Struktur Dalaman Kaa'bah




Assalamualaikum.... kepada pengunjung Laman Web Permata Pasir, di sini kami ingin sama2 berkongsi cerita tentang perihal apa yang sebenarnya terdapat di dalam Kaa'bah itu sendiri. Sama2lah ambil pengetahuan. Elok juga perkara ini diberitahu kepada anak2 murid kita agar mereka tidak tertanya2 lagi dengan soalan....Ustazah, dalam Kaabah tu ada apa?

Disini juga ada serba sedikit video tentang struktur dalaman Kaa'bah

Bahan j-QAF Tahun 6 2010

Kawan-kawan j-QAF sekalian yang budiman, Laman Web Permata Pasir ada sediakan bahan untuk kalian yang masih tercari-cari bahan untuk tahun 6 2010 nanti. Ambillah manfaat dan bersedialah kita untuk mlangkah tahun 2010 dengan lebih mencabar. Ok jumpa lagi!!!!



Program Meniti Ke Alam Remaja, Peringkat Negeri Johor


Alhamdulillah, selama tiga hari kami guru gpi dan guru j-QAF sekitar Johor Bahru menguruskan program tersebut. Sebenarnya matlamat program tersebut yang utamanya ialah mengumpulkan seluruh anak-anak muaalaf sekitar negeri Johor. Tetapi program ini adalah program yang julung-julung kali diadakan maka hanya sekitar 100 orang sahaja yang dipanggil.
Sedih sebenarnya kisah-kisah anak-anak mualaf ni..... Ada yang ayahnya berbangsa Cina dan emaknya berbangsa Cina dan masuk Islam. Harap-harap adalah yang terus membimbing mereka. Program meniti Alam Remaja akhirnya berjaya mengumpul seramai 71 peserta dari kalangan anak-anak mualaf. Alhamdulillah mereka seronok datang program ni.


Sebahagian fasilitator sedang menjalankan aktiviti Ice Breaking di kalangan peserta program.



Kelihatan urusetia program sedang membahagikan makanan kepada peserta.



Sesi Pendaftaran


Antara 4 dan 97

Alhamdulillah bersua kembali di Laman Web Permata Pasir. Bagi kami, dalam bulan Oktober ni, banyak sungguh aktiviti yang perlu disertai dan terdapat juga pemantauan dari pihak PPD dan juga JPN. Aktiviti kemaskini laporan data E-Pelaporan j-QAF sudah beres, datang pulak pemantauan dari pihak PPD dan JPN untuk menyemak fail-fail pengurusan sekolah. Ini termasuklah pula dengan Fail j-QAF tidak terlepas. Alhamdulillah sudah beres. Pemantauan kedua pula dari pihak ISO untuk SPSK bagi Negeri Johor. Banyak juga borang-borang baru yang kena isi.
Lepas tu ada pula Program Pemantapan Guru j-QAF 2008 pada 28 dan 29 Oktober 2009 yang melibatkan Ustazah Siti Rokiah. Bagi Multaqa Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bersama Guru Agama Islam Negeri Johor di Kota Tinggi pada 29 Oktober 2009 pula melibatkan 2 orang Guru j-QAF iaitu Ustazah Norliza dan Ustaz Hairul Anuar.
Program Dakwah Bil Hal Peringkat Negeri Johor pada 4, ,5 dan 6 November 2009. Ustaz Hairul Anuar terlibat. Sementara Program Tafakuh Ilmiah di Seri Malaysia JB pada 31 Oktober 2009 Ustazah Fadilah terlibat.

Dalam keributan tu, adalah 2 berita gembira buat Blog Permata j-QAF SKKP....
1) Seorang Guru j-QAF SKKP mendapat Cahaya Mata Sulong. Tahniah buat Ustazah Engku Nortiha.
2) Seorang Guru j-QAF SKKP mendapat aras 4 bagi Peperiksaan PTK 2009. Tahniah buat Ustaz Hairul Anuar.

Sementara bagi E-Pelaporan j-QAF untuk bulan Oktober, Alhamdulillah ada peningkatan. Berbanding bulan Jun lalu purata keseluruhan 96% dan bagi bulan Oktober pula purata keseluruhan 97%.
Tahniah semua. Sekian.......

Ujian Jawi & Bahasa Arab


Murid-murid Kelas 1 Usaha sedang tekun menjawab soalan Ujian Kertas Jawi 6 Bulan Kedua.



Adik Khairul Ainol sedang menyemak kembali jawapan yang telah dijawabnya.


Assalamualaikum....

Alhamdulillah Ujian Jawi 6 Bulan Kedua Oktober untuk tahun 1-5 dan Ujian Bahasa Arab Kertas 1 untuk tahun 4 & 5 selamat dijalankan pada 12 Oktober 2009.

Penandaan kertas tersebut seperti berikut:

1. Ustazah Norliza - Menanda tahun 2 & 3 (Jawi).
2. Ustazah Siti Rokiah - Menanda tahun 1 (Jawi).
3. Ustaz Hairul Anuar - Menanda tahun 4 & 5 (Jawi).
4. Ustazah Fadilah - Menanda tahun 4 & 5 (Bahasa Arab).

Insya-Allah jika semuanya dapat menanda kertas dengan cepat, semua markah akan diserahkan kepada Penyelaras j-QAF sebelum 21 Oktober 2009 ni.




Sekarang nipun Ustaz dan Ustazah tengah sibuk mengisi maklumat berkaitan dengan pelaporan Iqra' dan Al-Quran. Semua rekod pencapaian individu murid untuk tahun 2 - 5 yang terdapat di dalam Buku Rekod Bacaan Iqra' & Al-Quran akan disatukan di dalam buku khas Pelaporan untuk murid-murid j-QAF SKKP. Sementara untuk tahun 1, borang rekod individu akan diguna pakai.





Sekian.....

Persediaan E -Pelaporan Oktober 2009




Assalamualaikum....

Lama tidak berjumpa sepanjang Hari Raya lalu. Kini kita sudah memasuki minggu yang ketiga di dalam bulan Syawal. Tak Lupa jugak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Muakhar kepada semua pengunjung Laman Web Permata Pasir.

Kini j-Qaf SKKP tengah membuat persediaan untuk E-Pelaporan Oktober ni.

Perkara pertama ialah mengumpul data semua murid-murid tahun 1-5 untuk Model Khatam Al-Quran dan Tasmik. Insya-Allah semua data dapat dikembalikan kepada Penyelaras j-QAF pada akhir minggu ini...9 Oktober 2009.

Perkara kedua ialah mengadakan Ujian Pencapaian Jawi 6 Bulan Kedua dan Bahasa Arab pada Isnin, 12 Oktober 2009. Semua markah perlu diberikan kepada Penyelaras j-QAF selepas Hari Raya Deepavali.

Langkah ketiga ialah mengadakan Penutupan Program Kem Bestari Solat 2009. Insya-Allah jika tiada aral melintang akan diadakan selepas peperiksaan akhir tahun.

Dengan semangat kita bekerjasama sesama kita, Insya-Allah segalanya akan selesai lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Insya-Allah Panatia Agama & j-QAF SKKP yang terbaik untuk segalanya.

Sekian....

Ayat Sukar



Al-hamdulillah kita semua sudah menghampiri hari yang ke-sepuluh akhir puasa. Pasti semuanya masih berlumba-lumba lagi membuat amalan dan amal ibadat terutama di akhir-akhir ramadhan ini.
Ada yang sudah mengkhatamkan Al-Qurannya. Bertadarus... Sama-samalah kita meneliti ayat-ayat yang diperturunkan di bawah ini untuk kita menghayati cara bacaan yang sepatutnya dan bagaimana kita membacanya.....


1.) Fawatih Suwar : فواتح السوار

2) Surah Yusuf : 11


قَالُواْ يَـٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۫نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَنَـٰصِحُونَ

3) Surah Al-Hujraat : 11



بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

4) Surah Yasiin : 52


قَالُواْ يَـٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜ‌ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ

5) Surah Al-Furqan : 69


يُضَـٰعَفۡ لَهُ ٱلۡعَذَابُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَيَخۡلُدۡ فِيهِۦ مُهَانًا

6) Surah Al-Insaan : 15 dan 16


وَيُطَافُ عَلَيۡہِم بِـَٔانِيَةٍ۬ مِّن فِضَّةٍ۬ وَأَكۡوَابٍ۬ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۟ (١٥) قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٍ۬ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرً۬ا

7) Surah Fussilat : 44



وَلَوۡ جَعَلۡنَـٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيًّ۬ا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَـٰتُهُ ۥۤ‌ۖ ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬ وَعَرَبِىٌّ۬‌ۗ

8) Surah Hud : 41



وَقَالَ ٱرۡڪَبُواْ فِيہَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَٮٰهَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

9) Surah Hud : 42



وَهِىَ تَجۡرِى بِهِمۡ فِى مَوۡجٍ۬ كَٱلۡجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ٱبۡنَهُ ۥ وَڪَانَ فِى مَعۡزِلٍ۬ يَـٰبُنَىَّ ٱرۡڪَب مَّعَنَا
وَلَا تَكُن مَّعَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

10) Surah Al-Ahqaaf : 4


ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ هَـٰذَآ أَوۡ أَثَـٰرَةٍ۬ مِّنۡ عِلۡمٍ إِن ڪُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ


Kalau ada ayat-ayat tadi yang masih ragu-ragu tentang cara bacaannya boleh pergi berjumpa dengan yang pakar. Jangan baca aje... Nanti salah pulak..... Terdapat jugak ayat-ayat Al-Quran yang bertanda dua di atas, bawah dan depan yang bertemu dengan alif wasal. Camaner ye nak baca....Teruskan je atau sape-sape yang pernah belajar nahu, pernah i'rabkan nun i'wad anit tanuwin (نون عوض عن التنوين).... contoh dibawah:


إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ


Oklah jumpa lagi....Ingat kalau tak pasti cara bacaan di atas rujuk orang yang mahir. Sama-samalah kita menjaga dan memperbaiki bacaan kita.


Afdal daripada 83 tahun


Malam Lailatul Qadar Yang Berkah

Dalam surah ini, Lailatul qadar disebut sebagai satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Cuba kita bahagikan 1000 bulan dengan 12 bulan, berapakah jumlahnya?

1000 bulan bahagi 12 bulan setahun = 83.3333 tahun

Sesiapa yang dapat mencapai Lailatul Qadar, dia seolah-olah telah mendapat ganjaran pahala ibadat selama 83 tahun lamanya.

Melalui surah Al-Qadr ini, Allah telah menetapkan 3 kelebihan Lailatul Qadar;
1. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
2. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara.
3. Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar.

Anda mengimpikan bertemu dengannya??????
Malam Lailatul Qadarlah.....

Di samping kita memasang niat untuk bertemu dengan malam tersebut, kita juga perlu memaksimumkan usaha untuk mendapatkannya.
Hadiah yang besar ini mestilah untuk orang yang besar usahanya, besar jiwanya, besar cita-citanya dan besar doanya. Hadiah yang besar ini tidak mungkin jatuh ke tangan orang yang berjiwa kecil dan tidak utuh usahanya.

Setujukah........................?

Daripada Aisyah r.a berkata: Wahai Rasullah! Jika aku mengetahui bahawa malam itu ialah Lailatul Qadar, apa yang perlu aku ucapkan? lalu baginda s.a.w. berkata: Ucapkanlah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya:

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan maka ampunilah aku.

(Sunan Al-Tarmizi, Al-Nasa'i dan Ibnu Majah,
Menurut Al-Tarmizi Hadis Hasan Sahih)



Ramadhan Karim - Antara Kelebihan Palsu & Hadis Dhaif

Ramadhan sekali lagi datang menemui kita. Setinggi syukur dipanjatkan kehadhrat Ilahi kerana kita dizinkan untuk bertemu dengan bulan mulia dan penuh keberkatan ini. Seperti biasa seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebagai bukti pengabdian dan penghambaan kepada Tuhan Sekelian Alam. Malamnya pula akan dipenuhi dengan pelbagai ibadah yang berpandukan petunjuk Nabi saw. Sesungguhnya ibadah puasa telah dijanjikan pelbagai kelebihan dan fadhilat bagi sesiapa yang menunaikannya. Cukuplah beberapa hadith di bawah ini sebagai pemangkin dan peniup semangat untuk kita:-

- Daripada Abu Said al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadith sahih riwayat al-Bukhari (6/35), Muslim (1153).

- Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah saw: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith sahih riwayat Ahmad (4/22).

- Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (Hadith riwayat al-Nasai’ (4/165), Ibn Hibban dan al-Hakim (1/421) dan sanadnya adalah sahih).

Bulan Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh junjungan besar Rasulullah saw di dalam hadith sahih yang bermaksud: “Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Hadith riwayat al-Bukhari (4/97), Muslim (1079).

Selain itu, telah dimaklumi bahawa di dalam bulan ini jugalah telah diturunkan al-Quran dan disediakan suatu peluang sebagai anugerah istimewa kepada hamba-hambaNya yang terpilih dengan Lailat al-Qadr. Firman Allah swt yang bermaksud: ((Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan batil)). (al-Baqarah: 185)

Kenapa masih berlaku?

