Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Saat Kematian

Alhamdulillah, Panatia Agama Islam dan j-QAF telah selamat mengadakan Kem Bestari Solat 4 (Pengurusan Jenazah) hari sabtu 22 Mei lalu. Murid-murid tahun 6 dapat baju sponsor sorang satu. Ramai juga yang hadir. Tak tahulah nak baju ke nak ilmu.

Sebahagian murid yang hadir.

Sesi Taklimat disampaikan oleh Ustaz Hairul Anuar.

Depapun dapat makan lagi. Nasi, ayam masak sambal dan sayur kacang. Air sirap. Sedapnya.

Kimy dan Raziq. Kalau bab makan memang tak bercakap.


Tempat mengapankan jenazah perempuan. Guna kelas 5 Rajin. Tingkat 3 lagi. Zon larangan.

Tempat memandikan jenazah perempuan. Bersebelahan dengan tempat mengapankan jenazah.

Ustazah Rahimah dari Jabatan Agama Islam, Johor sedang memberikan ceramah pengurusan jenazah.

Khusyuk mendengar ceramah.

Murid-murid perempuan dan guru-gurupun turut serta mendengar ceramah pengurusan jenazah.


Ustaz Hamizah yang telah berpengalaman memandikan jenazah sejak dari tahun 80an lagi. Mula-mula nak buat real mandi tapi Ustaz cakap dah pernah ada kes seorang pelajar menengah lepas jadi model jenazah 2 hari berturut-turut demam menggigil. Last-last buat ex saje mandi.

Ada yang minat dan ada yang buat kerja lain. Bab mengarut ada jugak. Kadang-kadang geram jugak kat depa-depa nie. Tahun 6 tapi tak de fokus langsung. Semua perkara nak dibuat main. Tak tahu nak letakkan mana yang boleh dibuat senda gurau dan mana yang serius.



Ustaz Hamizah menunjukkan cara membuat baju jenazah.

Adik Aiman menjadi model mandi dan kapankan mayat.


Mengapankan jenazah.

Tengok tu. Boleh gelak lagi.

Yang nie baru nampak serius. Sebab dah kena bungkus.

Ustaz Hamizah pun tak kapankan betul-betul sangat.


Slot solat jenazah pulak.





Puan Samsusbariah, GPK 1 memberikan sedikit cenderahati kepada Ustaz Hamizah. Untuk murid-murid perempuan pulak, Ustazah Norliza beritahu kawan, depa buat realnya dari bab mandi sehingga mengapankan jenazah. Apa-apapun program nie amat berbaloi bagi murid-murid tahun 6. Oklah wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails