Kumpulan Nasyid WILDAN JAHABIZ dapat tempat ketiga walaupun kali pertama dalam sejarah MTQ SK Kampong Pasir menyertai pertandingan tersebut dan dalam masa 2 minggu je kawan berjaya latih mereka. Perbezaan mata dengan naib johan hanya 1 mata 146 mata dan 147 mata. Peralatan muzikpun masih kurang lagi. Mintak-maintak GB tambah peruntukan untuk beli alatan muzik. Baru leh kalahkan Johan yang tiap-tiap tahun sekolah itu yang pegang juara. SK Nong Chik (170 mata). Memang sekolah ni asyik masuk peringkat negeri je.
Opps!! tak lupa juga Adik Badrul Amin berjaya juga dapat tempat ketiga dalam Acara Bercerita Lelaki. Kawan ingatkan dia dapat Johan sebab tahun lepas kawan latih dia, Adik Badrul Amin dapat Naib Johan. Tahun nie, kawan tak sempat nak latih semua, sempat latih Nasyid je. Tupun dah tak keruan. Tapi apa-apapun kawan ucapkan terima kasihlah untuk semua guru-guru yang melatih murid-murid bagi setiap acara.
Sape nie yek... Kawan le tu. Pertama kali dilantik Ketua Jemaah Hakim Peringkat Zon Bandar. Kalau kawan tak de pengalaman dah lama kawan tolak.
Tempat pendaftaran. Buat pengetahuan pengunjung semua kawan amat berbangga dengan semua guru kawan kat SK Kampong Pasir nie... Depa semua bekerjasama dengan baik sekali. Kawan ucapkan tahniahlah pada semua. Kerjasam anda amat kawan hargai. Shukran sekali lagi kawan ucapkan. Anda semua memang best.
Ustaz Zainal sedang memungut wang pendaftaran pertandingan.
Pentas Pertandingan Nasyid dan Upacara Penutupan Majlis
Kawan tengah memberikan taklimat kepada barisan Hakim Zon Bandar pada tahun nie. Kawan ada juga pengalaman sikit-sikit masa MTQ Peringkat Kebangsaan 2008 yang mana kawan jadi guru pengiring dan masa tu juga Negeri Johor Johan Keseluruhan dan murid kawan Johan Bahagian Tilawah Lelaki.
Ustaz Zainal memberikan taklimat serba ringkas berkenaan perjalanan majlis pada hari nie.
Para peserta yang hadir.
Jemaah Hakim Bahagian Tilawah Perempuan. Yang kat tengah tu Ustazah Suzanne merangkap SU kawan dalam Jemaah Hakim. Menjadi Ketua Hakim Bahagian ni.
Pengacara dan penjaga masa Bahagian Tilawah Perempuan.
Bahagian Tilawah Lelaki. Yang kat tengah tu Ustaz Shafri bekas Penyelia SPIM, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sudi juga menjadi Hakim Bahagian Tarannum. Terima kasih, Ustaz.
Jemaah Hakim Nasyid
Tahun nie 6 kumpulan menyertai. Kumpulan dari SK Nong Chik memang memegang gelaran Juara Nasyid tahun demi tahun. Tahun niepun kumpulan tu menang. Markah jauh meninggalkan naib johan dan ketiga. 170 mata. Kumpulan tu memang selalu pergi Peringkat Negeri. Tu yang kawan nak kalahkan tu. Tapi kawan kena study lebih dulu dan kena jemput juga jurulatih dari luar. Sekolah tu memang ambik jurulatih dari luar. Kalau kawan berjaya kalahkan sekolah tu bila-bila le... kawan puas. Kawan teringat pada tahun 2008. Kawan latih murid kawan berzanji. Sebab utama kawan latih, kawan nak masuk Peringkat Daerah nak kalahkan seorang peserta yang memang saban tahun dia je yang pegang juara daerah. Masa pertandingan Peringkat Daerah Johor Bahru, sekolah kawan dapat Johan... puasnya hati kawan masa tu. Rupa-rupanya murid yang sekolah kawan nak kalahkan dah masuk menengah. Tak de cabaran. Tapi kawan puas dan bersyukur, pada masa tu sekolah kawan JOHAN TILAWAH & BERZANJI dan NAIB JOHAN BERCERITA PEREMPUAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU. 2 peserta dapat gie negeri. Cuma yang kawan ralat pada masa tu, kawan ingatkan dah masuk negeri adalah jurulatih daerah yang latih, rupa-rupanya murid kawan keseorangan tanpa jurulatih. Ade ke murid tilawah kawan yang ajar dia. Baik kawan latih kat sekolah kawan je. Cerita Lama.
Jemaah Hakim Hafazan Lelaki
Yang niepun sama juga... Bahagian Hafazan Lelaki. Ketua Hakim bahagian nie cakap kat kawan... dia termenung dengar kemerduan nasyid dekat dewan. (gurau je). Mintak maaf le. Nie first time sekolah kawan jadi tuan rumah. Mungkin lepas nie kawan beri kat sekolah lain pulak....leh ke GB
Jemaah Hakim Hafazan Perempuan. Tempat pertandingan bagi acara nie bersebelahan dengan dewan yang mana menempatkan acara nasyid, kesian peserta hafazan dan jemaah hakim diganggu dengan alunan muzik dan nyanyian nasyid. Tak leh nak beri tumpuan.
Jemaah Hakim Bahagian Bercerita Perempuan
Disebabkan kawan jadi Ketua Jemaah Hakim, jadi kawan hanya ambil gambar hakim jelah... Nie bahagian Jemaah Hakim Bercerita Lelaki
Kawan ambik gambar dari atas aje... sebab kawan tak leh nak masuk campur... Kawan kena jadi Ketua Jemaah Hakim Zon Bandar nie. Kesian depa panggil kawan, kawan terpaksa senyap je..
Ha... Inilah Kumpulan Nasyid kawan, WILDAN JAHABIZ... Kawan ambik nama kumpulan sempena nama Laman Web kawan le... Kan laman nie kawan buat dan tujukan untuk anak-anak murid kawan juga. Masa nie kawan dan Ustazah Rokiah tak sanggup nak tengok sebab masa latihan banyak yang silap.... Tapi hari nie memang best.. depa semua berjaya lakukan tanpa salah... Syabas dapat nombor 3 walaupun kita kalah dengan Naib Johan dengan 1 mata aje... 146 mata dan naib johan pula 147 mata. Pertama kali masuk.
Tak menang tangan Usahawan Muda kita.... Kawan dah 6 tahun terlibat dengan MTQ nie kat maner-maner sekolah, ini pertama kali kawan jumpa Usahawan Muda turut mengambil bahagian. Selalunya guru yang jual semua tu.
Walaupun Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid, Pengarah Pusat Kebajikan Guru & Staf SK Kampong Pasir tetap hadir untuk memastikan gerai jualan Usahawan Mudanya berjalan lancar.
Kumpulan Usahawan Muda SK Kampong Pasir tetap membuka gerai jualan di sebalik tingkap... Untung jual otak-otak leh tambah alatan muzik (saje gurau)
Kumpulan Nasyid Wildan Jahabiz mengimpikan alatan nasyid begini.... tapi takpe Guru Besar mungkin akan luluskan nanti sebab first time masuk dengan alatan serba kekurangan tetap dapat nombor 3.
SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth turut mengambil bahagian dalam acara nasyid. Walaupun kekurangan dari segi anggota fizikal tetapi mereka tetap celik hati.
Jamuan VIP
Oklah, kawanpun nak mengundur diri... apa-apapun kekurangan dalam MTQ kali nie, kawan memang akui ia akan menjadi titik tolok untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang. Tadi masa kawan nak balik, adalah kawan borak-borak dengan GB, Ustazah Sazura, Ustaz Fathul Munir cerita-cerita tentang MTQ nielah. Penat memang penat. Tapi kawan menyelitlah, cakap takpe Cikgu ( bahasa kawan dengan GB) kita hanya jadi tuan rumah 2 tahun sekali je.... Semuanya tergelak....sebabnya kalau boleh berilah pada sekolah lain pulak yang jadi tuan rumah. Oklah kawan undur diri dulu. Wassalam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan