Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Pengumpulan Data Pelaporan j-QAF Peringkat Negeri Johor

Ustaz M.Lokmanulhakim Bin Samion
(Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras Menengah (JPNJ)
Ustaz Zaidi Bin Ismail
(Penolong PPD j-QAF, JB)

Alhamdulillah, selama 2 hari kawan terlibat bersama-sama dengan JU-JU daerah lain sekitar negeri Johor bagi pengumpulan Data j-QAF Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bahru.
Bermula 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dan bersambung balik 8.30 malam sehingga 10.30 malam.
Bagi daerah Johor Bahru... Banyak kesilapan yang berlaku bagi sekolah-sekolah yang mengisi pelaporan j-QAF nie, contohnya Tahun 6 bagi Khatam mengikut sukatan... tidak habis sehingga Khatam BIG... dan rata-rata sekolah yang menghantar pelaporan j-QAF nie, hanya menghantar sahaja laporan kepada Fasi yang dilantik dan tidak memikirkan risiko peratusan yang dibuat mereka.
Bagi pihak JU-JU daerah, mereka boleh mengesan sekolah-sekolah yang menghantar laporan j-QAF yang kerjanya sambil lewa je....Sepatutnya sebagai guru j-QAF kita patut sedar dengan Pelaporan j-QAF nielah yang menentukan hala tuju kita seterusnya di dalam bidang pendidikan. Bukannya kita membuat tugasan kita sekadar buat saje.
Yang menjadi masalahnya.. Ada guru j-QAF yang hadir taklimat pelaporan tidak menyampaikan amanat yang diberikan oleh Fasi Zon. Sebaliknya yang memasukkan data guru j-QAF lain dan yang menghantarnya pula guru j-QAF lain. Dan dengan Rumusan Pelaporan j-QAF pada tahun ini yang perlu ditandatangani oleh pihak pentadbir, kita juga boleh mengesan permasalahan yang berlaku di sekolah yang melibatkan program j-QAF.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails