Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

KBS 2 (Pengurusan Jenazah 2012)



Alhamdulillah lama rasanya tak update blog nie, sebab kekangan masa tak dan nak update...semuanya gara-gara kena jadi setiausaha MTQSS Zon, pastu kena jadi Ketua Hakim Zon, lepas tu kena siapkan pulak Majlis Maulidur Rasul dan yang terbaru kena pergi Bengkel Hakim Negeri Bahagian Nasyid......Nak update semua tak terupdate.....Yang nie je sempat nak update.....
Pada 24 Mac lalu, team j-QAF dan Agama telah mengadakan Kem Bestari Solat 2 untuk tahun 4, 5 & 6 di khususkan khas untuk Pengurusan Jenazah. Kami telah memanggil 3 penceramah dari Jabatan Agama Islam Johor untuk menyampaikan sesi Kematian, Memandikan, Mengafankan dan Menyembahyangkan Jenazah.
Kawan pulak ambil masa sebelum tu selama sejam memberi motivasi berkenaan Harga Sesaat Kehidupan. Yang hadirpun murid-murid yang jiwanya senang dibentuk. Bila kawan tunjukkan tayangan warga mas yang dibiarkan di rumah orang-orang tua, ada yang menangis kesedihan.
Sesi-sesi yang lain kawan lihat murid-murid bersungguh untuk mengetahui bagaimana perihal menguruskan jenazah ini.


Guru-guru lainpun bersama-sama mendengar ceramah kematian yang di sampaikan oleh Ustazah Ramlah. Ceramahnya berkisar bermula dari kematian dan sehinggalah kematian bermula.
Seterusnya murid-murid belajar sembahyang jenazah dahulu, disebabkan praktikal untuk memandikan dan mengafankan diadakan di luar dewan.
Ustaz Hasyim selaku pembantu Ustazah Ramlah sudi untuk mengajarkan kepada para peserta berkenaan sembahyang Jenazah.



Sebelum majlis di luar dewan diadakan, penyampai hadiah cenderahati oleh GPK HEM, Puan Jamaliyah Binti Ali kepada semua para penceramah dilakukan.
Ustaz Shahril, selaku penceramah Mandi dan Kafan Jenazah dan pembantunya, Ustaz Haiqal sedang menerangkan peralatan untuk Mandi dan Kafan Jenazah. Antaranya Kain Putih Kapas 3 helai, Kapas 3 bandel, Tali Kain 5 Utas, Tuala, Kain Pelikat, Akar Sintok, Pacai (ramuan pokok gaharu), air mawar, minyak atar, kapur barus, baju jenazah, serban.


Sesi memandikan jenazah, Adik Yasin sudi jadi modelnya. kena mandi betul-betul. Caranya cucur air dari atas kepala hingga ke hujung jari kaki bertujuan untuk melembutkan jenazah. Lepas tu betulkan anggota tangan, kaki yang bengkok dan diluruskan Seterusnya, buang najis dengan cara menekan perut. Akhir sekali, wudukkan jenazah dan curahkan dengan air mawar. (diringkaskan je yang itu)



Akhir sekali, proses mengafankan jenazah. Adik Haiqal sudi menjadi model terjun. Takut juga. Dia cakap kat kawan, nanti jangan suruh ikat dalam kain tu. Sampai nak menjerit. Tapi cover sebab ada kawan-kawan dia disekelilingnya.



Akhirnya, boleh senyum juga....dia paling takut bila ditutup kepala tu dengan kain putih. Bila kawan cakap tak, baru boleh senyum. Oklah kawan mintak diri dulu....Apa-apapun program ini bagus untuk murid-murid sebab mereka dapat mengetahui selok belok berkenaan pengurusan jenazah dengan lebih dekat walaupun ada orang tua yang masih tidak tahu. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails