Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Jom ke Surau!!



Alhamdulillah, akhirnya pelancaran Program " Jom Ke Surau" dah berjaya dilaksanakan. Cumanya sekarang masa untuk memenuhi surau dengan jayanya....

Cerita tentang surau nie, kawan-kawan ingat lagi kisah 3 tahun yang lepas, semasa kawan ajak tahun 6 nie sembahyang Zohor dulu sebelum balik sekolah di surau, ibu-bapa dah duduk tunggu di depan surau. Ada seorang bapa tu tak sedar kawan ada di sebalik cermin sliding door yang berwarna gelap tu...apa dia cakap " Lama ayah tunggu nie, kalau dah balik tu, terus balik...tak yah nak sembahyang dulu, kat rumah boleh sembahyang..........." (terkilan kawan dengar)
Semenjak dari tu kawan tak pernah paksa depa-depa nie sembahyang. Sebab sekolah habis pukul 1.05 petang...Zohor tu selalunya masuk antara pukul 1.00 petang - 1.30 petang jadinya kena tunggu dulu atau kalau sembahyang pun pukul 1.30 petang baru selesai. Bukan apa setakat didik depa semua cintakan surau.
Tapi pada tahun lepas, selepas didesak oleh GB supaya diadakan program imarah surau, kawan cakap kat diri kawan boleh ke buat balik....selepas peristiwa dulu.....selalunya baiahnya sama......
Mula-mula kawan usaha juga masuk dalam pertandingan Musolla-Alhakim...ingatkan dapat markah sikit je....tapi 85%. Dah kira baik nie...Ingat lagi Ustaz Zaidi dan Norzaidi yang mantau masa tu.....dari PPDJB...
Kawan semangat sikit...pada tahun nie kawan buat kertas kerja untuk imarah surau tu....bermula dari situ....derma orang perseorangan datang....ada yang nak derma karpet.......ada nak derma rehal............ada yang derma wang......
Kawan lancarkan sempena Maulidur Rasul masa tu, Tabung Surau Al-Ikhwan SK Kampong Pasir, JB. Alhamdulillah, pungutan diadakan setiap hari Jumaat semasa Program Budaya Al-Quran...Kat gambar tu ada, tabung warna hijau....setakat 2 kali Jumaat dikutip, dah ada dalam RM 100.00.
Pastu kawan ada buat khat 10' x 1 kat surau tu...macam contoh kat atas tu....harga dalam RM 180 pakai policarbonate....dalam cerita punya cerita tu....bos yang khat nie ada datang masa nak pasang tadi.....sudi untuk derma 300 naskhah Yasin untuk surau......

Kawan ingat masa kawan buat kertas kerja untuk mintak sponsor dari syarikat, jabatan agama tapi semuanya senyap...dah putus asa juga...tapi yang derma tu datang dari jalan yang lain...kawan syukur dan semangat....apa-apapun terima kasihlah semua....................Walaupun sumbangan kalian hanya 10sen tapi kalian telah membangunkan Rumah Allah Yang Dicintai......Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails