Pengumpulan Data Pelaporan j-QAF Peringkat Negeri Johor 2011

Alhamdulillah, akhirnya pengumpulan Data E-Pelaporan j-QAF Peringkat Negeri Johor sudah menutupkan tirai bagi tahun 2011 nie dengan jaya. Pengumpulan Data E-Pelaporan j-QAF nie dimulakan dengan ucapan Penolong Pengarah j-QAF Negeri Johor oleh Ustaz Azhar. Bermacam-macam cabaran yang JU Daerah hadapi sepanjang kutipan Oktober nie... termasuklah juga Daerah Johor Bahru yang tidak terlepas daripada halangan yang berkaitan...Banyak kesulitan dan masalah yang dapat dikesan antaranya: 1) Ada sekolah yang copy paste aje E-Pelaporan Jun ke E-Pelaporan Oktober. Masalah nie dapat dikesan apabila pengumpulan dibuat. Masalah yang paling ketara, ada sekolah yang mengambil keputusan bacaan Jun dan dipastekan pada E-Pelaporan Oktober. Sehinggakan ayat di bulan Junpun termasuk sekali di bulan Oktober dan menyebabkan ralat sebanyak 250 tempat. Ada sebuah sekolah yang tersalah memasukkan data dengan memasukkan bilangan muka surat bacaan di dalam ruang menguasai Iqra' atau Al-Quran.2) Ada 2 buah sekolah yang lambat menghantar E-Pelaporan j-QAF Oktober walaupun tarikh pengumpulan sudah ditutup. JU Daerah terpaksa memberi lebihan masa kepada 2 buah sekolah nie. Daripada 2 buah sekolah itu, terdapat sebuah sekolah yang menghantar E- Pelaporan j-QAF di bengkel pengumpulan negeri. Bila diselidiki bilangan murid sekolah tersebut tidak sampai 150 murid dari tahun 1-6. Tetapi mengambil masa yang lama untuk menyiapkan data sedangkan terdapat sekolah yang muridnya ramai (1000 murid) berjaya menghantar data tersebut pada masa yang ditetapkan. 3) Masih terdapat sekolah yang mengisi maklumat murid bukan Islam cemerlang dalam solat dan wuduk dan cemerlang dalam bacaan Al-Quran. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika guru yang memasukkan data tersebut prihatin dan tidak cuai di dalam pengisian data. Terdapat juga ralat yang tidak dapat dikesan tetapi dapat dikesan oleh JU Daerah iaitu ralat berkenaan murid Islam mengambil bahasa arab tetapi ditandakan mengambil bahasa cina.
Oklah, kawanpun jadi pening juga sebab terpaksa mencari data yang ralat di sebalik murid-murid yang berjumlah kira-kira 6000 orang bagi daerah Johor Bahru.

Barisan JU j-QAF Daerah Johor Bahru, Ustaz Hairul dan Ustaz Zaini dan PPD j-QAF Johor Bahru, Ustaz Zaidi.
Barisan Jurulatih Daerah dan Negeri... kalau semua nak tahu yang memakai baju biru tengah tersenyum tulah JU Negeri Johor, Ustaz Wandi dan yang memberikan penerangan tu juga JU Negeri Johor Ustaz Li........yang lain Ju Daerah Segamat, Muar dan Pasir Gudang.
Oklah dengan berakhirnya pngumpulan nie, tamatlah sudah program j-QAF bagi tahun 2011 nie.....Sekolahpun nak cuti tak lama lagi.........tak tahu apa dia cabaran bagi tahun 2012....Dah 2 kali kawan disuruh jadi JU Bahasa Arab bagi Daerah JB tetapi kawan cakap tak boleh sebab bukan opsyen. Tetapi bila Ustaz Azhar cakap, guru j-QAF opsyen PAI dah boleh mengajar bahasa arab itupun atas persetujuan guru berkenaan maka kawan kena fikirkan balik... sebab kawan teringat bila kawan mengambil jurusan Bahasa Arab Am di Kaherah, Mesir dulu....Bila sampai Mesir cakap kita ambil bahasa arab lagi-lagi kat kaherah semuanya tabik.... pastu ada yang cakap berkurun lah duk Mesir kalau ambik bahasa arab tu....tapi kawan berjaya Ala......Tul.
Ilal Liqa'......

Taklimat E-Laporan j-QAF Zon Bandar JB, November 2011

Alhamdulillah, semalam 3/11/2011, kawan telah berjaya menyampaikan Taklimat E-pelaporan j-QAF kutipan Bulan Oktober 2011 kepada guru-guru j-QAF Zon Bandar JB. Ada juga yang tak hadir. 5 buah sekolah yang tak hadir. 2 sekolah program j-QAF dan 3 sekolah bukan program j-QAF. Apa-apapun yang hadir diucapkan tahniahlah. Kawan hanya bagi taklimat berkenaan cara untuk update ESATU - EENAM version 11 ke version 11.6 (ESATU/EENAM) dan version 11.5 (EDUA - ELIMA).

Pengumpulan pula minggu hadapan akan bermula pada 8 November hingga 9 November pukul 2.00 petang di sekolah kawan. Semasa taklimat kawan dah nyatakan yang 8 haribulan tu yang menghadapi masalah je dan 9 haribulan pula hantar lengkap. Yang kawan sukanya, guru-guru j-QAF Zon Bandar nie bagus-bagus belaka bab pengumpulan nie.... Semuanya hantar pada masa yang telah ditetapkan dengan jayanya pada Bulan Jun yang lepas. Cumanya ada beberapa buah sekolah yang bukan program j-QAF tak dapat info berkenaan pengumpulan.



Oklah, kawan undur diri dulu... sapa-sapa guru j-QAF ada masalah nak update version boleh maklum kat kawan.... kawan sudi tolong.....ok ILAL LIQA'

Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor 2011

Alhamdulillah, semalam kawan bersama anak murid kawan yang sorang nie, Abdul Rahman Zahari telah terlibat dengan Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di SK Taman T6, Kluang Johor. Anak murid kawan nie telah terlibat di dalam acara Tilawah Al-Quran.
Alhamdulillah anak murid kawan dapat tempat ketiga dengan markah 86%.
Untuk guru-guru j-QAF yang masih samar-samar lagi dengan peraturan Tilawah nie, ianya amat berbeza dengan Tilawah Al-Quran MTQSS.... tak de bacaan taranum.... sapa-sapa yang membaca secara teranum gerenti tak de tempat... bagi peraturan Negeri Johor pulak...hanya BACAAN SECARA TARTIL sahaja yang dikira.... tadwir pun tidak dikira..... suara hanya memperuntukkan Tabaqat suara sahaja. Cumanya peserta yang boleh mengalukan bacaan tartil seperti Syeikh2 Arab gerenti Johan. Yang Johan negeri tu mengalunkan bacaan seperti Taha Al-Junaid bacaan tartil.

Tempat musabaqah acara tilawah lelaki...kawan berdiri kat luar aje sebab kawan tak leh tengok anak murid kawan yang sedang dalam ketakutan....orang cakap jangan takut tetap camtu jugak... sepanjang perjalanan menaiki bas dari JB ke Kluang, anak murid kawan tak bersuara, senyap je....duduk sebelah Penyelia Agama Islam PPDJB....tak berborak langsung......
Tengok tu, dahlah peserta kedua, tu yang nervous semacam je.....kawan tengok dia dah camtu, kawan terus berdiri di luar. Dengar dari luar je.... peserta pertama membaca secara tadwir....suara sedap tapi bacaan terlalu berhati-hati dan lambat...rasanya kalau peserta tu baca secara tartil mungkin boleh menang.
Tibalah giliran anak murid kawan membaca, kawan suruh dia baca secara tartil dengan bacaan Taha Al-Junaid... sekejap jadi, sekejap tak jadi....takut kot....kawan dah cakap jangan takut....rasa-rasanya kalau dia buat seperti dalam latihan mungkin leh Naib Johan sebab tempat kedua cuma beza 1 %. Tajwid OK....Fasahah OK...Adab OK... cuma tabaqat suara sekejap jadi sekejap tak.........

Acara Penutupan Perasmian oleh Wakil Rasmi Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, iaitu Ketua Sektor Unit Psikologi & Kaunseling Encik Mohd Narawi Bin Mohamed Ali.

Pasukan Dikir Barat Bahasa Arab dari Daerah JB juga best dapat nombor 2 iaitu SK Kampung Maju Jaya.....kalah dengan Daerah Kulai...kawan nak masuk acara nie sebab budak ada... tapi peralatan tak de...dari baju hinggalah ke alatan muzik.... GB cakap apa sumbangan j-QAF kepada sekolah... baru nak beri tapi kalau tak beri camner nak improve....bagi dulu baru kita buat....


Para pemenang acara Tilawah Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor, Johan Daerah Kota Tinggi (94%) Naib Johan Dareah Pontian (87%) Ketiga Daerah Johor Bahru (86%).
Anak murid kawan sedang mengambil hadiah para pemenang tempat ketiga acara tilawah dari Ketua Sektor...

Penutupan KBS 2011 & Sambutan Hari Raya

Alhamdulillah, lama kawan tak update blog nie. Bukan apa, sepanjang bulan Ramadhan nie dan Syawal nie sibuk memanjang. Banyak jugaklah program2 yang tak dapat diupdatekan di blog nie.... Sabtu 24 September lepas Panatia Agama & j-QAF telah selamat mengadakan Majlis Penutupan Kem Bestari Solat 2011 dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Murid-murid nie dapat macam-macam.... dapat saguhati Buku Nota KBS dan Pen, dapat makan nasi empit, rendang, serunding dan kuah lodeh dan yang kawan tak lupa, sorang-sorang murid berusaha nak habiskan satu bekas kuih raya.....Cumanua GB, Encik Kamaruddin tak dapat bersama... sebab masih bercuti sakit.....Tak lupa kepada Abang Bakhtiar dan Kak Gi yang sudi buat kantin sekolah terbuka buat guru-guru SK Kampong Pasir. Banyak juga hidangan yang mereka berdua sajikan untuk guru-guru SK Kampong Pasir.






Berjaya ditangkap.... selinap makan kuih karipap.... Tu yang kawan geli hati... Banyak-banyak kuih raya terselit juga KUIH KARIPAP. Nak cakap kuih tu murid punya sarapan yang tersalah letak tapi banyak pulak..... Last2 guru nielah yg rasa dulu...




Lihat tu sampai 4 bekas kuih raya yang sorang tu bawak... Kawan cakap pada depa, jangan pakai angkut je kuih raya kat rumah, nanti mak cari tak jumpa......




Oklah kawan mintak diri dulu...............

Pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah 1432H

Tuan Guru Besar SK Kampong Pasir, JB sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Bulan Ihya Ramadhan bagi semua warga SK Kampong Pasir, JB. Antara ucapan Tuan GB kita, Encik Kamaruddin Bin Haji Othman ialah Keistimewaan Malam Lailatul Qadar yang bersamaan 83 tahun (1000 bulan).

Murid-murid mengangkat tangan tanda sudah berpuasa selama 3 hari. Tuan GB yang suruh angkat tangan siapa-siapa yang berjaya berpuasa sehingga pada hari ini.

Majlis Pelancaran Bulan Ihya Ramadhan diserikan juga dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Abdul Rahman Bin Zahari.



Ustazah Norain yang bertanggung jawab mengendalikan dan menyelaras segala program yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya:
  1. Tadarus Al-Quran Murid Tahun 4, 5 dan 6.
  2. Tadarus Al-Quran Guru-Guru.
  3. Mendengarkan Ayat Suci Al-Quran sepanjang bulan ini.
  4. Kuiz Ramadhan.
  5. Risalah Ramadhan.
  6. Tazkirah semasa perhimpunan pagi dan rehat.
  7. Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah.
Tulah aje yang kawan dapat kongsikan sama-sama. Oklah kawan minta diri dulu.