Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

Permulaan Kalam Jama'i 12 dan Dikir Barat 13 j-QAF

         Alhamdulillah, Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Kebangsaan Kali Pertama telah selamat melabuhkan tirainya pada hari selasa 23/10/2012. Banyak pengalaman yang kawan kutip daripada pertandingan ini. Bermula pada peringkat negeri kawan melibatkan diri di dalam AJK Kehakiman dan Pertandingan seterusnya sekali lagi kawan telah dilantik untuk menerajui AJK pertama di dalam pertandingan ini iaitu AJK Kehakiman dan Pertandingan juga. Gambar di atas tu, semua Jemaah Hakim Kalam Jama'i Kebangsaan sedang bermuzakarah. Secara keseluruhannya apa yang kawan lihat, kesalahan yang dibuat oleh setiap pasukan tak kira pada peringkat permulaan, zon sehinggalah ke peringkat kebangsaan ianya melibatkan masalah teknikal. Pasukan yang mana memahami dengan lebih mendalam peraturan Kalam Jama'i yang dikeluarkan BPI ianya akan menduduki ranking. 
                 Kawan telah menjadi Ketua Hakim di Peringkat Daerah JB dan telah melibatkan diri di dalam Muzakarah Hakim pada peringkat negeri dan kebangsaan, apa yang menjadi masalah paling utama ialah PAKAIAN. Pakaian tak mahu ada baju sokongan. Mesti BAJU KEBANGSAAN (L) BAJU KURUNG (P). Sapa-sapa yang memakai blazer ke, jubah ke atau pakaian semacam corel speaking pasti akan kecundang walaupun mempamerkan persembahan yang mantap. TIDAK ADA TOLAK ANSUR. Lagi satu, peraturan semasa persembahan seperti tak boleh angkat kaki, angkat tangan, hanya pertuturan bukan nasyid dan lakonan dll. Itupun antara negeri berbeza-beza. Sebab kawan ada borak-borak dengan hakim-hakim yang pelbagai negeri ni, ada kata boleh kalau ada yang cakap sorang dan ada yang tak boleh. Ada yang boleh tenjit sebab bukan angkat kaki. Tapi pasukan kawan kena tempias juga pada peringkat negeri sebabnya tenjit. Tanya hakim kebangsaan tak pe sebab bukan angkat kaki. Tu yang kawan kata lebih melibatkan masalah teknikal. Jadinya, pasukan mana yang kurang membuat kesalahan teknikal ni akan masuk ranking.

 Disebabkan itu semua, hakim-hakim yang ada akan berbengkel sekali lagi dan akan membuat satu ketetapan yang lengkap agar masalah kekalahan teknikal ini tidak berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat yang lebih tinggi (negeri atau kebangsaan) Kesian pada pasukan yang kena tempias ni macam pasukan kawan. Dahlah berlatih berterusan sehinggakan pada Bulan Ramdhan pun berlatih juga. Tapi ketika pertandingan yang kalahnya disebabkan tenjet, ada perkataan melayu. Yang dapat ranking, walaupun tidak seberapa dari segi persembahan dan isi tetap menang disebabkan menjaga kesalahan teknikal ini. (Bukan kita suka-suka buat tapi peraturannya tak jelas)

          Kawan ucapkan tahniah pada Pasukan Terengganu yang berjaya menjadi Johan. Dengan mendapat peratus 83 %. Memang persembahan yang mantap dan isi yang menyakinkan. Bahasapun mudah difahami. Kawan tak terfikir pun tentang tepuk tangan tu. Tapi Pasukan Terengganu ada memasukkan elemen itu.

      Satu-satunya pasukan lelaki yang berjaya memasuki Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Kebangsaan kali ini. Pasukan dari negeri Pulau Pinang. Tapi untuk tahun hadapan, kemungkinan besar Pasukan Dikir Barat kesemuanya lelaki dari setiap negeri juga akan bertanding bersama-sama dengan Pasukan Kalam Jama'i. Ustaz Husni hakim dari negeri Kelantan akan berbengkel untuk menentukan peraturannya. Apa yang kawan dengar, mesti ada Juara dan Tukang Karut. Tulah je hint-hintnya. Apa-apapun, kawan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua kawan, kalau Peringkat Negeri, Ustaz Najib (Penolong Pengarah Syiar Islam, SPI, JPNJ) tapi Peringkat Kebangsaan, Ustaz Mahmood (Penolong Pengarah Kepimpinan, SPI, JPNJ) yang banyak membantu kawan. Tapi apa-apapun tahniah juga kepada Pasukan Negeri Johor yang mendapat Naib Johan. Sebab isi mantap dan MENJAGA KESALAHAN TEKNIKAL ni.........ok ILAL LIQA'. AIDIL ADHA MUBARAK...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails