Assalamualaikum semua, lama rasanya tak update..... Kawan baru balik dari persidangan ini, banyak pengalaman yang dapat. Kawan bersama Penyelaras Kajian Tindakan Negeri JPNJ Encik Sahibul dan Tuan Timbalan Pengarah JPNJ, Encik Hasidin dan Pembentang Kajian Tindakan Menengah, Puan Zaleha. Gambar ni semasa Majlis Pembukaan.... Selepas tu kawan bentang. Bila kawan berada di Persidangan Kebangsaan ni, rasa kerdil je diri nie, semuanya hebat2 belaka dari Para Pembentang sehinggalah kepada Para Peserta yang berjumlah 207 orang. Doktor-doktor KPM, Pensyarah Cemerlang, Pengetua Cemerlang, GB Cemerlang, JU Kebangsaan dan Negeri, GC yang bertaraf DG52 dan PPD. Menggabungkan semua matapelajaran dari menengah sehingga rendah.
Nie masa Taklimat Persidangan dan House Keeping. Pada pukul 8.00 malam hari pertama tu, 10 Jun. Masa nie tak senang duduk juga, sebab esok kawan kena bentang, kawan giliran yang keenam. Dahlah suara serak. Asyik testing suara je kat dalam bilik.
Akhirnya giliran kawan bentang tiba, suara bolehlah masa tu... apa yang lain nak dibentangkan lain pula yang keluar disebab suara serak dan terpaksa tekankan suara untuk jelaskan suara. Alhamdulillah, masa tu tak batuk. Cuma selsema je sikit. Nasib baik boleh buat lawak sikit. Rasanya kalau suara kawan ada, mungkin ceritanya lebih menarik kot...... Terdapat 2 soalan yang diajukan....pertama Istilah pinjaman Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu. Kenapa sebutan berlainan dengan penulisan BM. Berjaya di jawab dengan baik.
Kedua, berkenaan pelat murid di dalam sebutan huruf. Jawapan kawan melihat dari pengalaman kawan mengajar anak kawan ketika umur 2 tahun dan 3 tahun. Memang anak kawan pelat nak sebut huruf yang tersembunyi di kerongkong, tetapi bila selalu nyatakan dari mana datangnya sebutan yang betul tu, akhirnya anak kawan tak pelat.
Masa nie tengah menunggu makanan cina..... Majlis Makan Malam Bersama JPN Kelantan.... Pelik2 juga makanannya. Akhir sekali baru makan nasi.....Masa tengah persembahan nie, adalah pengacara tanya kepada Para Peserta berkenaan Kajian Tindakan yang dibentangkan..... Ada peserta dari Sarawak cakap Kajian Tindakan SIKU LEHA dan SOtong / Doremon sangat kreatif dan inovasi. Masa makan tu adalah hidangan sotong. Semuanya cakap SOtong. (kakakkakaka)
Sambil makan, dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid SM dan SR dari seluruh negeri Kelantan. Seingat kawan, mula pukul 8 malam sehingga 10.30 malam baru persembahan nie tamat.
Nie masa tengah ceritakan Kajian Tindakan kawan, SOtong Doremon......
Sebelum acara penutupan, semua peserta dikehendaki berbengkel berkenaan dengan Isu-isu Pendidikan. Kawan jadi Ketua Kumpulan dan disuruh bentang sekali lagi. dahlah suara masa nie takde..... Nasib baik ada Cikgu Tengku yang sudi membentangkan. Tajuknya Membudayakan Kajian Tindakan Di Sekolah. Bagus juga kumpulan nie. Apa yang dicadangkan terus EPRD setuju untuk digunakan. Antaranya karenah birokrasi Kajian Tindakan. Yang mana perlu ke PPD, JPN, barulah sampai ke EPRD. Semua peserta dan pembentang dibenarkan menghantar kajian tindakn mereka terus ke EPRD tanpa melalui PPD dan JPN.
Nie pula Kontigen Johor, semuanya JU Negeri...... Kawan sangat-sangat beri pujian yang tidak terhingga pada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor yang sudi hadir pada persidangan nie.....Untuk pengetahuan pengunjung..... Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan pun ada... dan yang lain Timbalan Pengarah Buku Teks, EPRD dan KPM. Tapi yang kawan salute, masa VVIP tengah menjamu selera selepas Majlis Pembukaan. Terus diminta kawan membentang. Tuan Timbalan Pengarah Johor, masuk ke dalam Dewan Persidangan dan terus duduk depan kawan. Masa tu kawan dapat semangat baru. Terima kasih, Tuan Timbalan......
Oklah, kawan rasa panjang dah......tapi pengalaman yang kawan dapat dalam persidangan nie sangat banyak. Ada pembentang yang dikritik teruk2 disebabkan penggunaan ISTILAH LEMBAM. Tetapi rakan-rakan GC nie cepat dan bangun untuk mempertahankan sesama mereka. Itu yang kawan paling kagum. Hebat.... Oklah rasa rindu pula dengan persidangan nie.... sebabnya yang kawan nampak....inilah perhimpunan 207 peserta yang merangkumi semua Ilmuan Pendidik yang Cemerang dari seluruh Malaysia. Cara, tindakan, pnyelesaian semuanya berbeza dengan apa yang kawan hadapi di sekolah. Alangkah bestnya, kalau 207 peserta dan pembentang ni diberikan sebuah sekolah yang paling ke bawah sekali pencapaiannya di Malaysia, dan diberi masa selama sebulan untuk memperbaiki pencapaian sekolah tersebut.....rasa-rasanya, boleh dan terus jdi Cemerlang. (betul-betul) Oklah kawan minta diri dulu...Ilal Liqa'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan