Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Hati-hati Dengan Waktu Makruh & Haram Solat


Assalamualaikum semua..... kata orang kalau tahu kita sampaikan dan kalau tak tahu kita tanya orang lebih-lebih lagi berkenaan dengan hal ibadat... jangan kita pakai HUKUM AKAL dan kita menidakkan nas Al-Quran dan Hadis. Gugur akidah kita..... Ada sekali tu kawan dijemput untuk menjadi Imam Solat Hajat di sebuah sekolah. Kawan cakap bila nak buat? Hari Jumaat. Masanya...Pukul 7.00pagi - 8.00pagi. Kawan pun beritahu berkenaan dengan waktu makruh dan haram solat.... Kalau solat fardu kita mengerjakan solat di waktu-waktu ini maka makruh hukumnya seperti belum bersolat lagi atau qada' solat fardu. Tapi kalau kita mengerjakan solat sunat selain solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram) maka hukum mengerjakannya haram (berdosa).
Berikut waktu makruh (solat fardu) dan haram (solat sunat):

  • Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
  • Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  • Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  • Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
  • Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

Jadinya kerjakan pada waktu Dhuha dan Isyrak lebih kurang antara 8.15 pagi.... Lepas kawan menerangkan demikian barulah faham....
Antara Nas Hadisnya:


أما الدليل فهو قوله عليه الصلاة والسلام : إذا طلع حاجب الشمس فأخِّروا الصلاة حتى ترتفع ، وإذا غاب حاجب الشمس فأخِّروا الصلاة حتى تغيب ([10]) . وفي رواية : " لا تَحَرّوا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها ، فإنها تطلع بقرني شيطان " ([11]) .وفي رواية : " إذا طلع حاجب الشمس فَدَعُوا الصلاة حتى تَبْرُز ، وإذا غاب حاجب الشمس فَدَعُوا الصلاة حتى تغيب ، ولا تَحَيَّنُوا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها ، فإنها تطلع بين قرني شيطان " ([12]) . وحديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما ، وفيه : وَوَقْتُ صَلاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ الشَّمْسُ ، فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَأَمْسِكْ عَنْ الصَّلاةِ ، فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ ([13])

Rujukan di ambil di dalam kitab...
([10]) رواه البخاري (ح 558) ومسلم (ح 829) . ([11]) رواه البخاري (ح558) ومسلم (ح 828) . ([12]) رواية البخاري (ح 3099) .
([13]) رواه مسلم (ح612) .

Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Pada Waktu ini?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu;

1. sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih
2. sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misalnya:

1. sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat,
2. sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’,
3. sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan,
4. sembahyang Hari Raya,
5. sembahyang Dhoha,
6. sembahyang sunat Thawaf,
7. sembahyang sunat Wudhu,
8. sembahyang sunat Tahiyatul Masjid,
9. sujud Tilawah dan sujud Syukr
10. dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Nas Hadis yang membolehkan Solat Sunat yang sebabnya terdahulu dan beriringan contohnya solat sunat wuduk sebabnya ada wuduk (sebab terdahulu) tapi solat hajat kita mintak anak murid kita berjaya UPSR yang keputusannya lambat lagi... (xde sebab terdahulu dan beriringan pada masa tu).

فـتُصلّى ركعتي الطواف في أوقات النهي لقوله عليه الصلاة والسلام : يا بني عبد مناف لا تمنعوا أحدا طاف بهذا البيت وصلى أية ساعة شاء من ليل أو نهار ([27]) .

وتُصلى تحية المسجد لقوله عليه الصلاة والسلام : إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين ([28])

وتُصَلَّى سنة الوضوء في أوقات النهي الموسَّع
فإن النبي صلى الله عليه وسلم أقرّ بلالاً على صلاة ركعتين كلما توضأ ، فقال عليه الصلاة والسلام : يا بلال حدثني بأرجى عمل عملته عندك في الإسلام منفعة ؟ فإني سمعت الليلة خشف نعليك بين يدي في الجنة . قال بلال: ما عملت عملا في الإسلام أرجى عندي منفعة من أني لا أتطهر طهورا تامًّا في ساعة من ليل ولا نهار إلاَّ صليت بذلك الطهور ما كََتَبَ الله لي أن أصلي ([29]) .

Rujukan di ambil di dalam kitab.....
([27]) رواه الترمذي ( ح 868 ) والنسائي (ح 585) وابن ماجه ( ح 1254 ) ، وصححه الألباني في " الإرواء " (ح 481) .
([28]) رواه البخاري (ح 1110) ومسلم (ح 714) .
([29]) رواه البخاري (ح 1098) ومسلم (ح 2458)

Rujukan juga diambil daripada Kitab karangan Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili - Al-Fiqh Al-Islami - Jilid 1 - MS 676/677 di dalam tajuk Waktu-waktu yang dimakruhkan....

1 ulasan:

Nurul Hidayah Isnin berkata...

satu lagi ilmu baru yang diperoleh. terima kasih.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails