. Kawan dapat giliran ketiga.
Kajian Tindakan kawan juga berjaya mendapat tempat ke-3. Johan, Pembentang dari Batu Pahat dan Naib Johan, Pembentang dari Segamat.

Masalahnya, nombor 1-3 dalam Kajian Tindakan Peringkat Negeri ni, akan membentangkan Kajian Tindakannya sekali lagi di Jabatan Pelajaran Johor..............Tah, kawanpun tak pasti...sebab apa  hendak dibentangkan lagi tapi tiba2 ada pulak ucap tahniah berjaya pergi ke Peringkat Kebangsaan. Kawan cakap taklah, kena bentang kat JPNJ. Yang masalahnya kalau kena bentang sekali lagi di JPNJ, kenapa Peringkat Negeri ni tak buat di JPNJ. Sebab yang kawan dengar semua pemenang 1-3 dari Kategori Inovasi dan Kajian Tindakan SM / SR akan terlibat. Apa yang pasti semasa diumumkan perkara tu kawan dah bergegas nak balik sebab kawan takut hujan lebat. Tapi dalam prjalanan balik, kawan tempuhi juga hujan lebat ni dari Ayer Hitam sampai JB. 

 Kalau dilihat tempat dan hadiran, boleh kecut nak bentang kajian tindakan ni.... Tapi kawan nekad, nak buat macam ceramah je....berjaya juga kawan ceramah....kakakka....sampai Juri puji kawan..."Bagus ada karisma, kalau sekarang Encik Hairul boleh menarik minat kami semua untuk mendengar, apatah lagi murid-murid (saje masuk bakul angkat sendiri)

Masa ni para hadirin belum masuk lagi sebab seminar belum bermula. Tu yang nampak tak ramai tu....Yang tengah berdiri kat belakang tu....Barisan juri kehakiman. Hebat-hebat belaka terdiri dari 2 orang Doktor IPG dan 2 orang Pengetua Sekolah Menengah. Yang pasti pengalaman pertama kawan di dalam Kajian Tindakan ini banyak pengalaman yang kawan terokai...............apa-apapun betul ke kena bentang sekali lagi????????? Kawan dah asyik....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails