Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Pengumpulan Data e-Pelaporan j-QAF Peringkat Negeri Johor Jun 2012

Alhamdulillah, kawan dan 2 orang sahabat kawan telah pergi ke Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Bandar Tenggara, Kulai unutk Pengumpulan Data e-Pelaporan j-QAF bagi Jun 2012. Memang jauh tempatnya ke dalam felda. Berdekatan dengan Felda Sungai Sibol. Semua JLU daerah-daerah dan Penolong PPD j-QAF setiap daerah terlibat. Bagi pihak JPNJ pula, Ustaz Mohd Khahar Bin Bachok selaku Penolong Pengarah j-QAF, Ustaz Azhar Bin Tumin selaku Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras Menengah dan Ustaz Nasarudin Bin Hashim selalu Penolong Pengarah Operasi Pendidikan Islam Teras terlibat sama.

 JLU dari daerah Batu Pahat, Pasir Gudang dan Mersing sedang sibuk menyaring data supaya data berkenaan valid dengan jumlah murid.

 Tempat penginapan pula diberikan sebuah rumah untuk 3 orang tinggal, kawan, Ustaz Zaidi Bin Ismail (Penolong PPD j-QAF Daerah Johor Bahru) dan Ustaz Fakhrurazi

Saat-saat akhir sebelum data dibentangkan dihadapan Pegawai-pegawai JPNJ.


 Daerah Mersing sedang membentangkan data e-Pelaporan j-QAF daerah mereka di hadapan JLU2, semua Penolong PPD j-QAF daerah dan yang lebih utamanya di hadapan 3 orang pegawai JPNJ, Ustaz Azhar, Ustaz Nasarudin dan Ustaz Khahar. 


 Ustaz Zaidi Bin Ismail sedang membentangkan data e-Pelaporan j-QAF bagi daerah kawan. Semuanya dapat 91% keseluruhan. Kawan turut membantu di sebalik ni.....

Barisan JLU2 setiap daerah sedang bertungkus lumus menyiapkan data e-Pelaporan j-QAF pada kali ini. Bagi daerah kawan terdapat 4 buah sekolah yang tidak berhati-hati ketika mengisi data e-pelaporan ini. Ada yang murid lelaki ditandakan (P) dan ada murid India diletakkan cemerlang solat dan ada juga yang tidak mengikut spesifikasi juzuk yang telah ditetapkan tetapi menaip juzak yang tiada. Terdapat juga yang tidak mengisi markah bahasa arab sedangkan murid tersebut mengambil Bahasa Arab. Dan terdapat juga 2 buah sekolah yang paling lambat menghantar sedangkan keesokkannya group kawan kena bertolak ke Kulai untuk pengumpulan kali ini. Kalau diikutkan sekolah tersebut hanya mempunyai 5 orang murid dan yang satu lagi, 14 orang murid sahaja berbanding sekolah-sekolah lain yang ramai murid sehingga beratus-ratus orang.

Tadi kawan lihat di Laman Web PPDJB, sekolah-sekolah yang mengisi ralat berkenaan telah diberi peringatan supaya kesalahan ini tidak berulang. Sebab apa? Kesalahan-kesalahan ini telah bertahun-tahun dilakukan sehinggakan pegawai-pegawai JPNJ meminta agar sekolah-sekolah serius dengan data mereka. Oklah kawan ingin mengundur diri....ILAL LIQA' (Ramadhan Karim) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails