Akhirnya E-Pelaporan untuk bulan Jun 2009 berjaya disiapkan dengan jayanya. Inilah hasil dapatannya. Lebih baik daripada dapatan E-Pelaporan Okt 2008.
Tetapi yang menjadi tanda tanya di sini kepada yang baru menerima data e-pelaporan yang baru ditaklimatkan di PPD pada 16 Jun yang lalu. Adakah e-pelaporan itu boleh disiapkan dalam masa seminggu sahaja daripada tarikh yang diberikan. Sedangkan untuk j-QAF 2005 sudah bertambah kelas dan tahunnya.
Jikalau tidak kerana JU j-QAF dari Melaka sudi menguploadkan data e-pelaporan terbaru untuk tahun ini, kami dari Permata Pasir mungkin tidak akan berjaya untuk menyiapkan pada tarikh berkenaan.
Tambahan lagi bagi j-QAF di sini, yang kelewatan mendapat soalan Bahasa Arab tahun 5 dan tidak ada kata muktamad untuk menggunakan soalan peperiksaan tahun 4 Bahasa Arab yang lepas menyebabkan ustaz dan ustazah j-QAF Bahasa Arab terpaksa membuat soalan sendiri.
Tetapi apabila taklimat pra data e-pelaporan diadakan baru soalan diberikan dan diminta membuat peperiksaan semula sedangkan peperiksaan setengah tahun baru sahaja selesai.
Dengan masa seminggu sahaja diberikan, sudah pasti ustaz dan ustazah menghadapi kesukaran untuk menanda kertas peperiksaan bagi tahun 4 dan 5. Serta memasukkan markah ke dalam data e-pelaporan.
Tetapi bersyukurlah Permata Pasir sentiasa melayari laman Blog j-QAF seluruh negeri dan akhirnya terjumpa juga soalan-soalan bahasa arab tahun 5 (Sektor Pendidikan Islam Kelantan : boleh dimuat turun 3 Mei 2009)dan data e-pelaporan j-QAF 2009(j-QAF Melaka : boleh dimuat turun sebelum cuti bulan Jun). Terima kasih buat semua. Sedangkan data semakin bertambah untuk diisi tetapi kerjanya tetap seperti tahun-tahun lalu. Seminggu sahaja due datenya........Berbaloi bagi mereka yang masih terkial-kial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan