Bengkel PLAN-J 2011

Bilik bengkel yang terdapat di BTPNJ. Terdapat lagi satu bilik bengkel yang menempatkan peserta bengkel untuk pemurnian modul Pendidikan Islam Pra-Sekolah dan SKM / SJK.
Terdapat ramai Penolong Pengarah SPI JPNJ yang turun pada bengkel kali nie. Ustaz Luqman, Ustaz Khahar, Ustaz Azhar, Ustaz Nasrudin dan Penyelia Pengurusan SPI; Ustazah Mariah, Ustazah Khamisiyah dan Ustazah Kathom.

Barisan Guru Cemerlang Negeri Johor Guru Pendidikan Islam (8 orang semuanya). Mereka semua sudah menghadiri bengkel kali pertama PLAN-J yang diadakan di Ayer Hitam, Batu Pahat. Jadinya pada bengkel kali kedua nie, mereka semua telah menyiapkan bahan-bahan PLAN-j tu. Cuma dibentang dan dimurnikan sahaja. Terdapat 6 orang guru j-QAF turut menyertai bengkel nie. Terdiri dari serata negeri Johor.

Ustazah Rashidah, selaku Ketua bagi bengkel sebelum nie dan kali nie. Guru Cemerlang juga. Bagus lihat guru-guru cemerlang nie bekerja. Fokus, faham pedagogi dan P&P dan sentiasa menerima cabaran. Ustazah Rashidah tengah berbincang bersama-sama peserta bengkel berkenaan soalan peperiksaan tahun 6 Pendidikan Agama Islam bagi soalan ke SMKA. Mereka nielah sebenarnya yang buat soalan tu. Soalan-soalan PAI yang PKSR juga mereka buat. Kagum tengok depa.

Ustaz LukmanulHakim, Penolong Pengarah SPI JPNJ memberikan taklimat serba sedikit berkenaan dengan PLAN-J dan Tranformasi Kurikulum 2011. Kalau dulu dan lani kita panggil KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Tahun 2011 dipanggil KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Dan terdapat perubahan di dalam sukatan Pendidikan Agama Islam untuk tahun 2011. Ustaz Luqman turut menerangkan selepas nie Guru j-QAF turut dipanggil dengan Guru Pendidikan Agama Islam juga. Sebabnya BPI mengambil alih bidang penjawatan guru.

Apa-apapun, bagi diri kawan, nie pengalaman yang sangat berharga terutama dapat berkenal-kenalan dengan guru cemerlang. Apa yang dibengkelkan tadi menjadi satu titik tolak pelaksanaannya pada tahun 2011. Kalau tak de aral melintang, proses untuk bengkel kali ketiga mungkin akan diadakan pada bulan Jun nie. Apa-apapun kawan mintak diri dulu le. Wassalam.

PLAN-J

Semalam kawan ada terima surat dari JPNJ mengatakan yang kawan dikehendaki menghadiri BENGKEL PLAN-J Pendidikan Islam Tahun 1 - 6 di BTPNJ hari Isnin nie. Puas kawan cari berkenaan apa tu PLAN-J. Cari punya cari rupa-rupanya singkatan daripada Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor. Bila kawan belek surat tu anggota majlis bengkel tu merupakan Guru Pendidikan Agama Islam yang hebat-hebat dari seluruh negeri Johor. Kawan terkejut juga kenapa nama kawan leh tersenarai. Ada 14 orang semua yang terpilih dan 3 orang Penyelia Agama PPD (Kluang, Mersing & Kulai) dan seorang Penolong Pengarah SPI, Ustaz Mohd Azhar Bin Haji Tumin. Kawan rasa diri ni kecil je dibandingkan dengan nama-nama yang hebat dan banyak pengalaman tu. Apa-apapun kawan terangkan apakah PLAN-J tu?.

Plan-J merupakan cetusan idea Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Johor kapada sektor akademik adalah satu program eksklusif JPN Johor dalam usaha meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian bagi semua murid dinegeri Johor.

Plan -J atau Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor dikenali juga sebagai standard akedemik merupakan sebahagian daripada rangka kerja bagi setiap guru dalam melaksanakan P&P didalam kelas.

Latih tubi soalan selepas memberi penerangan dalam proses P&P sangat memberi kesan kepada kefahaman dan kemahiran pelajar.

Walaupun pada peringkat awal ini mata pelajaran yang terlibat hanya sepuluh mata pelajaran sahaja sebagai perintis namun pada tahun 2011 semua mata pelajaran akan melaksanakan Plan -J ini.

Dokumen PLAN-J disediakan selaras dengan RPT mengikut tajuk mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai. Ia merupakan panduan pemberian latihan akademik murid mengikut tajuk dan jenis latihan. Guru perlu menyedia dan memberikan latihan mengikut seperti jumlah yang ditetapkan mengikut jangka masa yang sesuai dengan keperluan tajuk yang berkaitan.

Tulah serba sedikit yang kawan tahu. Tapi apa-apapun tu semua cabaran untuk kawan sebab kawan bukannya tahu sangat dibandingkan dengan mereka-mereka yang berpengalaman. Oklah kawan minta diri dulu.









Kem Bestari Solat 3 (2010)


Cenderahati dari pihak pengurusan kem untuk murid-murid yang hadir.


Alhamdulillah, Pengurusan j-Qaf SK Kampong Pasir telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Kali ke-3 baru-baru nie. Murid-murid yang hadirpun ramai. Lihat tu murid tahun 1-3 yang hadir.

Pada kem kali ini, LDK 1-3 diadakan di dataran kejat sekolah. Adalah beberapa permainan yang dijalankan. Sebabnya LDK 1- 3 melibatkan perihal wuduk sahaja. Gambar yang kat atas tu berkenaan menyusun amali wuduk bermula dari Bacaan Bismillah sehingga Bacaan Doa Selepas Wuduk. Lihat FIRQAH TILMIZ tahun 3 dengan bangganya berposing. Tapi kalah dengan FIRQAH TILMIZATUN. Dah beri tambahan masapun, yang depa letak akhir sekali niat wuduk. Saje pilih murid kelas sederhana.

Permainan Cari Anggota Wuduk. 7 orang murid yang mencari anggota wuduk. 4 orang sahaje yang betul.

Ketua-ketua Kumpulan.

FIRQAF TILMIZATUN berjaya menyelesaikan masalah penyusunan dalam masa 5 minit aje. Tahniahle... Sebab ketua depa bagus. Adik Raudah. Yang lainpun ada membantu juga.

Walaupun kali ni dapat makan mee bungkus dan air je, tapi mereka semua makan sampai habis.


Aktiviti dewan pulak lebih tertumpu kepada LDK SOLAT. Yang nie tengah bermain permainan Tong Beracun. Depa nie kalau beri sebarang permainan memang seronok. Sampaikan depa lupa yang depa dah terlampau bising. Khususnya murid lelaki. Last2 kena denda.

LDK PERBUATAN DALAM SOLAT pula depa lakukan dengan khusyuk. Semua senyap. Ustazah Norliza yang tenteramkan mereka.



Ustazah Engku Nortiha memberikan cenderahati kem kepada murid-murid perempuan. Mereka semua seronok dapat beg.
Oklah, minta diri dulu... Kalau nak tengok keseluruhan aktiviti kem lihatlah slide gambar kat bawah blog nie...Ok Sukhran kerana sudi membaca....

MTQ & Festival Nasyid Zon Bandar JB 2010

Kumpulan Nasyid WILDAN JAHABIZ dapat tempat ketiga walaupun kali pertama dalam sejarah MTQ SK Kampong Pasir menyertai pertandingan tersebut dan dalam masa 2 minggu je kawan berjaya latih mereka. Perbezaan mata dengan naib johan hanya 1 mata 146 mata dan 147 mata. Peralatan muzikpun masih kurang lagi. Mintak-maintak GB tambah peruntukan untuk beli alatan muzik. Baru leh kalahkan Johan yang tiap-tiap tahun sekolah itu yang pegang juara. SK Nong Chik (170 mata). Memang sekolah ni asyik masuk peringkat negeri je.

Opps!! tak lupa juga Adik Badrul Amin berjaya juga dapat tempat ketiga dalam Acara Bercerita Lelaki. Kawan ingatkan dia dapat Johan sebab tahun lepas kawan latih dia, Adik Badrul Amin dapat Naib Johan. Tahun nie, kawan tak sempat nak latih semua, sempat latih Nasyid je. Tupun dah tak keruan. Tapi apa-apapun kawan ucapkan terima kasihlah untuk semua guru-guru yang melatih murid-murid bagi setiap acara.

Sape nie yek... Kawan le tu. Pertama kali dilantik Ketua Jemaah Hakim Peringkat Zon Bandar. Kalau kawan tak de pengalaman dah lama kawan tolak.

Tempat pendaftaran. Buat pengetahuan pengunjung semua kawan amat berbangga dengan semua guru kawan kat SK Kampong Pasir nie... Depa semua bekerjasama dengan baik sekali. Kawan ucapkan tahniahlah pada semua. Kerjasam anda amat kawan hargai. Shukran sekali lagi kawan ucapkan. Anda semua memang best.

Ustaz Zainal sedang memungut wang pendaftaran pertandingan.

Pentas Pertandingan Nasyid dan Upacara Penutupan Majlis

Kawan tengah memberikan taklimat kepada barisan Hakim Zon Bandar pada tahun nie. Kawan ada juga pengalaman sikit-sikit masa MTQ Peringkat Kebangsaan 2008 yang mana kawan jadi guru pengiring dan masa tu juga Negeri Johor Johan Keseluruhan dan murid kawan Johan Bahagian Tilawah Lelaki.

Ustaz Zainal memberikan taklimat serba ringkas berkenaan perjalanan majlis pada hari nie.

Para peserta yang hadir.

Jemaah Hakim Bahagian Tilawah Perempuan. Yang kat tengah tu Ustazah Suzanne merangkap SU kawan dalam Jemaah Hakim. Menjadi Ketua Hakim Bahagian ni.

Pengacara dan penjaga masa Bahagian Tilawah Perempuan.

Bahagian Tilawah Lelaki. Yang kat tengah tu Ustaz Shafri bekas Penyelia SPIM, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sudi juga menjadi Hakim Bahagian Tarannum. Terima kasih, Ustaz.

Jemaah Hakim Nasyid

Tahun nie 6 kumpulan menyertai. Kumpulan dari SK Nong Chik memang memegang gelaran Juara Nasyid tahun demi tahun. Tahun niepun kumpulan tu menang. Markah jauh meninggalkan naib johan dan ketiga. 170 mata. Kumpulan tu memang selalu pergi Peringkat Negeri. Tu yang kawan nak kalahkan tu. Tapi kawan kena study lebih dulu dan kena jemput juga jurulatih dari luar. Sekolah tu memang ambik jurulatih dari luar. Kalau kawan berjaya kalahkan sekolah tu bila-bila le... kawan puas. Kawan teringat pada tahun 2008. Kawan latih murid kawan berzanji. Sebab utama kawan latih, kawan nak masuk Peringkat Daerah nak kalahkan seorang peserta yang memang saban tahun dia je yang pegang juara daerah. Masa pertandingan Peringkat Daerah Johor Bahru, sekolah kawan dapat Johan... puasnya hati kawan masa tu. Rupa-rupanya murid yang sekolah kawan nak kalahkan dah masuk menengah. Tak de cabaran. Tapi kawan puas dan bersyukur, pada masa tu sekolah kawan JOHAN TILAWAH & BERZANJI dan NAIB JOHAN BERCERITA PEREMPUAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU. 2 peserta dapat gie negeri. Cuma yang kawan ralat pada masa tu, kawan ingatkan dah masuk negeri adalah jurulatih daerah yang latih, rupa-rupanya murid kawan keseorangan tanpa jurulatih. Ade ke murid tilawah kawan yang ajar dia. Baik kawan latih kat sekolah kawan je. Cerita Lama.

Jemaah Hakim Hafazan Lelaki

Yang niepun sama juga... Bahagian Hafazan Lelaki. Ketua Hakim bahagian nie cakap kat kawan... dia termenung dengar kemerduan nasyid dekat dewan. (gurau je). Mintak maaf le. Nie first time sekolah kawan jadi tuan rumah. Mungkin lepas nie kawan beri kat sekolah lain pulak....leh ke GB

Jemaah Hakim Hafazan Perempuan. Tempat pertandingan bagi acara nie bersebelahan dengan dewan yang mana menempatkan acara nasyid, kesian peserta hafazan dan jemaah hakim diganggu dengan alunan muzik dan nyanyian nasyid. Tak leh nak beri tumpuan.

Jemaah Hakim Bahagian Bercerita Perempuan

Disebabkan kawan jadi Ketua Jemaah Hakim, jadi kawan hanya ambil gambar hakim jelah... Nie bahagian Jemaah Hakim Bercerita Lelaki

Kawan ambik gambar dari atas aje... sebab kawan tak leh nak masuk campur... Kawan kena jadi Ketua Jemaah Hakim Zon Bandar nie. Kesian depa panggil kawan, kawan terpaksa senyap je..

Ha... Inilah Kumpulan Nasyid kawan, WILDAN JAHABIZ... Kawan ambik nama kumpulan sempena nama Laman Web kawan le... Kan laman nie kawan buat dan tujukan untuk anak-anak murid kawan juga. Masa nie kawan dan Ustazah Rokiah tak sanggup nak tengok sebab masa latihan banyak yang silap.... Tapi hari nie memang best.. depa semua berjaya lakukan tanpa salah... Syabas dapat nombor 3 walaupun kita kalah dengan Naib Johan dengan 1 mata aje... 146 mata dan naib johan pula 147 mata. Pertama kali masuk.

Tak menang tangan Usahawan Muda kita.... Kawan dah 6 tahun terlibat dengan MTQ nie kat maner-maner sekolah, ini pertama kali kawan jumpa Usahawan Muda turut mengambil bahagian. Selalunya guru yang jual semua tu.

Walaupun Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid, Pengarah Pusat Kebajikan Guru & Staf SK Kampong Pasir tetap hadir untuk memastikan gerai jualan Usahawan Mudanya berjalan lancar.

Kumpulan Usahawan Muda SK Kampong Pasir tetap membuka gerai jualan di sebalik tingkap... Untung jual otak-otak leh tambah alatan muzik (saje gurau)

Kumpulan Nasyid Wildan Jahabiz mengimpikan alatan nasyid begini.... tapi takpe Guru Besar mungkin akan luluskan nanti sebab first time masuk dengan alatan serba kekurangan tetap dapat nombor 3.

SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth turut mengambil bahagian dalam acara nasyid. Walaupun kekurangan dari segi anggota fizikal tetapi mereka tetap celik hati.

Jamuan VIP

Oklah, kawanpun nak mengundur diri... apa-apapun kekurangan dalam MTQ kali nie, kawan memang akui ia akan menjadi titik tolok untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang. Tadi masa kawan nak balik, adalah kawan borak-borak dengan GB, Ustazah Sazura, Ustaz Fathul Munir cerita-cerita tentang MTQ nielah. Penat memang penat. Tapi kawan menyelitlah, cakap takpe Cikgu ( bahasa kawan dengan GB) kita hanya jadi tuan rumah 2 tahun sekali je.... Semuanya tergelak....sebabnya kalau boleh berilah pada sekolah lain pulak yang jadi tuan rumah. Oklah kawan undur diri dulu. Wassalam.....