KLAQ Peringkat Daerah JB 2011



Alhamdulillah, dapat kita berjumpa kembali, banyak program yang telah berlaku dan berlalu yang tidak dapat diupdate di dalam ruangan nie... sebabnya kekangan masa dan ada juga yang kawan lupa nak bawak kamera....... last2 tengok je.... Pada 23 Julai lepas kawan telah terlibat di dalam KLAQ Peringkat Daerah JB di SK Pengkalan Rinting, JB.... sebelah sekolah kawan je... Kawan diminta menjadi Fasilitator......kawan dapat 7 orang anak murid dari serata sekolah rendah JB. Rata-rata dah boleh baca Iqra' 2... senang sikit kerja kawan.... Tu gambar kawan tengah berposing dengan Ustaz Zaidi, Penolong PPD j-QAF, JB. Ustaz Norzaidi merangkap Penolong PPD Pendidikan Islam, JB pun ada datang tapi biasalah kawan nie, kamera ada dalam beg tu tapi kawan terlupa sebab masa Ustaz Norzaidi datang kawan tengah tanda kertas peserta KLAQ nie....



Dalam masa yang sama, anak murid kawan, Adik Aliff Bin Rahim 5C mendapat hadiah untuk peserta terbaik di dalam kumpulan.... Oklah tu.
Sebenarnya pada tarikh yang sama, berlangsung juga Kokoria Bahasa Arab Peringkat Daerah di SK Taman Universiti 1, JB. Seorang anak murid kawan, Adik Abdul Rahman Bin Zahari telah memenangi Pertandingan Tilawah al-Quran dengan mendapat tempat pertama.

bahagian tilawah lelaki

TEMPAT

NAMA MURID

SEKOLAH

MARKAH

PERTAMA

abdul rahman bin zahari

sk kg. pasir

87%

KEDUA

mohd firdaus bin ridzuan

sk taman suria

84%

KETIGA

muhammad haiqal bin johari

sk tmn. universiti 1

84%


Kawan yakin, Adik Rahman nie boleh dapat tempat, tapi tak tahulah tempat ke berapa masa kawan latih dia, sebab dia baca Al-Quran ok je mana-mana ayat.. dengan makhrajnya dan tajuwidnya. Cuma ada tempat-tempat bagi bacaan sukar kawan tekankan. Tapi masalah bagi Adik Rahman nie, gaya persembahannya masih lum dok molek... Kawan suruh baca stail adik Taha Al-Junaid baca.... Garenti menangis hakim.... Tapi sumbang... Nak buat burdah tak jadi... Tapi takpe, dia senang dilatih.... masa ada 2 bulan sebelum pertandingan Peringkat Negeri Johor diadakan di Kluang, Johor. GB dah bersuara suruh menang. Bagi kawan yang latih, mustawa....50-50... kalau nak masuk ranking 1-3, bagi kawan belum lagi sehingga dia menguasai gaya penyampaian yang lunak dan merdu. Tak dapat 100% pun tak pe, dapat 50 % akan dapat masuk ranking (gaya penyampaian je) sebab suara dia ada...tapi keras dan tenggelam.... suka teran suara..... masa MTQ Peringkat Zon Bandar 2011 yang lalu, dia dapat tempat ketiga... sebabnya taranum dia boleh buat ikut harakat tapi keras dan tak merdu. Cuma yang kawan ingat bila masuk tarannum Hijaz harakat ke 3 dan 4 masa Jawab dan Jawabuljawab... tu je yang kawan dengar merdu dan ada suara......yang lain keras dan tenggelam... Oklah kawan minta diri dulu....

Hati-hati Dengan Waktu Makruh & Haram Solat


Assalamualaikum semua..... kata orang kalau tahu kita sampaikan dan kalau tak tahu kita tanya orang lebih-lebih lagi berkenaan dengan hal ibadat... jangan kita pakai HUKUM AKAL dan kita menidakkan nas Al-Quran dan Hadis. Gugur akidah kita..... Ada sekali tu kawan dijemput untuk menjadi Imam Solat Hajat di sebuah sekolah. Kawan cakap bila nak buat? Hari Jumaat. Masanya...Pukul 7.00pagi - 8.00pagi. Kawan pun beritahu berkenaan dengan waktu makruh dan haram solat.... Kalau solat fardu kita mengerjakan solat di waktu-waktu ini maka makruh hukumnya seperti belum bersolat lagi atau qada' solat fardu. Tapi kalau kita mengerjakan solat sunat selain solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram) maka hukum mengerjakannya haram (berdosa).
Berikut waktu makruh (solat fardu) dan haram (solat sunat):

  • Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
  • Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  • Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  • Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
  • Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

Jadinya kerjakan pada waktu Dhuha dan Isyrak lebih kurang antara 8.15 pagi.... Lepas kawan menerangkan demikian barulah faham....
Antara Nas Hadisnya:


أما الدليل فهو قوله عليه الصلاة والسلام : إذا طلع حاجب الشمس فأخِّروا الصلاة حتى ترتفع ، وإذا غاب حاجب الشمس فأخِّروا الصلاة حتى تغيب ([10]) . وفي رواية : " لا تَحَرّوا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها ، فإنها تطلع بقرني شيطان " ([11]) .وفي رواية : " إذا طلع حاجب الشمس فَدَعُوا الصلاة حتى تَبْرُز ، وإذا غاب حاجب الشمس فَدَعُوا الصلاة حتى تغيب ، ولا تَحَيَّنُوا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها ، فإنها تطلع بين قرني شيطان " ([12]) . وحديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما ، وفيه : وَوَقْتُ صَلاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ الشَّمْسُ ، فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَأَمْسِكْ عَنْ الصَّلاةِ ، فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ ([13])

Rujukan di ambil di dalam kitab...
([10]) رواه البخاري (ح 558) ومسلم (ح 829) . ([11]) رواه البخاري (ح558) ومسلم (ح 828) . ([12]) رواية البخاري (ح 3099) .
([13]) رواه مسلم (ح612) .

Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Pada Waktu ini?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu;

1. sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih
2. sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misalnya:

1. sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat,
2. sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’,
3. sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan,
4. sembahyang Hari Raya,
5. sembahyang Dhoha,
6. sembahyang sunat Thawaf,
7. sembahyang sunat Wudhu,
8. sembahyang sunat Tahiyatul Masjid,
9. sujud Tilawah dan sujud Syukr
10. dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Nas Hadis yang membolehkan Solat Sunat yang sebabnya terdahulu dan beriringan contohnya solat sunat wuduk sebabnya ada wuduk (sebab terdahulu) tapi solat hajat kita mintak anak murid kita berjaya UPSR yang keputusannya lambat lagi... (xde sebab terdahulu dan beriringan pada masa tu).

فـتُصلّى ركعتي الطواف في أوقات النهي لقوله عليه الصلاة والسلام : يا بني عبد مناف لا تمنعوا أحدا طاف بهذا البيت وصلى أية ساعة شاء من ليل أو نهار ([27]) .

وتُصلى تحية المسجد لقوله عليه الصلاة والسلام : إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين ([28])

وتُصَلَّى سنة الوضوء في أوقات النهي الموسَّع
فإن النبي صلى الله عليه وسلم أقرّ بلالاً على صلاة ركعتين كلما توضأ ، فقال عليه الصلاة والسلام : يا بلال حدثني بأرجى عمل عملته عندك في الإسلام منفعة ؟ فإني سمعت الليلة خشف نعليك بين يدي في الجنة . قال بلال: ما عملت عملا في الإسلام أرجى عندي منفعة من أني لا أتطهر طهورا تامًّا في ساعة من ليل ولا نهار إلاَّ صليت بذلك الطهور ما كََتَبَ الله لي أن أصلي ([29]) .

Rujukan di ambil di dalam kitab.....
([27]) رواه الترمذي ( ح 868 ) والنسائي (ح 585) وابن ماجه ( ح 1254 ) ، وصححه الألباني في " الإرواء " (ح 481) .
([28]) رواه البخاري (ح 1110) ومسلم (ح 714) .
([29]) رواه البخاري (ح 1098) ومسلم (ح 2458)

Rujukan juga diambil daripada Kitab karangan Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili - Al-Fiqh Al-Islami - Jilid 1 - MS 676/677 di dalam tajuk Waktu-waktu yang dimakruhkan....