Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ 2010)


Alhamdulillah pada sabtu lepas sekolah kawan telah berjaya mengadakan Kem Literasi Al-Quran dengan jayanya. Walapun kehadiran murid tidak memuaskan tetapi Ustaz dan Ustazah GPI dan j-QAF tetap bersemangat untuk bersma-sama menjayakan kem tersebut.



Seperti tahun-tahun lalu, kehadiran murid bagi kem KLAQ ini kurang sambuatan kerana murid yang dipilih kebanyakannya terdiri daripada murid-murid kelas terakhir. Jadinya faktor ketidakhadiran mereka sangat tinggi kerana faham-faham jelah. Yang hadir kawan ucapkan tahniahlah.

Murid-murid diberikan fail setiap seorang. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada murid tahun 2-3.... Yang tahun 4-6 tu adalah 2 orang je yang hadir. Malu kot. Sebab yang dipanggil nie kebanyakan murid baru yang masuk sekolah tahun nie terutama tahun 4-6. Ada yang masuk tahun 6 tu tak tahu apa-apa huruf arab. Tabahkan jelah hati. Tapi bila kita buat program untuk mereka tak mahu datanglah pula. Ajaib murid-murid zaman sekarang nie.

Slot pertama KLAQ nie disampaikan oleh Ustazah Norliza. Bermula dari huruf Alif hingga Sa

Modul yang digunakan untuk KLAQ nie diambil daripada modul yang pernah kawan gi kursus untuk program Baca Cepat Iqra'. Gunakan jelah. Modul daripada SPI JPNJ.

Nie je sorang murid tahun 4 yang sanggup datang. Trevor Bin Abdullah.

Ustazah Umi selaku fasilitator kumpulan 1.

Ustazah Salmah selaku fasilitator kumpulan 2.

Ustazah Engku Nortiha selaku fasilitator kumpulan 3.

Ustazah Siti selaku fasilitator kumpulan 4.

Ustazah Norliza selaku fasilitator kumpulan 5.

Tulah serba sedikit gambar KLAQ tahun nie. Lepas nie kawan akan mengadakan KBS tahun 6 dikhususkan untuk pengurusan jenazah. Semuanya sudah dibereskan. Jika tak de aral melintang KBS tu 22 Mei nie. Apa yang menarik 3 orang pegawai daripada MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) akan terlibat masa tu. Bermula daripada teori pengurusan jenazah hinggalah bab memandi, mengapan dan menyembahyangkan jenazah. Tunggu jelah ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails