Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Program KOKURIA Bahasa Arab, Peringkat Daerah, JB 2012

Alhamdulillah, itulah kejayaan yang manis buat Kumpulan Kalam Jamaie sekolah kawan. Berjaya jadi Johan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Johor Bahru pada tahun ini. Walaupun pertama kali sekolah kawan masuk, dan kawan yang melatih mereka bersama dengan Ustazah Fadilah.... akhirnya berjaya juga sekolah kawan jadi Johan, pertama kali masuk dan di situlah kejayaan yang tertinggi dengan menjadi Johan. Ada seorang sahabat yang menyatakan yang sekolah dia dapat Naib Johan dengan hanya seminggu je berlatih. Tapi sekolah kawan 3 bulan merancang segalanya bermula dari membuat kajian, skrip sehinggalah hari pertandingan. Tapi yang pastinya sekolah kawan pertama kali masuk di dalam pertandingan ini semenjak ianya dimulakan pada 2006 dan terus Johan. Itu yang kawan merendah diri aje.........Persiapan akan dibuat untuk Peringkat Negeri pula pada bulan 9 nanti. Doakan langkahan ini tetap Sederap Sehaluan, Unggul Dipertahan.

 Pada hari tersebut juga, kawan dilantik menjadi Ketua Hakim bagi pertandingan berkenaan. Berpeluh tak terkira kawan ke hulu kehilir untuk memastikan semua pertandingan berjalan lancar. Yang gambar di atas tu, barisan hakim Dikir Barat . Ustaz Hafizd, Ustaz Wan Mubarak, Encik Zuhairaizam dan Ustaz Annuar Mussyaddad. Pemenang Dikir Barat pd tahun ini Kumpulan dari SK Kampung Maju Jaya, Naib Johan Peringkat Negeri Johor pada tahun lepas.


 Ini bukan kumpulan pemenang. Saje kawan ambik gambar untuk gambaran pentas. Apa yang pasti semua sekolah sudah mula menunjukkan peningkatan dengan kumpulan Juara.

Tempat pertandingan Tilawah (L). Kalau semua nak tahu, terdapat 45 orang semuanya yang masuk dalam pertandingan tilawah ini. Acara yang paling mendapat sambutan. Di sebabkan terlalu ramai, kawan terpaksa membuat keputusan untuk memecahkan pertandingan ini kepada 3 tempat sejurus pertandingan Dikir Barat selesai.
 Barisan Jemaah Hakim Tilawah (L) sedang khusyuk menilai bacaan murid. Ustaz Yusof, Ustaz Zul, Ustaz Din dan Ustaz Nizam.

Ini pula Barisan Jemaah Hakim Kalam Jamaie. Ustazah Maizatul Sazila, Ustazah Adibah dan Ustazah Tumoninah. Kalau nak tahu terdapat 18 buah sekolah yang mengambil bahagian pada tahun ini berbanding pada tahun lepas hanya 8 buah sahaja. Yang menariknya sekolah kawan jadi Johan dengan penyertaan sulung. Komen dari hakim terhadap sekolah kawan, semuanya ok, depapun terkejut dan terpukau.Cuma yang perlu diberi perhatian lambatkan sikit percakapan tu. Kawan dah ingatkan pada kumpulan kawan nie, jangan cakap cepat sangat. Tapi bila depa semua cakap laju dan jelas kawan tak suruh ubahpun. Nanti pada Peringkat Negeri kawan terpaksalah ikut cakap hakim sebab Ustazah Maizatul tu hakim negeri dan JU Kebangsaan Bahasa Arab j-QAF.


Barisan Jemaah Hakim Tilawah (P), terdiri daripada Ustazah Faezah, Ustazah Maizatul Akmal, Ustazah Khairunnisak dan Ustazah Endok. Bilangan pesertapun ramai, 43 orang semuanya.

Ini pula pertandingan Hiwar, hakimnya terdiri daripada Ustaz Mohd shahran, Ustaz Mohamad A'riff dan Ustazah hajah Hanizah.


Apa-apapun, kawan mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Pengelola, SK Taman Universiti 1, terutama kepada Ustazah Asma kerana berjaya menjadikan program berjalan dengan lancar. Tahniahlah. Kalau ada yang ralatpun, hanya kes kecik je. Tahniah sekali lagi.

 Daripada gambar di atas, erti kemenangan itu di sebaliknya banyak ranjau yang ditempuhi. Bermula pada penghasilan skrip. Walaupun kawan buat opsyen Bahasa Arab. Tapi kawan berada di dalam Jurusan Bahasa Arab ini semenjak di peringkat Diploma lagi dan Ijazah di Mesir. Kawan bulatkan tekad, sekolah kawan mesti Johan Daerah. Lepas tu baju pulak. Kalau nak jadi Johan mesti semua lengkap mengikut syarat. Walau macamana sedappun kalau baju tak mengikut peraturan tetap tak dapat Johan. Sebab syaratnya berada pada perenggan 1.2 di dalam syarat Kalam Jamaie. Mintak sekolah RM 1000. Kesian Ustazah Fadilah. Turun naik jumpa GB, dan telefon YDP PIBG minta sumbangan akhirnya dapat RM 500 aje. Nasib baik Ustazah Fadilah tak putus asa, mintak sumbangan j-QAF dan sumbangan guru-guru dan keluarkan duitnya sendiri. Kalau Ustazah Fadilah tak semangat macam kawan, rasanya kumpulan ini tinggal nama je. Terima kasih Ustazah Fadilah kerana banyak menolong kawan. Akhirnya lengkap semuanya. Di sebabkan budak-budak ini berlatih berhari-hari bermula akhir bulan 4 sebelum PPT, ada cikgu yang mula dah berbunyi. Ada yang tak kasi keluar untuk latihan. Tapi kawan tetap sabar dan sabar. Yang pasti latih murid perempuan ni senang. Hanya sekali je kawan keluar suara jantan kawan. Sebab tak serius. Tapi kalau kawan latih nasyid, tiap-tiap hari kawan menjerit.

Apa-apapun kawan bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa. Hanya dialah penentu. Yang penting kita berusaha. Oklah kawan mintak diri dulu.............................Ilal Liqa'.

1 ulasan:

Khaulah Al-Azwar (husinhusaini.blogspot.com) berkata...

Alhamdulillah,,sngt trharu dgn kejayaan ini,kejayaan brsama..terima ksh kpd ust hairul yg begitu brsemangat,brmotivasi dan penuh keyakinan utk melatih mrd2...garapan idea dan skrip yg sngt menarik...tahniah SKKP...teruskan kejayaan ini...mg kejayaan demi kejayaan sentiasa mengiringi usaha brsm...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails