E-Sekolah V11 - Kod Sekolah Zon Bandar, JB Yang Tiada




Kod Sekolah pada E-sekolahV11 sebelum nie tidak memaparkan kod sekolah untuk sekolah-sekolah Zon Bandar, JB sepertimana nama yang tertera, setelah diedit semula nama kod tersebut sudah dimasukkan (KLIK PADA E-SEKOLAH V 11.xls DIATAS:

1) JBC1004 -SJK (C) FOON YEW 2
2) JBC3017 -SJK (C) THAI HONG
3) JBC5059 -SJK (C) PAI TZE


Ok selamat download E-Sekolah anda.....Lagi satu jangan lupa tarikh penghantaran E-Pelaporan pada 21 dan 22 Jun nie di Sekolah Kampong Pasir, JB... Pukul 2.00 petang di Makmal Komputer......Selamat Bercuti...

KLAQ 2011 - Fokus Iqra' 1






Alhamdulillah team j-QAF sekolah kawan dapat juga melaksanakan Program KLAQ 2011 dengan jayanya walaupun dalam jadual asalnya pada 26 Mac yang lalu. Disebabkan ada MTQ Peringkat Zon pada tarikh itu... Ianya dibawa kepada tarikh 14 Mei 2011.... Fokus hanya untuk tahun 2-6 yang masih Iqra' 1... Tak ramai yang hadir... Biasalah sebab yang KLAQ ini selalunya tertumpu kepada murid bermasalah jadinya kalau ada program sebegini payah nak datang.... Yang datangpun memang yang semangat je....

Hari Jururawat Sedunia - Hospital Pakar KPJ sambut di sini

Bertuah sungguh sekolah kawan, apabila sepasukan jururawat dari Hospital Pakar KPJ membuat sambutan Hari Jururawat di sekolah kawan... Semuanya pihak Hospital sediakan dan uruskan bermula dari pukul 9.00 pagi - 12.30 tengahari. Guru-guru boleh relax sikit pada hari tu....



E-Laporan j-QAF 2011 ada perubahan

Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.