Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kali-37



Pasukan Kompang sekolah kawan....Campur-campur dengan murid-murid lama yang dah menengah...
YB datang dengan tuah berbaju merah......akhirnya mengumumkana pemberian RM 10,000 untuk sekolah...
Orang kuat Jawatankuasa PIBG SK Kampong Pasir, Ustazah Norliza, sejak dari hari Jumaat pagi dah siapkan tempat. Datang bilik j-QAF dengan Ustazah Fadilah mintak Rehal dan Bakul....Puas kawan teka...apa yang depa semua nak buat .... Rupa-rupanya nak buat KertasThon ( 1 parent 1 rim kertas A4)

Wajah-wajah ceria murid-murid tahun lepas UPSR 5A dan 4A 1B.

13 orang murid dapat 5A tahun lepas dan 11 orang dapat 4B. Pencapaian terbaik selama ini bagi sekolah kawan...
Kawan teringat kisah ketakutan, kegembiraan, kesedihan sampaikan depa semua menggigil nak belajar dulu sebab sekolah kena serang dengan makhluk halus. Yang huru-harakan sekolah kawan 2 ekor je tapi depa panggil suku-sakat depa semua yang jadikan banyak...kawanpun tak tahu lah.....apa yang kawan hadapi......Kawan dah resign dah rasanya perkara nie... Tapi sejak akhir-akhir nie kawan selalu mimpi perkara pelik.....Kata Perubatan Islam kalau mimpi tempat kotor seperti tandas atau tempat buang sampah petanda ada angkara makhluk halus yang mengacau...
Tapi yang kawan mimpi lain pulak ... kawan gie basuh tandas dan tong sampah hijau yang besar tu sampai bersih... bukan setakat sekali dua kali tapi dah banyak kali....ada mimpi harimau 2 ekor, kawan gie kejar binatang tu ada le... Tahlah perkara nie payah nak dirungkai... Semua selepas kawan menarik diri dari apa-apa perkara berkaitan dengan makhluk halus nie.....Selepas tragedi yang berlaku pada tahun lepas.........Susah nak disingkap kembali..........Sampaikan depa semua melihat secara live kawan mengislamkan makhluk halus tersebut. Setiap pagi depa semua bersungguh mengambil wuduk dan sentiasa memeluk Al-Quran di sisi mereka semua. Kalau belajar kat kelas tu atas meja boleh dikatakan ada Al-Quran.
Tu yang duduk senget tu, kawan ingat sampai menggigil mengambil wuduk pada suatu pagi.....Tu yang depa segan sikit dengan kawan.... sampai nak bohongpun tak berani... Tapi kawan bangga dengan depa semua.... Walau sekuat mana ujian melanda, depa semua sudah dapat hadapi dengan tabah....


Sape nie yek....Sapa-sapa yang kenal leh mintak Cikgu nie latih nasyid... pemain alat muzik dikejauhan....
Yang nie...tak leh nak sorok muka....Jurulatih Utama Pasukan Nasyid kawan............Ustazah Rokiah..... Oklah sebelum kawan mengundur diri tajuk Festival Nasyid tahun nie ialah " AKIDAH KUKUH SAHSIAH TERPUJI" Ilal Liqa'

Multaqa Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor

Hari ini kawan pergi menghadiri Multaqa Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.
Terdapat 3 kertas pembentangan yang telah dibentangkan....
Pertama berkenaan Pendermaan Organ oleh Datin Doktor Laila Yasmin binti Mansor.
Kedua berkenaan Pengguguran Kandungan oleh Profesor Madya Datin Doktor Faizah Binti Haji Ismail dan Ketiganya oleh Profesor Zakaria Bin Stapa berkenaan tajuk Syiah.
Semua guru agama seluruh Johor terlibat di dalam Multaqa ini samada di bawah kerajaan negeri atau persekutuan...(yang terpilih je...)
Topik yang panas di sini berkenaan dengan topik Syiah lee...
Banyak pertanyaan daripada peserta berkenaan topik ini......Oklah Ilal Liqa'

KelahiranNya Membawa Rahmat.....




Tak lambat rasanya blog kawan nak mengucapkan salam Maulidur Rasul 1432H kepada semua pengunjung Permata Pasir... Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat kepada sekalian alam.... Kawan teringat kata-kata Ustaz Zahazan berkenaan rahmat itu... membawa rahmat kepada orang-orang mukmin.....kepada orang bukan islam......kepada haiwan dan kepada jin.....
Oklah kawan mengundur diri tetapi sebelum kawan mengundur diri, kawan rasa bersyukur sempena Maulidur Rasul 1432H yang bertepatan dengan 12 Rabiul Awal 1432H keesokkan harinya lahirlah puteri kawan Nur Ilhani Nadhrah pada hari Rabu 13 Rabiul Awal 1432H. Semoga dengan kelahirannya ianya memberikan keberkatan kepada keluarga kami. Insya Allah...Wassalam



Larian Perdana Mahkota Peringkat Sekolah

Alhamdulillah, sekolah kawan telah berjaya mengadakan Larian Perdana Mahkota kali pertama pada 12/2/2011 sabtu kelmarin..... Larian ini mempertandingkan kepada 4 kategori .... L & P Tahun 5 & 6 dan L & P Tahun 3 & 4. Laluan 2.4 km & 3.5 km...
Para pemenang setiap kategori diberikan hadiah sehingga pemenang ke-10. Para pemenang 11 hingga ke 50 setiap kategori dikira markah dan Piala Pusingan akan diberikan kepada Rumah Sukan yang memperolehi markah terbanyak.... Rumah Merah Juara untuk larian kali ini.....


GB..Encik Kamaruddin melepaskan para peserta....


Sebelum larian, ada senam erobik oleh Guru Pelatih, Cikgu Syukri....
Anggota Polis turut terlibat untuk memastikan kelancaran trek larian...
Lorong penamat.... ada 4 lorong dan setiap satunya mengikut kategori yang dipertandingkan...

Para pemenang Kategori Lelaki Tahun 5 & 6 seramai 50 orang... Yang kawan ingat yang Johan kategori ni Adik Amirul Syahrimi Tahun 5 Rajin...
Kategori Lelaki Tahun 3 & 4....
Para peserta larian dikejauhan....

Oklah kwan minta diri dulu...



Tazkirah Pra-Maulidur Rasul & Bacaan Yaasin



Assalamualaikum.....
Ok jumpa lagi...apa-apapun tak lama lagi kita semua akan menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada hari Selasa nie 15/2/2011...
Jadinya sekolah kawan adalah membuat tazkirah ringkas berkenaan dengan sambutan berkenaan. Cuma yang belum pasti kemungkinan sekolah kawan akan mengadakan sambutan tersebut pada 11 Mac 2011 sebelum cuti bulan 3 nanti.
Tazkirah berkenaan siapa yang menyambut atau membidankan kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Syifa' ibu kepada sahabat nabi Abdul Rahman Auf ( ada riwayat lain mengatakan Ummu Aiman).


Dan peristiwa pelik yang mana berlaku di hadapan Siti Syifa' Nabi dilahirkan tidak menangis dan sebaliknya bersin. Jadi nya tazkirah itu berkisar berkenaan dengan peristiwa pelik itu... Antaranya sumpah Iblis Laknatullah untuk menyesatkan manusia. Sebab apa para nabi tidak menangis ketika dilahirkan dan sebaliknya umat manusia menangis.
Disebabkan masa yang terhad tazkirah terpaksa dihentikan untuk laluan Bacaan Yaasin pula.
Bila kawan tanya balik murid-murid di dalam kelas apa yang ustaz tazkirahkan tadi masa perhimpunan...Yang bestnya semuanya boleh bercerita balik dan ada yang menambah cerita....kalau darjah satu tu betullah dia cerita..." Ustaz cerita tentang bayi.... pastu Nabi Muhammad ... pastu syaitan dia cucuk perut bayi masa lahir.... pastu baby pun menangis"
Tambahan cerita dari murid tahun 1 Cekal...... "Ustaz patutpun bila saya besar saya selalu sakit perut... sebab syaitan nie dah cucuk perut kita masa kite kecik"...... apalagi semua ketawaleee.....

Dan yang teruk sekali bila kawan tanya pada murid tahun 5 Cekal.... ada sorang tu adeke dia beritahu " Nabi lahirkan bayi lelaki pastu bayi tu cucuk syaitan" memang sah murid ni dengar separuh-separuh.....Apa lagi kawan dia yang kat sebelah marahlah sebab salah cerita.... nasib baik kawan dia yang betulkan dulu.... Oklah jumpa lagi..............