Seramai 19 orang murid daripada Akademi JDT U12 telah memulakan persekolahan di SK Medini, Iskandar Puteri pada 3 Januari 2016. Kini, tahun 2017, seramai 15 orang murid baru telah memulakan persekolahannya pada 1 Januari 2017. Sebagai yang mereka anggap ayah mereka, cerita mereka akan dicoretkan dilaman ini.
Saat Kematian
Kem Literasi Al-Quran (KLAQ 2010)
7 Keajaiban Dari Rasullullah S.A.W. Telah Berlaku
سوف نعيش من خلال هذا البحث مع بعض الحقائق العلمية التي وردت في أحاديث الحبيب الأعظم عليه الصلاة والسلام، وكيف أثبت العلم الحديث صدق هذه الحقائق يقيناً…..
7 kejadian yang dianggap luar biasa kini telah terbukti hasil kemajuan sains dan teknologi.
Islam akan sampai ke setiap penjuru dunia sebagai mana sampainya sinaran matahari yang menerangi alam ini. Pada tahun 2025 dunia akan menyinari alam ini dan agama Islam adalah agama pertama yang akan menjadi pilihan penduduk di dunia.
Allah menjadikan tanah sebagai bahan menyuci kekotoran, kini saintis telah menemui tanah yang boleh membunuh kuman dari bangkai dalam masa 24 jam. Kini manusia boleh hidup dalam aman dan damai apabila Allah menjadikan tanah tersebut sebagai ubat yang dapat merawat segala penyakit yang timbul hasil dari aktiviti kemungkaran dan nafsu manusia.
Kiamat akan berlaku setelah semenanjung arab akan kemabli subur, hasil kajian saintis melalui setelit menunjukkan semenanjung arab telah muncul sungai-sungai dibawah lapisan pasir di padang pasir semenanjung arab, sungai-sunagi tersebut mampu mengairi seluruh semenanjung arab.
Peta menunjukkan kemunculan sungai-sungai di bawah lapisan pasir di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.
Kejadian kilat yang mendahului guruh. kini saintis boleh mengkaji bagaimana bahaya kilat pada pandangan mata, begitu juga bunyi guruh yang boleh merosakkan pendengaran manusia, semuanya ini akan menjadi menunjukkan kemampuan Allah SWT mampu menyiksa manusia yang degil kerana mengguna penglihatan ( seperti gambar-gambar seks yang berleluasa) kepada kemungkaran dan pendengaran kepada nyanyian-nyanyian yang melalaikan.
Manusia pasti tidak mampu walaupun membelanjakan segala kekayaan hanya untuk mewujudkan guruh dan kilat dalam masa sesaat, sedangkan Allah SWT telah membuktikan kekayaanNya yang tiada tandingan.
kelajuan kilat yang boleh melebihi 25 km dalam sesaat.
Kini saintis telah membuktikan dimana terletaknya ubun-ubun manusia, pada lokasi tersebutlah Allah menjaga kehormatan manusia, Allah mewujudkan pemeliharaan yang cukup rapi pada otak manusia, pada lokasi ( Nasiah ) Allah SWT boleh meletakkan kedudukan manusia samada seseorang itu akan menjadi profesor atau orang gila, sehingga apabila abu jahal terlalu degil, Allah SWT telah berfirman : Jika abu jahal terus berdegil dengan Rasulullah SAW, Allah SWT akan menarik ubun-ubunnya.
Begitulah kedudukan akal kita disisi Allah SWT, Apa yang pelik sekarang manusia berlumba-lumba melakukan maksiat tetapi mereka masih cerdik dan pintar, sebenarnya ini adalah rahmah dan hikmah Allah SWT disebalik pemerintahanNya. Allah SWT mampu merosakkan akal mereka dalam sekelip mata tetapi sebenarnya mereka adalah anak cucu firaun dan abu jahal pilihan Allah SWT.
Ubun-Ubun yang memainkan peranan penting dalam kecerdikan manusia terletak dibahagian depan dan teratas di kepala kita.
Surah An-Nisa’ Ayat : 113.
Sekiranya bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan (juga karena) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu.
Akan lahir zaman manusia mati mengejut seperti zaman sekarang.
Kini manusia hanya mampu menamakan kematian dengan lemah jantung, paru-paru berair dan sebagainya, namun pada hakikatnya mereka kita dimatikan oleh Allah SWT secara mengejut, walaupun pada pandangan zahir mereka masih sihat bugar.
Sebagai altenatif kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah, jauhi pekaj maksiat seperti erobik,poco-poco dan karaoke ciptaan syaitan.
Marilah mencari wirid-wirid dan Al-Azkar, Ma’thurat, ayat-ayat ruqiyah dan yang paling mujarab sekali bacalah Al-Quran dengan Ikhlas, pasti mendapat perlindungan Allah SWT.
Penbedahan
Kini telah terbukti segala penyakit dan kedegilan manusia menurut perintah Allah SWT sehingga semua anggota yang melawan perintah Allah SWT terpalsa dipotong dan dibedah serta dibuang dari tubuh mereka, Walaupun demikian masih ada usaha dari pihak penderhaka kepada Allah SWT untuk berusaha menyambung nyawa mereka dengan berbagai rekaan terbaru.
Kita umat Islam mesti beraqidah ” Sakit dan Penawar adalah ditangan Allah SWT, ” apa yang kita mesti sentiasa ambil perhatian adalah, jangan sesekali kita mendekati segala maksiat samada maksiat melalui mata, kaki, tangan, telinga, hati, kemaluan dan lidah.
Insya Allah kita selamat dari kemurkaan Allah SWT, jika kita juga tetap menerima penyakit dan dugaan Allah SWT setelah berusaha menjahi maksiat, maka itu adalah Anugerah Allah SWT kepada kita untuk menambah khazanah kita dalam syurga nanti, kita pasti mendapat pahala yang lebih hasil dari kesabaran kita dan pujian kita kepada Allah SWT semasa menerima musibah tersebut.
Insya Allah kita semua dari Insan Pilihan Allah SWT.