Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

KBS 3 2012

 Alhamdulillah Team j-QAF & Panatia Islam telah selamat mengadakan Program KBS 3 pada hari Sabtu 28/4/12 yang lalu. Kehadiran murid tahun 1,2 & 3 amat menggalakkan. 260 yang hadir kesemuanya.
 Kali ini kawan telah menjemput fasilitator daripada MARSAH (Kolej Pengajian Islam Johor) untuk menjadi fasilitator seramai 13 orang kesemuanya. Pagi-pagi lagi kawan dengan Ustazah Norliza dah bertolak ke MARSAH unutk menjemput mereka. Kira-kira pukul 7.00 pagi kawan dah sampai di sana.


 Fasilitator Banat. Mereke-mereka ini terdiri daripada Kursus Persijilan Bahasa untuk persediaan ke Mesir & Jordan. Sampai je kawan terus bagi taklimat berkenaan perjalanan program. Masa kawan pergi Taklimat Pengurusan JU j-QAF Daerah Johor Bahru, Ustaz Zaidi Bin Ismail (PPD j-QAF Johor Bahru) ada menanyakan pada kawan... Nak datang tak sekolah?... Sebabnya kawan ada bagi surat salinan padanya mengatakan kawan ada menjemput Fasilitator dari MARSAH. Nasib baik Ustaz Zaidi tak datang, kalau datang haru dibuatnya sebab kalangan pentadbir tak de masa ni. Apa-apapun kawan bersyukur sebab program selamat dijalankan sehingga habis. Walaupun semasa majlis penutupan tu, kawan ingat nak buat ucapan dari pihak sekolah dan pihak MARSAH tapi tak jadi....nak buat cammaner? Kawanlah yang bagi hadiah kat Fasilitator dan murid-murid yang cemerlang. Kira kawan dah naik pangkatlah. (Tah ape-ape..) Manalah tahu jika ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku......Mana nak kami rujuk....takkan nak memandai je....





 Seorang Fasilitator sedang menerangkan pada murid-murid berkenaan amali wuduk. Kawan sebenarnya suka diorang nie datang. Sebab tak delah murid-murid nie asyik mengadap muka-muka kawan dan ustaz / ustazah sekolah ini.... sama je.... Tu yang kawan hubungi Ustaz Sanusi (Pensyarah MARSAH) untuk membekalkan fasilitator ni.



 Makanan muridpun disediakan. Murid-murid dapat makan dengan kenyang. Sebab kawan tengok masa depa berkumpul kembali di dalam dewan, depa semua dah mengantuk. Tak aktif. Maksudnya kenyanglah tu.

 Encik Bakhtiar yang menguruskan makanan kami.... Terima kasihlah kerana sudi menyediakan makanan kepada murid-murid dan guru serta fasilitator.



 Sesi BIMBINGAN & TARBIAH 6, Slot Amali Solat dan Perkara Membatalkan Solat...Murid-murid dikumpulkan kembali di dalam dewan. Sebenarnya seramai 16 kumpulan telah dibentuk. Ada juga 3 orang fasilitator daripada kalangan guru j-QAF.

Semasa penutupan majlis ini, seramai 16 orang murid cemerlang dalam setiap kumpulan telah diberikan hadiah. Fasilitator pun diberikan cenderahati dan sijil sebagai kenang-kenangan. Kawan tak dapat nak ambil gambar sebab kawan yang bagi hadiah pada mereka. Sepatutnya bukan kawan yang bagi hadiah nie!!!
Semua murid juga diberikan cenderahati kotak pensel sebagi penghargaan. Oklah, kawan minta diri dulu.......Terima kasihlah pada semua AJK j-QAF & Agama Islam yang telah menjayakan majlis nie....Tahniah.......Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails