Pendidikan

KLAQ j-QAF PPDJB 2013

Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 22 Jun 2013. Seramai 300 orang peserta akan terlibat di dalam kem tersebut. [...]
Oleh Habaj-QAF

Lalu Depan Orang Solat?

Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah). [...]
Permata Pasir

Latihan Kalam Jamaie Sautul Jamilah 2013

Latihan Pasukan Kalam Jamie Sautul Jamilah akan diadakan bermula pada 10 Mei 2013 ini. Seramai 25 orang murid akan terlibat di dalam latihan Kalam Jamaie ni. Pertandingan sebenar dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013..[...]
KBS 4

Kem Bestari Solat 4

Kem Bestari Solat 4 akan diadakan pada 29 Jun 2013. Semua murid tahun 4 dan 5 akan terlibat di dalam program tersebut. Jom Solat !!![...]
Wildan Jahabiz

Rahsia Jamadil Akhir 1434H

Kewafatan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.. [...]

Afdal daripada 83 tahun


Malam Lailatul Qadar Yang Berkah

Dalam surah ini, Lailatul qadar disebut sebagai satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Cuba kita bahagikan 1000 bulan dengan 12 bulan, berapakah jumlahnya?

1000 bulan bahagi 12 bulan setahun = 83.3333 tahun

Sesiapa yang dapat mencapai Lailatul Qadar, dia seolah-olah telah mendapat ganjaran pahala ibadat selama 83 tahun lamanya.

Melalui surah Al-Qadr ini, Allah telah menetapkan 3 kelebihan Lailatul Qadar;
1. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
2. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara.
3. Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar.

Anda mengimpikan bertemu dengannya??????
Malam Lailatul Qadarlah.....

Di samping kita memasang niat untuk bertemu dengan malam tersebut, kita juga perlu memaksimumkan usaha untuk mendapatkannya.
Hadiah yang besar ini mestilah untuk orang yang besar usahanya, besar jiwanya, besar cita-citanya dan besar doanya. Hadiah yang besar ini tidak mungkin jatuh ke tangan orang yang berjiwa kecil dan tidak utuh usahanya.

Setujukah........................?

Daripada Aisyah r.a berkata: Wahai Rasullah! Jika aku mengetahui bahawa malam itu ialah Lailatul Qadar, apa yang perlu aku ucapkan? lalu baginda s.a.w. berkata: Ucapkanlah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya:

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan maka ampunilah aku.

(Sunan Al-Tarmizi, Al-Nasa'i dan Ibnu Majah,
Menurut Al-Tarmizi Hadis Hasan Sahih)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails