Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Sekitar Multaqa Ulama' & Ilmuan

Assalamualaikum semua, hari nie dapat juga teman pergi ke Multaqa Ulama & Ilmuan (sepatutnya Umarak) tu seperti yang telah diwar-warkan sebelum nie.... Masalah yang paling teman tidak suka nak pergi ke Persada ni bukan apa... parkingnya RM 2.50 sejam... bila sampi dekat Persada Johor, puas teman pusing-pusing cari tempat parking kat luar ada ke tidak... ada tu ada tapi silap-silap haribulan leh kena saman.... Elok nak elak kena bayar sikit nanti kena pula RM 70.00. Last2 teman masuk je parking kat dalam Metro Parking. Masa daftar, urusetia beritahu teman, parking hari nie free. Syukur selamat ongkosnya.....
Gambar kat atas tu Timbalan Perdana Menteri kita, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin sedang berucap untuk merasmikan Multaqa pada hari ni...Lepas tu upacara pelancaran buku 40 Tokoh Ulama' Johor. Urusetia cakap semua dapat free buku ni... Last2 hanya separuh je yang dapat. Cuba cakap awal2 yang separuh je dapat...kan bagus tak delah teman dan rakan teman duk menunggu cari.... Bukan apa, buku ni leh kongsi-kongsi dengan kawan-kawan teman dan murid-murid teman. Tapi takpelah dah takde..


Nampak tak kat gambar di atas tu...Kat skrin tu " Kenapa perlu jayakan JIHAD BISNES? sebab kita ketam". Slot ni je teman suka dan dapat tingkatkan pengetahuan teman dalam Multaqa nie...Yang lain tu boleh laa....Lain disoal lain yang dijawabnya. Tapi slot nie yang disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim (President dan Ketua Pegawai Esekutif JCorb) bersahaja dan power pointnya menarik.
Cerita yang menggamatkan sekali kisah katak. Dato' umpamakan orang melayu kita seperti katak. Melalui eksperimen yang dijalankan, katak yang tiba-tiba dilemparkan di dalam air panas akan melompat keluar secara tiba-tiba. Tetapi berlainan pula dengan katak yang memang dah duduk di dalam air yang memang sesuai dengan habitatnya tetapi dipanaskan air tersebut secara perlahan-lahan. Katak itu akan mati secara perlahan-lahan.
Begitulah rencam orang kita, jika dipaksa dan ditekan akan tetap gagah mempertahankan diri tanpa mengira bahaya diri. Berlainan pula dengan perangai yang memang dah selesa dan dah tahu bahaya yang mendatang. Biarlah! Biarlah! akhirnya tersungkurlah kita semua.
Bila bab soal jawab....adalah juga yang berani dan tah apa-apa. Sampaikan ada yang sanggup beri nombor handset. Tahlah... memalukan golongan guru aje.

Oklah teman nak mengundur diri... tapi apa yang menarik kat Multaqa ni kalau teman tanya kat peserta lain ialah bab makan.. sebabnya makan dihidangkan ala hotel. Lauknya pula silih berganti. Oklah wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails