Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Juara Dulu & Harapan Kini - MTQSS 2010


Assalamualaikum semua pembaca Laman Web Permata Pasir.....Gambar yang tertera dekat atas tu (Lelaki) adalah bekas anak muridku yang pernah menjadi juara MTQSS Peringkat Kebangsaan tahun 2008. Pertandingan tersebut diadakan di Melaka pada 19 hingga 24 Mei 2008. Masa tu aku pernah terlibat sama mengiringi anak buahku.
Rupa-rupanya tanpa diduga juga, apabila guru besar baruku, Encik Kamaruddin Bin Haji Othman berpindah ke SKKP...Baruku tahu yang peserta perempuan pada gambar di atas tu adalah anak murid Guru Besar baruku. Guru Besar baruku dari LKTP Felda Nitar 2....juga juara MTQSS peringkat kebangsaan kategori perempuan pada masa tu. Opps, terlupa Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran.
Tulah Permata Pasir yang paling menyerlah di sekolahku. Anak buahku mendapat Naib Johan pula pada pertandingan Peringkat Asean yang diadakan di Indonesia diiringi oleh pihak JAKIM. Asyraf Hairam namanya.



Pada pertandingan MTQSS tu, Johor dapat johan keseluruhan. Pada malam anugerah tu aku ada bersama. Disebabkan Johan Keseluruhan, sampai tertukar-tukar hadiah dengan negeri lain. Itulah kenangan.
Sekarang untuk mencari permata seperti itu amat sukar sekali kerana mereka berdua memang ada bakat semulajadi.
Ramai yang mengeshorkan dipanggil jurulatih ataupun murid-murid yang berbakat ini dilatih oleh Hajah Ramnah (Juara Antarabangsa tu Tilawah Al-Quran Malaysia). Masalahnya puas dicari murid yang berbakat ini tapi masih tidak terjumpa PERMATA disebalik nama sk kampong PASIR.
Tahun lepas hanya dapat tempat kedua peringkat zon hafazan dan bercerita. Puas ku gunakan pengalaman masa bersama2 dengan Asyraf dulu tapi hanya berjaya nombor dua aje peringkat zon.
Kini mereka mahukan PERMATA itu muncul kembali di sk kampong PASIR.
Semoga ku terjumpa kembali bakat itu.................Bakat Semulajadi. Terimakasih buat ayah Asyraf yang bersungguh dan hasilnya Asyraf berjaya pada pertandingan peringkat kebangsaan itu. Bagiku pula itulah pengalamanku pertama kali terlibat sama pada MTQSS sehingga peringkat kebangsaan. Yang manisnya anak buahku Johan dan Johor Johan Keseluruhan tahun 2008. Tidak lupa Penolong Pengarah Dakwah JPN masa tu Ustaz Hairozi dan Ustaz Khairi sebagai ketua kontigen negeri Johor. Guru Besar lamaku Puan Normah pula sentiasa mengambil berat.

Oklah sapa-sapa yang ingin muat turun tajuk-tajuk MTQSS 2010 ini bahannya:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails