Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

Bengkel PLAN-J 2011

Bilik bengkel yang terdapat di BTPNJ. Terdapat lagi satu bilik bengkel yang menempatkan peserta bengkel untuk pemurnian modul Pendidikan Islam Pra-Sekolah dan SKM / SJK.
Terdapat ramai Penolong Pengarah SPI JPNJ yang turun pada bengkel kali nie. Ustaz Luqman, Ustaz Khahar, Ustaz Azhar, Ustaz Nasrudin dan Penyelia Pengurusan SPI; Ustazah Mariah, Ustazah Khamisiyah dan Ustazah Kathom.

Barisan Guru Cemerlang Negeri Johor Guru Pendidikan Islam (8 orang semuanya). Mereka semua sudah menghadiri bengkel kali pertama PLAN-J yang diadakan di Ayer Hitam, Batu Pahat. Jadinya pada bengkel kali kedua nie, mereka semua telah menyiapkan bahan-bahan PLAN-j tu. Cuma dibentang dan dimurnikan sahaja. Terdapat 6 orang guru j-QAF turut menyertai bengkel nie. Terdiri dari serata negeri Johor.

Ustazah Rashidah, selaku Ketua bagi bengkel sebelum nie dan kali nie. Guru Cemerlang juga. Bagus lihat guru-guru cemerlang nie bekerja. Fokus, faham pedagogi dan P&P dan sentiasa menerima cabaran. Ustazah Rashidah tengah berbincang bersama-sama peserta bengkel berkenaan soalan peperiksaan tahun 6 Pendidikan Agama Islam bagi soalan ke SMKA. Mereka nielah sebenarnya yang buat soalan tu. Soalan-soalan PAI yang PKSR juga mereka buat. Kagum tengok depa.

Ustaz LukmanulHakim, Penolong Pengarah SPI JPNJ memberikan taklimat serba sedikit berkenaan dengan PLAN-J dan Tranformasi Kurikulum 2011. Kalau dulu dan lani kita panggil KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Tahun 2011 dipanggil KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Dan terdapat perubahan di dalam sukatan Pendidikan Agama Islam untuk tahun 2011. Ustaz Luqman turut menerangkan selepas nie Guru j-QAF turut dipanggil dengan Guru Pendidikan Agama Islam juga. Sebabnya BPI mengambil alih bidang penjawatan guru.

Apa-apapun, bagi diri kawan, nie pengalaman yang sangat berharga terutama dapat berkenal-kenalan dengan guru cemerlang. Apa yang dibengkelkan tadi menjadi satu titik tolak pelaksanaannya pada tahun 2011. Kalau tak de aral melintang, proses untuk bengkel kali ketiga mungkin akan diadakan pada bulan Jun nie. Apa-apapun kawan mintak diri dulu le. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails