Alhamdulillah lama rasanya tak bersua, semenjak bulan Ramadhan dulu hingga kini. Sekarang nie dah masuk bulan 9 dan 10, macam-macam program yang akan menjelma. 29/09/2012 nie, sekolah kawan akan menyertai Mahrajan j-QAF Peringkat Negei Johor di SK Taman Damasara Alif, JB. Lama dah berlatih....hanya Allah yang menentukannya. Kita hanya berusaha dan akhirnya berdoa dan bertawakkal. Kawanpun terlibat juga dengan AJK Mahrajan j-QAF pada Peringkat Kebangsaan nanti 20/10/2012 yang akan diadakan di UTM, Johor Bahru. Semoga sekolah kawan berjaya memasuki hingga ke Peringkat Kebangsaan nanti.......Insya Allah.
Ohhh terlupa nak cerita tentang kawan letak gambar Doremon tu......sebabnya kawan telah berjaya menjadi Johan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Johor Bahru pada hari Sabtu 22/09/2012 yang lalu. Kawan akan bertanding pula pada Peringkat Negeri Johor pada 13/10/2012 nie kat UTHO, BP. Apa taknya....kajian tindakan kawan ialah Kaedah Bercerita Pada 4 Huruf Susah (SOtong, DOremon, TOpi dan ZOhor). Kawan tak menjangka boleh menang sebab para pembentang lain hebat-hebat belaka. Hanya kawan mewakili Matapelajaran Pendidikan Islam untuk Daerah Johor Bahru.
Nielah hadiahnya untuk dikongsi bersama pengunjung. Dulu kawan pernah membentangkan kajian tindakan ini pada peringkat saringan Negeri Johor tapi kawan tak berjaya masuk top 10. Kajian tindakan masa tu, hanya melibatkan guru-guru Agama Islam dan Bahasa Arab. Tapi kali ni melibatkan semua matapelajaran. Tahlah, kawan hanya mencuba je....yang pasti kajian tindakan ini semasa membentang biar para peserta dan juri faham dengan mudah kaedah kita. Jangan berbelit-belit. Tapi yang kawan tak leh lupa ada guru bukan beragama Islam terlopong tengok kawan cerita kisah Doremon nie...hahahahah masuk bakul angkat sendiri.
Gambar yang nie saje kawan nak cerita pada pengunjung.... orang kata kalau burung-burung nie suka lepak kat rumah kita rezeki murah. Yang nie telur burung tekukur. Kalau nak tahu kat mana burung nie bertelur....kat tingkap dapur rumah kawan. Tempat orang rumah kawan sidai baju. Mula-mula tu burung nie nak bertelur kat awning kawan tapi sarangnya asyik kena terbangkan angin.... Last-last kat situ... Tapi yang kawan respek kat burung ni tak mahu terbangpun bila kawan dan orang rumah lalulalang. Yang nie burung tu tak de tengah cari makanan. Lapar kot... Ada 2 ekor Murai pulak suka tidur kat ampaian luar rumah....Betul-betul kat tingkat dapur lagi satu kat rumah kawan. Kawan halau burung Murai itu sebab pagi-pagi tahi penuh kat luar. Last-last dia tidur kat maner nak tahu....kat viper belakang kereta kawan.... Mula-mula angin juga kawan penuh tahi...Last-last mals dah nak halau sebab tak mahu tukar tempat. Semoga kawan dimurahkan rezeki hendaknya Insya Allah....Oklah kawan ingin mintak diri dulu.....Wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan