
Alhamdulillah sekolah kawan berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dan KBS 2 serentak pada hari Jumaat 11/3/2011 yang lepas. Walaupun suasana pada hari itu hujan pada malam hari sebelumnya, yang telah menyebabkan kawasan lembab dan berair, tapi ini tak mematahkan semangat kawan dan guru-guru lain untuk meneruskan sambutan yang telah dirancang. Maka pelan kotengensi terpaksa digunakan..... senang kata PLAN B.

Lihat tu padang yang nak dijadikan tempat berkumpul perarakan telah digenangi air..... Pelan B ditukarkan di dataran perhimpunan yang mana sebelum nie menjadi tempat Bacaan Yaasin. Bacaan Yaasin pula ditukarkan ke dalam dewan dan hanya murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja yang terlibat.

Khemah untuk KBS 2 pula yang dirancang untuk murid-murid tahun 1, 2 dan 3 yang rancangan asal diletakkan tikar telah berganti kerusi.


Sebelum bemula bacaan Yaasin...tahun 4, 5 dan 6... Depa semua baca Surah Yaasin dengan penuh semangat. Terasa sayu je semasa kawan bawa Bacaan Yaasin. Masa Doapun depa mengaminkan doa dengan penuh semangat.


Murid-murid tahun 1, 2 & 3 khusyuk mendengar LDK berkenaan perkara yang membatalkan wuduk yang disampaikan oleh Ustazah Norliza.

Depa semua tengah beselawat beramai-ramai. Depa nak berarak bersama-sama tahun 4, 5 dan 6 tapi disebabkan masalah kelewatan majlis bermula.. Lambat setengah jam, maka kawan mintak permisi dengan GB supaya tahun 1, 2 dan 3 menikmati jamuan terlebih dahulu dan tahun 4, 5 dan 6 berarak.

Bersiap sedia untuk berarak.... Tahun nie kawan kelam kabut jugak dibuatnya sebab Ustaz Zainal cuti isteri bersalin. Jadinya kawan kena take care 2 majlis dalam satu masa. Sekejap ke dewan dan sekejap ke khemah....

Sebelum-sebelum nie kawan yang memimpin bacaan selawat tapi tahun nie kawan suruh adik Akmal je yang baca.... Kawan cakap kat Akmal....awak yang paling akhir sekali yang berarak....selagi semua tak habis lagi berlepas jangan berhenti selawat.....Bagusnya Akmal patuh dan taat...

Memandangkan air yang bertakung dah kering sikit... kawan suruh murid-murid letakkan tikar je... Masa kawan test duduk masih basah lagi tapi tak pe.... esok cuti....hehehe....


Ustaz Halim berjaya buat depa menangis...Tak sia2 Ustaz Halim balik ambik laptop. Kalau kawan bagi ceramah depa dah tahu taktik kawan nk buat depa menangis....
Oklah apa-apapun Sambutan kali nie paling mencabar sekali kawan terpaksa hadapi kerana banyak perancangan yang terpaksa kawan buat ikut plan B. Kawan ucapkan terima kasih pada semua yang sama-sama berusaha menjayakan program nie... Kalau ada tersilap ke kawan mintak maaflah.....Oklah Ilal Liqa'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan