Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

PLAN-J

Semalam kawan ada terima surat dari JPNJ mengatakan yang kawan dikehendaki menghadiri BENGKEL PLAN-J Pendidikan Islam Tahun 1 - 6 di BTPNJ hari Isnin nie. Puas kawan cari berkenaan apa tu PLAN-J. Cari punya cari rupa-rupanya singkatan daripada Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor. Bila kawan belek surat tu anggota majlis bengkel tu merupakan Guru Pendidikan Agama Islam yang hebat-hebat dari seluruh negeri Johor. Kawan terkejut juga kenapa nama kawan leh tersenarai. Ada 14 orang semua yang terpilih dan 3 orang Penyelia Agama PPD (Kluang, Mersing & Kulai) dan seorang Penolong Pengarah SPI, Ustaz Mohd Azhar Bin Haji Tumin. Kawan rasa diri ni kecil je dibandingkan dengan nama-nama yang hebat dan banyak pengalaman tu. Apa-apapun kawan terangkan apakah PLAN-J tu?.

Plan-J merupakan cetusan idea Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Johor kapada sektor akademik adalah satu program eksklusif JPN Johor dalam usaha meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian bagi semua murid dinegeri Johor.

Plan -J atau Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor dikenali juga sebagai standard akedemik merupakan sebahagian daripada rangka kerja bagi setiap guru dalam melaksanakan P&P didalam kelas.

Latih tubi soalan selepas memberi penerangan dalam proses P&P sangat memberi kesan kepada kefahaman dan kemahiran pelajar.

Walaupun pada peringkat awal ini mata pelajaran yang terlibat hanya sepuluh mata pelajaran sahaja sebagai perintis namun pada tahun 2011 semua mata pelajaran akan melaksanakan Plan -J ini.

Dokumen PLAN-J disediakan selaras dengan RPT mengikut tajuk mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai. Ia merupakan panduan pemberian latihan akademik murid mengikut tajuk dan jenis latihan. Guru perlu menyedia dan memberikan latihan mengikut seperti jumlah yang ditetapkan mengikut jangka masa yang sesuai dengan keperluan tajuk yang berkaitan.

Tulah serba sedikit yang kawan tahu. Tapi apa-apapun tu semua cabaran untuk kawan sebab kawan bukannya tahu sangat dibandingkan dengan mereka-mereka yang berpengalaman. Oklah kawan minta diri dulu.









2 ulasan:

Ust_Ipin berkata...

Saya dah maklum ngan Plan J ni, saya ditugaskan utk membuat khas bg Bahasa Arab Tahun 1.

Sebenarnya, di daerah Pontian, dah lama buat perkara yg lebih kurang sama mcm Plan J ni, cuma BA dan PI je yg x der lg.. diorg cuma utamakan Subjek teras jek. Tapi Plan J, nak semua subjek dan nak sama standard setiap daerah di Negeri Johor.

Tanpa Nama berkata...

kenapa plan j bahasa arab tiada? kena buat sendiri atau jabatan yang sediakan macam subjek yang lain?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails