j-QAF JB Berjaya Menghimpunkan Semua Guru j-QAF & Ketua Panatia PI

Alhamdulillah, AJK Program JB telah berjaya mengadakan Kursus Pembugaran Program j-QAF 2013 pada hari Sabtu lepas 13/4/2013. Ini merupakan kali pertama program yang menghimpunkan semua guru-guru j-QAF dari seluruh Daerah Johor Bahru bersama-sama Ketua Panatia Pendidikan Islam yang berjumlah 500 orang semuanya membugarkan program ini semula. Dengan kehadiran Ustaz Mohd Azhar Bin Tumin, Penolong Pengarah, SPI, JPNJ selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam Johor dan Ustaz Hazrul Nizam, Penolong PPD Pasir Gudang selaku penceramah kursus kali ini ianya dapat menaikkan semangat kepada para peserta yang hadir.


Ustaz Sulaiman dengan BBM j-QAF yang pelbagai.



 Kawan jaga kuanter Buku Rekod j-QAF. Tinggal lagi 3 buah sekolah yang belum ambil tempahan mereka. Yang belum buat tempahan Buku Rekod ini ada lebih kurang 30 buah sekolah. Semenjak JPNJ mengeluarkan pekeling supaya membeli Buku Rekod ini ia dah menjadi semacam wajib pulak sebagai salah satu cara untuk menaikkan kembali program ini.


Keadaan dewan yang pada mulanya kawan ingat tidak ada masalah. Rupa-rupa, ada masalah pada aircond. Ada 2 aircond je yang berfungsi. Jadinya Ustaz dan Ustazah nie kepanasanlah, macam sauna jadinya. Tapi rata-rata semuanya belajar kat Timur Tengah....dah biasa dengan kepanasan.............Tapi semuanya berjalan lancar sehingga tamat kursus. Yang paling bestnya...Ustaz Azhar (JPNJ) ada sejak mula sehingga tamat kursus sebagai tanda sokongan yang jitu. 
Oklah kawan minta diri dulu........

Bila Doremon ke Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan

 Alhamdulillah, tadi masa kawan bukak email, kawan lihat daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan....ingat apa? rupa-rupanya Kajian Tindakan kawan berjaya mewakili Johor untuk dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Jun ini di Hotel yang kat atas tu, di Kota Baharu..........Jauhnya....
Yang kawan kelakarnya member kawan yang kat atas tu akan sama-sama turut serta dalam pembentangan peringkat Kebangsaan nanti. Antara isi surat itu menyatakan " Sukacita dimaklumkan bahawa laporan kajian tuan/puan telah dinilai oleh Bahagian ini dan dipilih untuk dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2013. Persidangan tersebut akan diadakan pada 10-23 Jun 2013 di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan". Lamanya .... ke salah taip 10 -13 Jun.... tak tahu lagi sebab surat yang sebenarnya belum dapat. Antara pembentang lain seperti berikut:

1. Puan Norasmahani Bt Hj Nor

SMK Putrajaya Presint 9(1), 62250,
Putrajaya

2. Puan Noraini Bt Abdul Rashid
SK Putrajaya Presint 11(1), Jalan P 11 J1, 62300
Putrajaya

3. Puan Hjh Wahida Bt Hj Warris
SK Seberang Jaya,Pesiaran  Siakap,13700 Perai,
Pulau Pinang

4.Puan Azizan Bt Othman
SMK Jitra, O600, Jitra
Kedah

5. Puan Masyitah Fatimah Bt Muktar
SK Kuala Besut, 22300
Terengganu

6.Puan Faridah Hanum Bt Mohamad
SK Rancha Rancha,Peti Surat 80355,
87013,
WP Labuan

7.Encik Mohd Adzmi Bin Mohd Jani
SK Senawang, 70450 Seremban
Negeri Sembilan

8.Encik Hairul Anuar Bin Abdullah
SK Kampong Pasir,Km 11,
Jalan Skudai
81200, Johor

9.Tn Hj Kasman Bin Embong
SMK Matang, 21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,
Terengganu

10.Encik Abdullah Bin Mamat
SMK Seri Nilam, 20050 Kuala Terengganu
Terengganu

11.Zaleha Bt Haron
SMK Dato Seth, 83700 Yong Peng,
Johor

12.Wan Hafizah Bt Wan Husain
SK LKTP Sungai Koyan, 27650, Raub,
Pahang

13. Puan Zubaidah Bt Mohaidin
SK Permatang Badak , 25150,Kuantan
Pahang

14.Puan Wan Faridah Bt Wan Mohamad
SMK Mulong Kota Bharu, 16010
 Kelantan

15.Puan Hasanah Bt Shahidan
SMK. Convent. 31350 Taiping
Perak

 16. Encik Ahmad Zamri  Bin Aziz
SM Sains  Pasir Putih,
16800 Pasir Putih
Kelantan

Oklah....apa-apapun lagi kawan tinggalkan jauh lagi dia kejar....SOtong dan DOremon yang pakai TOpi pada waktu panas terik waktu ZOhor......kahkahakah........Wassalam

Lamanya Menghilang!

Lamanya kawan tak update blog nie.....semenjak akhir tahun lalu sampai lani macam-macam yang kawan lalui. Dulu kawan tak aktif dengan j-QAF nie, tapi lepas jadi JU j-QAF JB nie sibuk sikit. Yang paling sibuknya bila kawan dikehendaki menguruskan Buku Rekod Individu (Iqra', Al-Quran, Jawi, PAFA dan Bacaan Dalam Solat). Sehingga kini masih ada sekolah yang membuat tempahan.

 Yang kat atas tu gambar masa kawan ceramah Maulidur Rasul kat SK Seri Kenanga bulan 2 lepas. Banyak pengalaman yang kawan dapat. Yang utama kalau ceramah dengan murid sekolah rendah nie banyak video, animasi dan yang seumpama dengannya. Kalau tidak dewan yang besar tu akan jadi gegak gempita tanpa kawalan nanti. Al-Hamdulillah, murid-murid berjaya mendengar dengan kusyuk.....masuk cerita solat, palestin, hantu, ibu bapa semuanya ditanggung beres.

Yang kat atas nie pulak masa kawan berbengkel untuk Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor. Jurnal bilangan 5. Kawan tak pernah dari pagi sampai 4.30 petang ngadap komputer. Ini pertama kali ngadap komputer edit kajian tindakan sendiri. Walaupun kawan jadi JU e-pelaporan j-QAF JB yang menguruskan data j-QAF lebih kurang 35000 murid j-QAF tapi taklah sampai petang kawan ngadap komputer. Balik rumah rasa nak pitam. Baru-baru nie, Penolong Pengarah JPNJ, Encik Sahibul ada msg kawan, katanya kajian tindakan kawan terpilih 5 terbaik negeri Johor (menengah dan rendah) untuk dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Bulan Jun ini. Tapi katanya pemilihan di peringkat KPM nanti hanya memerlukan 2 sahaja kajian tindakan setiap negeri. Kawanpun tak tahulah. Lagi dilari dengan kajian tindakan ini, lagi ia muncul.
Dan banyak-banyak aktiviti yang kawan telah buat ni ada yang menyedihkan.....Sama juga terjadi cam Kumpulan Kalam Jamaie kawan........Walaupun team sekolah kawan telah berjaya muncul Johan MTQSS dan Festival Nasyid Zon Bandar, JB 2013, tapi masa Peringkat Daerah JB, team nasyid kawan telah mendapat tempat ketiga.........Yang Ralatnya Hakim Lagu cakap lagu sekolah kawan ciplak........Masalahnya kawan pernah pergi kursus Kehakiman Bahagian Nasyid di Peringkat Negeri Johor tahun lepas. Lagu dikira ciplak jika keseluruhan lagu dah didengar. Lagu boleh diciplak hanya 4 bit. Tapi hakim tu cakap kalau lagu lebih 4 bar dikira ciplak. Pening kepala kawan. Hakim tu guru muzik. Dan kawan tak jadi hakim sebab sekolah kawan masuk. Bila kawan judge dari belakang kemungkinan Johan dan Naib Johan, tapi sebaliknya berlaku bila kedua-dua lagu kawan tak dikira. (Jenuh buat lagu nasyid nie tapi orang kata ciplak pulak) Tapi bagi kawan, guru muzik punya penilaian lain dengan kalangan orang agama. Sebab istilah agama suara yang sedap didengar adalah suara zauk (menusuk di dalam kalbu) dan ada tabaqat-tabaqat suara yang perlu dikembangkan seperti suara qarar, nawa, jawab dan jawabul-jawab. Bukan melihat kelembutan sahaja tapi perlu dilihat kepada kemantapan. Kalau tidak nasyid akan jadi muzik pop. Oklah....kawan mengundur diri dulu. Mintak maaf bebanyak sebab lama tak update..........