Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Kem Bestari Solat 1

Assalamualaikum semua pengunjung Portal Permata Pasir.... hari ni team j-QAF dan guru-guru Agama Islam Tahun 1, 2 dan 3 dapat juga menjayakan KBS 1 untuk tahap satu. Apa yang menarik, guru-guru subjek lain pun bekerjasama dalam program nie...Lihatlah murid-murid tu, ada yang khusyuk dan ada juga yang masih termangu-mangu....Al-maklumlah murid-murid tahun 1 baru pertama kali menempuh program KBS nie. Tengoklah, Danish 1 Rajin tu, sempat lagi posing masa tengah sembahyang.

Saje je buat aktiviti tiup belon nie sebab nak uji keberanian depa semua dalam membaca niat sembahyang. Apabila belon pecah je, depa kena baca niat sembahyang serta merta... ada yang tersalah baca....baca niat wuduk pulak...sedangkan depa semua nie murid-murid pandai yang memang dah hafaz pun niat tu....ada pulak tu sampai tercampur niat sembahyang dengan niat wuduk.
Bab makan depa semua memang seronok... Sejuk hati lihat anak-anak kecil nie bila suruh baca doa makan semuanya baca dan keadaan jadi senyap sunyi dengan bacaan doa. Menu hari ni nasi tomato dan ayam masak sambal manis-manis gitu. Air sirap pun depa dapat free jugak....

Murid-murid dibekalkan aktiviti kerja ala-ala buku aktivti KBS. Adalah dalam 8 helai. Separuh dapat disiapkan di situ dan separuh lagi di rumah le. Ibubapa yang lihat ada aktiviti ni, tolong-tolonglah anak-anak tuan/puan ye...

Ustazah Norliza sudi menyampaikan hadiah alat tulis kepada para pemenang penghafaz doa wuduk terbaik. Depa-depa nie baca doa tu macam ustaz dan ustazah lagaknya. Bagus bacaannya.
Lihatlah murid-murid nie melakukan perbuatan solat sujud. Ada yang tahun satu tu tak pernah langsung menjamah dahinya untuk diajar melakukan solat sebelum nie.....Pelik je rasa mereka...

Apabila selesai je amali solat, sampai pula masa bisikan hati... semua kisah ibu-bapa dipertontonkan. Kisah-kisah anak derhaka, kisah motivasi yang mana anak-anak menangis kesedihan.... Mula-mula depa-depa nie malu nak menangis.... Apabila Ustaz cakap sapa yang tak menangis tandanya tak sayang kan ibu dan ayah.... Sampaikan darjah satu yang tak tahu apabenda pun turut menangis sama....

Yang tiga orang murid nie memang betul-betul sedih.... sampai terdengar suara depa bertiga teresak-esak... Ustaz harap semoga anda semua menjadi anak yang soleh... Contohnya Aiman Akram tu ( yang tepi sebelah sini ) tak pernah-pernah reti baca doa qunut, hari ni leh tahu doa qunut....kelas hujung tu.. walaupun tersekat-sekat tapi dah tahu doa qunut tu apa... semua niat solat dihafaznya... dapat jugak hadiah tadi tu....
Hah, lihat yang tu, sampai pejam mata sedih, ada yang dah merah-merah mata keinsafan... Ustaz, kami semua sayang ibu dan ayah kami, kami janji nak sembahyang lima waktu sehari semalam... Tulah janji mereka semua..... Dah janji kena tunaikan.....

Oklah, ustaz nak berundur dulu.... Jumpa Lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails