Hari Keluarga SKKP

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu.... Badan Kebajian Guru & Staf SKKP telah berjaya mengadakan Hari Keluarga dengan jayanya. Hari Keluarga ini telah menarik ramai penyertaan para guru dan kakitangan staf SKKP. Meriah dan Mesra. Dengan cara ini, hubungan diantara para guru dan staf dapat dirapatkan lagi.

Guru Besar, Encik Kamaruddin (Berbaju Oren) dan guru-guru bersiap sedia untuk acara sukaneka.

Ketua Badan Kebajian Guru & Staf, Encik Raj Kumar memanaskan badan sebelum memulakan majlis.


Encik Taufik semangat menyusun hamper dan hadiah


Encik Nawi dikalahkan dengan larian solo oleh Encik Tengku disebabkan Encik Tengku Guru PJ.


Demo Guru PJ


Guru Besar tidak ketinggalan untuk mencuba selipar King Kong.


Guru Besar tetap bersemangat untuk menamatkan larian selipar King Kong walaupun seipar King Kong dah tercabut.


Bestnya permainan nie, teringat zaman budak sekolah dulu... Tapi ada juga guru yang terjun dengan guni-guninya sekali.


Puan Haninah berusaha untuk menewaskan Encik Taufik walapun Puan Haninah mencuba jurus Jalan Guni Terjengkit-jengkit.


Encik Najib berusaha menghabiskan nasi lemak yang berlebihan, katanya takut membazir.


Bapa mithali, Encik Hishammudin tetap bersemangat membawa 2 orang anaknya bersama-sama walaupun isteri tidak dapat hadir.

Acara Air

Acara paling tidak dapat menahan sebak airmata... Apa taknya pelampong gi arah lain.

Macam-macam gaya

Ada yang tertidur tengah bertanding (saje gurau)


Yang nie.... dah nak karam... berjaya menyambut bendera untuk dibawa berlayar bersama-sama


Acara Tarik Tali Dalam Air

Sape-sape yang berada belah saner tu tarik sebelah tanganpun leh menang.


Yang sini lak, letak yang badan besar-besarpun tak leh menang. Sebabnya air dalam dan lantai licin


Guru Besar turut mengambil bahagian dalam acara nie.

Syabaslah dapat Guru Besar paling spotting sekali.... Terima kasih, Cikgu... Opps!!! tak lupa juga untuk isteri kesayangannya Puan Raziah selaku Penolong PPD Bahasa Daerah JB....

Akrab


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan)daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai manusia biasa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT menjaga buminya yang indah dan permai ini, berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

•Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
•Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang;ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
•Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
•Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Cerita Hantu 2



Sambung balik cerita tadi.... teman dah lama nak cerita tentang nie tapi setiap kali taip je pasti tiba-tiba broadband hilang line.... pernah sekali masa tu nak cerita dalam laman komuniti j-QAF... dah siap-siap taip nak uploadkan cerita nie tiba-tiba terus hilang... hari ni berjaya juga selepas 3 tahun mendiamkan diri...Alhamdulillah...
Ok kita sambung cerita kawan teman untuk sesi rawatan yang ketiga... Kawan teman nie cakap sape-sape yang nak ikut mengubat budak nie jangan lupa ambil air sembahyang kerana air sembahyang semacam pelindung dan pendinding daripada syaitan dan iblis.
Bermulalah sesi ketiga dengan ditemani oleh guru yang sama. Kawan teman cakap ada budak lain juga yang ikut. Kawan teman cakap, guru tersebut bawa budak nie kerana dituduh mencuri duit. Kawan teman cakap betul ke ni cikgu tu buat... Dengan dimulakan dengan Istiazah. Tangan kanan diletakkan di ubun-ubun budak tersebut, bacaan azab dimulakan.... ketika bacaan Al-Fatihah lagi budak tersebut dah longlai dan terus dibaringkan. Kali ini lain yang terjadi... budak tu sekejap tak sedar diri dan sekejap boleh bercakap dengan suaranya (separuh sedar). Dia cakap semasa dalam tak sedarkan diri tu... dia telah dikerumuni dengan berpuluh-puluh kucing yang mahu menggigitnya. Akhirnya dapatlah tahu sebab utama kenapa budak tu dirasuk sehingga jin tu berdendam sampai ingin membunuh budak tu. (Cerita tentang budak yang ikut tu terus mengaku mencuri bila tengok kawannya dah bertukar cakap suara orang lain.)
Peristiwa itu berlaku 3 tahun lepas... budak tersebut selalu memberi makan kucing dibelakang surau bersama seorang guru. Tetapi budak nie telah terlanggar cucu Kafirun ketika cucunya bermain-main dibelakang surau (dibelakang surau nie ada longkang besar yang selalu tersumbat airnya dan berbau busuk). Waktu berlaku pada hari rabu dan guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris.
Ketika kawan teman berinteraksi dengan Kafirun, mula-mula kawan teman tanya juga sebab utama kenapa kafirun berdendam dengan budak ni... Kafirun tetap tak mahu cakap... Tapi selepas diceritakan tentang cucunya... Kafirun terus marah dan berulang-ulang kali bercakap nak musnahkan budak nie... Kawan teman cakap manusia bukannya nampak jin dan sepatutnya jin tak bermain-main dekat kawasan manusia... Kafirun tak menjawab...Akhirnya sekali kawan teman suruh kafirun keluar dari badan budak nie selama-lamanya dengan satu sumpah....Kalau tidak kawan teman akan bertindak untuk membunuh kafirun. Akhirnya kafirun bersetuju...antara sumpahnya... والله وبالله وتالله " aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku akan keluar dari badan ini dan aku tidak akan datang lagi kepadanya untuk selama-lamanya serta mana-mana muslim lain. Sekiranya aku melanggar sumpahku, maka aku akan dilaknat dari Allah, para malaikat dan seluruh makhluk. Wahai Tuhanku, sekiranya aku seorang yang benar, maka permudahkanlah utk aku keluar, sekiranya aku seorang penipu, terserahlah tindakan orang-orang mukminun selanjutnya terhadapku. Demi Allah!! aku bersaksi dan bersumpah dengan apa yang telah aku ucapkan" .
Selepas sumpah tersebut kafirunpun dengan senang keluar dari badan budak tersebut. Budak tersebut terus sedar.
Kawan teman ingatkan kisah tersebut sudah berakhir rupa-rupanya belum lagi...
Kawan teman cakap semasa tu dia berada di luar sekolah menghadiri satu program. Tiba-tiba guru yang selalunya menemani merawat budak tersebut menelefon memberitahu budak tersebut histeria lagi tetapi kali nie budak tersebut tak mahu minum air yang dah dibaca ayat-ayat suci Al-Quran. Air tersebut dimuntahkan.
Kawan teman pening kepala juga... Kenapa ye ?? Kan dah sumpah laknat tetapi kenapa Kafirun tetap merasuk juga... Ada yang tak kena ke!!!
Selepas berbincang dengan pihak program... Kawan teman terus bergegas balik ke sekolah...Hari tersebut Hari Jumaat (Kalau tak silap kawan temanle. Dia cakap dah lupa) Sepanjang perjalanan kawan teman cakap tak putus-putus dia membaca bacaan:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض و لا في السماء وهو السميع العليم Kata kawan teman jika baca ayat tersebut tiba-tiba diganggu sesuatu ketika membaca, mungkin perkara yang kita akan rawat tu sukar sedikit...
Alhamdulillah kawan teman cakap senang dan lancar ketika membaca... Sesampai je di sekolah terus kawan teman tu mengambil air sembahyang dan terus masuk ke bilik kesihatan. Sebab di bawa kesitu tak tahu kenapa......Budak tersebut tengah tak sedarkan diri. Dan dari penglihatan kawan teman badan budak tersebut sangat lemah. Kawan temanpun letakkan tangan dan terus membaca ayat kursi.. Semasa membaca ayat tersebut, kawan teman tetap ingatkan kafirun tentang sumpah laknatnya tempoh hari... Kafirun dah melanggar sumpah dan berhak kawan teman membunuhnya. Tetap budak tersebut tiada interaksi semacam pengsan dan koma.
Apa lagi, jalan yang terakhir.... memicit pelupuk belakang budak tersebut dengan kuku. Kuat juga, kata kawan teman dia cucuk tu.... Ada berbekas. Barulah ada interaksi dari budak tu... suara budak tu tenggelam timbul dan akhirnya suara kafirun berulang-ulang kali dalam kelemahan berkata" aku tak sumpah lagi, aku tak sumpah lagi, aku tak sumpah lagi" Kawan teman kata habis sapa yang bersumpah tempoh hari... rupa-rupanya jin lain. Suku sakat kafirun. Kawan teman cakap isteri kafirun (tak tahulah sebab dia cakap masa kat makmal tu badan budak tu jadi lembik). Kawan teman cakap lagi...sape lagi yang duduk dalam badan budak nie...Kafirun cakap dia je yang terakhir... sambil tangan kawan teman tetap mencucuk pelupuk belakang budak tu. Akhirnya Kafirun setuju bersumpah laknat dan bersetuju untuk keluar daripada mulut. Itulah kali pertama kawan teman dapat melihat mulut budak tu jadi luas ternganga sebab keluarnya Kafirun dari mulut budak tersebut. Kawan teman cakap malam tu ada lembaga berupa seperti siamang, badan berbulu hitam dan muka berbulu putih datang dalam keadaan tidur kawan teman sedar-sedar ayam.. Kawan teman cakap..Alhamdulillah sebab kalau dalam keadaan macam tu ( sedar tak sedar) dia tahu nak baca surah apa.... Dia baca terus Surah Ar-Rahman 33-36). Terus benda tu lari.
Selepas sesi rawatan tu, kawan teman ada beri cd rukyah pada budak tersebut dan suruh dengar dan pasangkan tiap-tiap hari selama 30 hari. Kawan temanpun ada tulis surat pada ayah budak tu supaya buat apa yang disuruh. Alhamdulillah petanda yang ayahnya setuju kawan teman membantu ialah ayahnya sanggup membuang tangkal tersebut pada waktu malam di satu tempat.
Selepas dari tu, kawan teman berdebar-debar juga selama 30 hari menunggu keputusan... adakah budak nie histeria lagi. Apa yang diceritakan budak tersebut dah boleh pegi sekolah agama, dah boleh gie surau dan mengalunkan azan di surau pada waktu maghrib dan isyak. Dan di rumahpun tak de kedengaran kerasukan lagi.
Sehinggalah pada hari ke-30, kawan teman sekali lagi membawa budak tersebut ke makmal komputer dan memulakan sesi rawatan seperti biasa... Scanlah tu.....Sampai habis bacaan rukyah dibaca dan keadaan budak tu tetap normal...Alhamdulillah budak nie sudah sembuh.
Terus kawan teman dan budak tu membuat sembahyang sunat kesyukuran.
Akhirnya budak tu pulih sehinggalah kini. Allahlah miliknya sesuatu.
Oklah teman berjaya juga dapat berkongsi cerita nie... Asyik kena ganggu je kalau nak taip cerita nie.... Tapi semuanya sebenarnya terletak pada keikhlasan seorang hamba. Oklah teman nak menutup bicara... Kalau kawan teman tu dia nak sambung lagi cerita yang bersangkut paut selepas nie, nanti teman tanyakan...

Cerita Hantu


Assalamualaikum semua, tengah-tengah cuti nie banyak masa dapat diluangkan kat blog nie.. selalunya tak de masa sangat nak menaip camne... bukan teman nak cerita perihal hantu ke apa.. tapi tadi orang rumah teman ada cerita berkenaan seorang guru kat sekolahnya yang selalunya terasa pelik bila duk sorang-sorang kat biliknya... terasa macam ada benda perhatikan.. Yang orang rumah teman lak bertugas waktu petang... selalunya dialah jadi peneman kat guru tersebut..... Dia mintaklah kalau-kalau ada ayat-ayat yang boleh diberikan... Temanpun berilah ayat2 tu... Sebab dia dah bercerita kat orang rumah teman, pasti dia nak mintak tolong...

Dulupun teman ada kawan yang pernah berceritakan pada teman tentang apa yang pernah berlaku kat sekolah teman...Seorang murid yang setiap kali mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Hari Rabu dia akan histeria. Bermula kisah tu ketika murid tersebut tahun 3 sehinggalah tahun 6. Kawan teman niepun tak reti apa-apapun (kata dialah). Dia mula kenal budak tu ketika dia masuk ke sekolah nie pada 6 tahun yang lepas. Ketika tu beberapa orang guru ada panggil kawan teman nie suruh tolong bacakan apa-apa yang patut. Walaupun guru-guru yang ada dah puas bacakan ayat-ayat kursi, budak tu masih lum juga duk sedarkan diri. Kawan teman tu cubalah...dibacanya ayat kursi terus je budak tu sedar...Alhamdulillah... tapi lebih kurang 2 jam berikutnya kena rasuk balik. Kawan teman cakap kali nie yang lain pulak... pengalaman kali pertama, kawan teman terabur juga baca ayat2 Al-Quran tu... Last2 sedar jugak budak tu... Begitulah setiap kali sekolah keadaannya macam tu.... Kawan teman tu tak masuk campur sangat tentang perkara nie sebabnya ayah budak tupun reti juga ubat orang dan pakcik budak tupun pandai juga ubat orang. Kawan teman takut nanti mereka marah...

Apa yang pernah diceritakan oleh kawan teman, ibu budak nie tak mahu nak ceritakan keadaan yang sebenar kerana ibunya cakap anaknya sawan aje. Sehinggalah kawan teman nie bertanya kalau-kalau anaknya ada lihat benda-benda pelik....ibu budak tu ada cerita yang budak tu dah boleh nampak bermacam-macam hantu kat sekolah tu.... ada muka yang berulat cam ulat sampah, ada yang bertenggek atas bumbung sekolah, ada yang ajak budak tu pegi ke tandas.. ada yang menyerupai orang tua dan macam-macam lagi...Mula-mula budak nie takut jugak pada apa yang dia nampak.. tapi lama kelamaan dah jadi biasa. dari seorang budak yang berada di kelas cemerlang sehinggalah murid tersebut berada di kelas tercorot disebabkan gangguan nie..
Dah bermacam-macam ikhtiar yang ibu dan ayahnya usahakan... tapi setiap hari rabu dan pada mata pelajaran bahasa inggeris, budak tersebut akan histeria.

Sehinggalah umur budak tersebut menjangkau umur 12 tahun dan sampailah masa untuk peperiksaan UPSR. Kawan teman nie kesian tengok murid-murid lain tak leh belajar kerana masalah nie. Lagi satu, kesian tengok budak nie yang sudah berubah watak. Dari murid ceria dah jadi murid murung. Atas tekad sendiri dan sembahyang istikharah, kawan teman bersedia untuk berjuang mempertahankan anak muridnya dan anak murid yang lain.

Bermulalah kisah penyiasatan kawan teman terhadap budak nie....untuk pastikan sebenar-benarnya yang budak nie terkena di sekolah bukan tempat lain. Kata budak tu, semenjak tahun 6 nie benda tu dah berani ikut dia hingga ke rumah dan pernah juga dia kena di rumah. Budak tu ada cakap yang benda tu tak kasi dia pergi sekolah agama dan surau. Dia akan ganggu di tengah jalan. Contoh seperti kakinya luka, terus tak leh jalan. Pernah sekali, dia kena histeria kat sekolah agama, orang dewasa yang pegang budak tu tercampak dan budak tu leh berlari kat dinding lagi (kawan teman tak berapa pasti cerita tu tapi dia dapat berita tu dari kawan dia)

Sehinggalah pada satu petang, kawan teman bersama seorang ustaz mengubati budak tu di surau sekolah. Lepas bacaan taa'uz, kawan teman letak tangan kanan dia di ubun-ubun budak tu dan terus membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali. Pada bacaan yang ketujuh, budak tersebut terus tak leh jalan, dia rasa kakinya macam ada duri2 yang mencucuk-cucuk. Tapi budak tersebut tak dirasuk. Sah!!! kata kawan teman budak nie terkena dekat sekolah.

Lepas daripada tu, kawan teman cerita setiap kali dia lalu di kawasan yang lain semacam je.. tangannya akan terasa bahang.... Pada hari berikutnya, kawan teman tak ingat dah.. bila???? Sesi kedua dijalan.... Kali nie dalam makmal komputer... Dibantu seorang guru jugak... Kawan teman cakap pada hari tu dia nak tahu sebab utama kenapa budak nie diganggu begitu teruk selama 3 tahun tanpa penghujung. Lepas bacaan Istia'zah dan meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun budak tersebut.... Bacaan ayat-ayat azab dibacakan (Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah 1-5, Surah Al-Baqarah 163-164, Surah Al-Baqarah 255-257, Surah Al-Baqarah 285-286, Surah Ali-Imran 18-19, Surah Al-A'raaf 54-56, Surah Al-Mukminun 115-118, Surah As Soffaat 1-10, Surah Al- AhQaaf 29-32, Surah Ar-Rahman 33-36, Surah Al-Hasyr 21-24 dan Surah Al-jin 1-9 serta 4 Kul). Tapi semasa membaca Ayat Kursi (Al-Baqarah 255-257) tiba-tiba jari budak tu terketik-ketik ( menandakan jin histeria) dan suara budak tu terus berubah dan matanya bertukar warna merah. Terperanjat juga kawan teman tu. Terus tenangkan diri dan proses rawatan bersambung kembali. (Kaedah yang digunakan ni adalah menarik jin yang ada di dalam badan budak tu supaya menjelma menggunakan badan budak tu). Bermula sesi soal jawab. Namanya Kafirun.. janjinya nak membunuh budak nie walau macamana sekalipun....tak mahu cakap sebab kenapa sampai berdendam begitu sekali.. akhirnya ustaz nie mintak maaflah pada Kafirun nie... apa yang berlaku... lagi menjerit-jerit dia kemarahan... tiba-tiba suara tadi hilang dan digantikan dengan suara yang lain apabila kawan teman tu suruh kafirun keluar... Kawan teman terkejut jugalah sebab apa... ada 2 jin ke sekaligus... Memang betul rupa-rupanya satu yang kafir dan satu yang islam... Yang islam nie berada dalam tangkal yang dibekalkan oleh ayahnya. Kawan teman terkejut kerana budak tu pakai tangkal jugak.
Bermulalah sesi soal jawab yang lain pulak.... Nama tak diberikan... mengaku jin Islam.... dan jin nie begitu takut sangat dengan Kafirun.. Dia ditugaskan oleh tuannya supaya menjaga budak nie dari gangguan Kafirun tetapi katanya dia tak mampu nak melawan kafirun kerana kafirun adalah penghulu dalam sekolah nie... Anak-anak buahnya begitu ramai sekali kat sekolah nie yang selalu kacau dia.... Kafirun pula selalu buli jin islam nie... Kalau baca-baca ayat Al-Quran je, Kafirun akan cepat-cepat keluar dan jin islam nie yang akan kena azabnya. Kawan temanpun suruh jin tu keluar dan pegi dalami islam dekat Mekah sebab kat saner ramai jin-jin yang baik. Dia setuju. Tapi sebelum dia keluar, dia ada syarat.... kalau dia keluar tolong ajarkan dia WUDUK... terkejut kawan teman tu... cakap islam tapi tak reti ambik WUDUK...Kawan teman pandai juga ayatnya... Kau nie Islam tapi tak reti nak ambik wuduk... Kalau dah tak reti ambik WUDUK lagilah nak sembahyang. Malu dia..Last2 kawan teman suruh ikut perlakuan budak nie apabila dah sedar nanti... Dia berjanji keluar dan terus budak tu sedar. Kawan teman dan cikgu tupun pergi ke paip berdekatan makmal terus ajarkan budak tu mengambil wuduk siap dengan doa-doanya sekali.
Tamat sesi kedua...

Sesi ketiga berlangsung pada hari berikutnya..... kali nie penyebab yang berlaku keatas murid tersebut akan diberitahu...macamana diberitahu...tunggu... teman dah penat...

Kem Bestari Solat 2

Alhamdulillah berjaya juga Panatia Islam & j-QAF mengadakan KBS 2 pada hari sabtu lalu. Tapi KBS kali ini simple aje sebab semalamnya baru mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Rasa penat belum hilang lagi dan keesokannya pula dengan penuh semangat terus diadakan KBS 2.
Tapi yang teman terkejutnya, murid-murid yang hadir begitu ramai sedangkan semalamnya ada Sambutan Maulidur Rasul. Dahlah laluan berarak ditambah lagi. Tapi apa-apapun teman rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada murid-murid teman yang hadir.

Apa yang menariknya, teman ada juga letakkan kat surat siaran Ibubapa tu yang mengatakan pihak pengurusan kem ada menyediakan serba sedikit cenderahati bagi setiap murid yang datang. Mungkin sebab tu kot depa datang. Tapi pembekal dah tersalah tarikh. Ingatkan 13/4/ 2010. Tak lehlah bagi pada hari tu. Kena tangguhlah pada kem yang akan datang.

Lihat tu depa semua tengah praktikal sembahyang zuhur lak.


Guru-gurupun tak ramai. Jadinya teman dan kawan-kawan temanpun gilir-gilirlah duk bagi slot. Ustazah Norlizalah yang teman harapkan. Yang atas tu Ustazah Fadilah. Tapi cerita tentang Ustazah dan ustaz ni, teman kagumlah depa semua leh ada blog sendiri. Oklah temanpun ucapkan selamat bercuti pada semua.

Sambutan Maulidur Rasul 2010



Alhamdulillah, pada hari ini selesai juga mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 1431 H.
Majlis telah bermula kira-kira pada pukul 7.15 pagi dengan dimulakan oleh Bacaan Yaasin yang diimamkan oleh Ustaz Hairul Anuar.
Sejurus sahaja selesai majlis tersebut, murid-murid berkumpul di padang sekolah sebelum perarakan dimulakan.
Pada majlis kali ini, murid prasekolah turut serta di dalam perarakan yang diadakan. Laluan perarakan telah ditambah sedikit dari laluan biasa.
Sejurus perarakan, murid tahap satu terus sahaja dapat menikmati juadah yang disediakan sementara murid tahap dua menyertai kuiz spontan yang diselia oleh Ustazah Norain.
Selesai murid tahap satu makan, murid tahap dua pula menikmaati juadah yang disediakan. Hai... macam tulis laporan je....
Oklah... apa yang best sekali tadi, Guru Besar turut serta berarak dan ada ketikanya Guru Besar juga turut bersama menjaga laluan kenderaan.
Penceramah pula disampaikan oleh Ustazah Syarifah Fatimah ( Ibu kepada Penceramah yang selalu kuar tv tu Ustazah Syarifah Hayati ).
Tapi betullah lani kalau nak ceramah dengan budak-budak ni perlukan LCD ke, power point ke, ataupun tayangan video baru mereka leh beri tumpuan lebih..... tapi kalau setakat kita ceramah je... depa cepat betul hilang arah kecuali kalau kita ceramah stail ceramah bertegang urat Insya Allah depa dapat beri tumpuan.
Oklah esok pulak ada Kem Bestari Solat 2. Sebelum mengundur diri, masa Guru Besar berucap tadi, Guru Besar tak lupa juga pada Guru j-QAF sambil Guru Besar padang ke arah Ustaz dan Ustazah....Oklah tu... Apa yang penting, kalau kita berusaha bukan untuk mencari nama, tapi kita berusaha untuk pendidikan dan kerohanian anak bangsa, Insya Allah tanpa dipinta orang akan menilai kita yang terbaik....Janganlah kita syok menilai diri sendiri sedangkan orang lain menilai kita sebaliknya..... Tahlah apa-apa aje

Daging Akikah



Alhamdulillah, saje je buat tajuk posting tentang perkara nie... sebab tadi baru aje mesyuarat tentang Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Jumaat nie.... Alhamdulillah adalah beberapa orang guru dan pekerja sekolah sudi untuk membuat akikah kat sekolah....
Encik Rahim, Puan Ngaminah, Puan Aminah, Puan Zaidatul, Ustazah Noraian dan Ustaz Hairul....Yang perempuan tu bukan mereka yang buat tapi suami-suaminyalah... Wakil pihak suami tu.... Masalahnya bolehkah daging akikah diberi makan untuk orang bukan islam ?... Sebab ada guru-guru bukan islam kat sekolah nie.... Dan ada guru yang membangkitkan masalah niee... Nie jawapan yang diambil dari Laman Web Ustaz Zaharuddin.... Boleh terus klik ke http://www.zaharuddin.net/content/view/230/90/

Kat sini diulang kembali tulisan Ustaz Zaharuddin....

Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".

ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "

Komen saya :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.

Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam.

sekian

UZAR

7 Dis 06

16 ZUlkaedah 1427 H



(Kalau nak lebih lanjut terus aje ke laman web Ustaz Zaharuddin tersebut)

Terima kasih, Datuk...


الحمد لله....Akhirnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG bagi sekolah ini telah berjaya diadakan dengan jayanya.... dan Datuk Jazlan sudi hadir untuk merasmikan majlis mesyuarat ini. Terima kasih jugaklah kepada Encik Fadzil selaku YDP PIBG sekolah ini yang berjaya untuk menjadi YDP PIBG sekali lagi......Tak lupa juga Encik Kamaruddin selaku GB sekolah ini yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut....

Pasukan Kompang Sekolah tengah berposing sebelum Datuk sampai.... Sebenarnya ada 3 orang yang dah menengah tu... tapi tetap komited kat sekolah rendah lagi... Oklah tu
Datuk Jazlan disambut oleh YDP PIBG dan GB serta orang kuat PIBG dan sekolah...


Beberapa orang murid bersedia mempersembahkan jurus silat ....

Boleh tahan jugak depa-depa nie silat.... oklah tu aje yang sempat tangkap gambar... Yang lain dok sibuk buat kerja lain....Datuk Jazlan sempat jugak menambah duit poket sekolah sebanyak RM 10000 lagi. Tahun lepas dapat RM 15000. Terima kasih.....Jumpa lagi..

قل هو الله أحد

مبارك هو ومن سماه
على اسمك ، اللهم يا الله































مبارك هو ومن سماه
على اسمك ، اللهم يا الله