Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

j-QAF JB Berjaya Menghimpunkan Semua Guru j-QAF & Ketua Panatia PI

Alhamdulillah, AJK Program JB telah berjaya mengadakan Kursus Pembugaran Program j-QAF 2013 pada hari Sabtu lepas 13/4/2013. Ini merupakan kali pertama program yang menghimpunkan semua guru-guru j-QAF dari seluruh Daerah Johor Bahru bersama-sama Ketua Panatia Pendidikan Islam yang berjumlah 500 orang semuanya membugarkan program ini semula. Dengan kehadiran Ustaz Mohd Azhar Bin Tumin, Penolong Pengarah, SPI, JPNJ selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam Johor dan Ustaz Hazrul Nizam, Penolong PPD Pasir Gudang selaku penceramah kursus kali ini ianya dapat menaikkan semangat kepada para peserta yang hadir.


Ustaz Sulaiman dengan BBM j-QAF yang pelbagai.



 Kawan jaga kuanter Buku Rekod j-QAF. Tinggal lagi 3 buah sekolah yang belum ambil tempahan mereka. Yang belum buat tempahan Buku Rekod ini ada lebih kurang 30 buah sekolah. Semenjak JPNJ mengeluarkan pekeling supaya membeli Buku Rekod ini ia dah menjadi semacam wajib pulak sebagai salah satu cara untuk menaikkan kembali program ini.


Keadaan dewan yang pada mulanya kawan ingat tidak ada masalah. Rupa-rupa, ada masalah pada aircond. Ada 2 aircond je yang berfungsi. Jadinya Ustaz dan Ustazah nie kepanasanlah, macam sauna jadinya. Tapi rata-rata semuanya belajar kat Timur Tengah....dah biasa dengan kepanasan.............Tapi semuanya berjalan lancar sehingga tamat kursus. Yang paling bestnya...Ustaz Azhar (JPNJ) ada sejak mula sehingga tamat kursus sebagai tanda sokongan yang jitu. 
Oklah kawan minta diri dulu........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails