Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]

Kelas Tasmik bermula...

Pada hari Isnin yang lalu, Kelas Tasmik untuk Tahun 2 & 3 telah berjaya diadakan pada pukul 1.10 petang sehingga 2.10 petang dengan jaya. Seramai 33 orang murid Iqra' 1 Tahun 2 dibimbing oleh Murid Turus Tahun 3 yang semuanya sudah membaca Al-Quran. Terima kasih kepada semua Guru Agama Islam dan j-QAF yang telah menjayakan majlis penyerahan murid turus bagi kelas Tasmik ini.


Murid lelaki Iqra' 1 dibimbing oleh murid turus dan Ustazah Norliza bertindak sebagai guru pembimbing bagi Kelas Tasmik tersebut.

Murid perempuan Iqra' 1 dibimbing oleh murid turus dan Ustazah Siti Rokiah bertindak sebagai Guru Pembimbing bagi Kelas Tasmik ni.


Murid-murid Iqra' 1 dan murid turus sedang mendengar taklimat serba sedikit daripada Ustazah Umi, Ustazah Norliza dan Ustazah Siti.


Sesi suai kenal antara murid Iqra' dan murid turus.


Ustaz Hairul pula sedang membaca Al-Quran, Surah Al-Baqarah sementara murid-murid mengikut bacaan guru.

Itulah serba sedikit info Kelas Tasmik untuk tahun 2&3 SKKP. Kelas Tasmik ini akan berterusan sehingga selesai sesi persekolahan 2010. Untuk minggu hadapan pula, 23 orang murid Iqra' 2 dan 23 orang murid turus akan diagihkan juga seperti minggu ini. Setiap kelas akan dibimbing oleh seorang Ustaz atau Ustazah.


Oklah.....Ilal Liqa'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails