Sepintas KBS 1 & Tasmik 2012

Alhamdulillah AJK Program j-QAF dan Panatia Agama Islam sekolah kawan dah mulakan program di awal tahun 2012 nie. Antaranya Kelas Tasmik yang hanya dikhususkan untuk tahun 2 & 3 seramai 66 orang murid yang masih lemah di dalam bacaan Iqra' 1. Masanya pukul 12.35 tengahari sehingga 1.05 petang setiap hari Rabu & Khamis.

Pada hari Sabtu yang lepas pula, 14/1/2012 sekolah kawan dah mulakan Kem Bestari Solat yang pertama untuk tahun 1 dan 2. Ramai yang datang ke majlis tersebut.



Lepas tu sekolah kawan mengadakankan pula MTQSS Peringkat Sekolah untuk acara Tilawah dan Hafazan. Jadinya bergabung dengan program KBS tu. Alhamdulilah semuanya selamat diadakan dengan jayanya. Cumanya, tahu-tahulah murid tahun satu nie yang baru masuk sekolah nie...masih belum berapa reti lagi nak duduk diam.....suruh diam lagi dia bising...dah kena dendapun boleh berlari lagi....Apa-apapun tahniahlah kerana sudi hadir.............Wassalam......

Bila Gurumu Tidak Tahu???

Assalamualaikum semua pengunjung Permata Pasir sekalian....lama rasanya tak bersua, bukan apa tapi bila nak menaip kalimah demi kalimah tak terdaya rasanya......Ini cita yang kawan rasanya pelik dan pening dengan anak murid kawan sorang nie.... Kawan dah karang lagu nasyid untuk Festival Nasyid yang akan datang. Dengan semangat berkobar-kobar untuk jadi Johan tahun nie.... awal-awal bukak sekolah dah siap lagu tu.....walaupun lagu tema tak de lagi kawan karang je lagunya sama tajuk dengan MTQ 2012 " Al-Quran Penjana Transformasi Ummah". Kalau silap kawan ubah je lirik dia sebab lagu dah ada.
Kawan pun panggillah anak murid kawan nie, Akmal tahun 6U untuk test lagu kawan. Boleh tak bawak lagu nie... sebab corusnya tinggi yang amat...Bila kawan panggil, apa yang dia cakap kat kawan " Ustaz, saya tak mahu masuk apa-apa pertandingan tak kira Sekolah Rendah atau Sekolah Agama sebab saya nak tumpukan pada peperiksaan UPSR tahun nie.....
Terkejut kawan le... dah 2 tahun kawan latih untuk nasyid sekolah... sebab tertubuhnya kumpulan Wildan Jahabiz niepun sebab masa kawan tengah tasmik murid-murid....kawan terdengar dia selawat....ok je.....pastu terus tubuh kumpulan nasyid.... dari ada bonggo je....sehingga lengkap kini peralatannya....dari mula-mula masuk dapat tempat ke-3 seterusnya naib johan. Ingatkan pada tahun nie KPI kawan nak Johan pulak....tiba-tiba dia cakap camtu terus hilang semangat......
Kawan suruh Ustazah Siti pujuk....bila Ustazah Siti cakap yang Akmal nie dah layak ke Final dalam rancangan Adik-Adikku terkejut kawan....Napelah Akmal tak kabor awal-awal.......kan kita orang boleh bagi sokongan ke...apa ke.... NAPE DUK DIAM JE....
Apa-apapun TAHNIAHLAH sebab dapat gie Final.....Siap dah dapat rakaman takbir raya lagi untuk tahun nie nye raya yang akan disiarkan di TV masa raya....
Kawan harap biarlah Akmal beritahu guru-guru Akmal cita sebenar....jangan disenyapkan sebab kesian guru-guru Akmal yang pernah bina Akmal dulu terutama guru-guru sekolah agama. Kawan ingat masa Akmal baca berzanji.....Akmal cakap cikgu sekolah agama yang latih.....Jangan terus tarik diri je.....Cakap perkara yang sebenarnya....Sejuk hati cikgu......Oklah kawan bukan apa... tapi "Bila Gurumu Tidak Tahu?????









KSSR & KBSR




Selamat datang tahun baru dan RPT baru 2012.....
1) Rancangan Pengajaran Tahunan Agama Islam Tahun 2 KSSR
2)Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab KSSR Tahun 2 KSSR
3) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 5 2012
Ok Selamat Download......Wassalam