Tetapi malang dan merupakan suatu kecacatan apabila bulan yang mulia ini dicemarkan dengan penyebaran hadith-hadith dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu) samada mengenai fadhilat bulan Ramadhan, keutamaan puasa atau kelebihan solat terawih. Malah lebih malang lagi apabila penyebaran hadith-hadith yang dhaif dan maudhu’ ini dilakukan oleh golongan-golongan ustaz melalui ceramah, tazkirah, atau penulisan mereka. Apakah yang menghalang mereka untuk memastikan terlebih dahulu taraf atau martabat hadith-hadith yang ingin disampaikan kepada masyarakat sehingga menyebabkan mereka terjebak di dalam “jenayah” ini dan sekaligus mencabuli prinsip-prinsip dan disiplin ilmu? Jika ianya dilakukan dengan hasrat untuk menggalakkan umat Islam supaya melakukan ibadah, apakah hadith-hadith yang maqbul (sahih dan hasan) sudah habis disampaikan atau ianya masih tidak mencukupi. Walaupun beramal dengan hadith-hadith dhaif di dalam perkara fadhilat dibolehkan oleh sesetengah ulamak, namun ianya masih tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu diambil kira – perlu kepada perbincangan yang lain-

Di antara hadith-hadith dhaif dan maudhu’ yang tersebar di dalam bulan Ramadhan ini ialah:

1- Daripada Abu Mas‘ud al-Ghifari berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan, tentulah mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan sepanjang tahun. Seorang lelaki dari Khuza‘ah berkata: Ceritakanlah kepada kami mengenainya. Lalu Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya syurga itu dihiaskan kerana bulan Ramadhan mulai dari awal tahun, sehingga apabila datang hari pertama bulan Ramadhan, angin bertiup dari bawah ‘Arasy lalu daun-daun syurga berdesiran. Melihat keadaan ini, lantas berkatalah para bidadari: Ya Tuhan kami, jadikanlah untuk kami di bulan ini suami-suami yang akan menyejukkan mata kami dengan mereka dan akan menyejukkan mata mereka dengan kami. Rasulullah saw bersabda lagi: Tiada seorang hamba pun yang berpuasa Ramadhan melainkan dikahwinkan dengan seorang isteri dari bidadari yang berada di dalam sebuah khemah dari mutiara besar yang berongga yang disifatkan oleh Allah sebagai: “Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, dipingit dalam khemah”. Setiap seorang wanita dari bidadari itu mempunyai tujuh puluh perhiasan yang tiada berbeza warnanya antara satu sama lain, dan diberikan kepadanya tujuh puluh jenis harum-haruman yang baunya tidak berbeza antara satu sama lain. Setiap seorang wanita itu mempunyai sebuah katil yang dibuat daripada yakut merah yang bertatahkan mutiara. Di atas setiap katil terdapat tujuh puluh permaidani yang sebelah dalamnya daripada sutera halus. Di atas tujuh puluh permaidani itu terdapat tujuh puluh katil berhias. Setiap seorang wanita itu mempunyai tujuh puluh ribu pelayan yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan tujuh puluh ribu kanak-kanak perempuan yang akan menguruskan keperluannya. Tiap-tiap seorang kanak-kanak itu mempunyai sebuah dulang dari emas yang padanya ada jenis makanan yang suapan akhirnya mempunyai kelazatan yang tidak terdapat pada suapan yang pertama. Kepada suaminya diberikan sedemikian juga di atas katil dari yakut merah. Ini hanyalah ganjaran bagi tiap-tiap hari puasanya dari bulan Ramadhan selain dari kebajikan-kebajikan lain yang dikerjakannya”.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (no. 1886) dan Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu‘at: 2/188-189) daripada sumber Jarir bin Ayub al-Bajli, daripada al-Sya’bi, daripada Nafi’ bin Burdah, daripada Abu Mas‘ud al-Ghifari.

Hadith ini berada di martabat maudhu’ (palsu), ia telah direka oleh Jarir bin Ayub. Al-Imam Ibn Hajar di dalam Lisan al-Mizan (2/101) menyebut tentang Jarir bin Ayub: “Terkenal dengan lemah”. Kemudian beliau memetik kata-kata Abu Nai’m tentang Jarir: “Adalah dia (Jarir) seorang yang memalsukan hadith”. Ibn al-Jauzi juga telah menghukum beliau sebagai seorang yang memalsukan hadith .

2- Daripada Salman al-Farisi ra, bahawasanya Nabi saw berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Sya’ban dan Baginda saw bersabda:

“Wahai sekelian manusia, telah memayungi kamu satu bulan yang agung, bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa dibulan ini wajib, dan berqiyam pada malamnya sunat, maka barangsiapa yang berbuat kebajikan padanya dengan satu kebajikan adalah serupa dengan orang yang menunaikan fardhu pada selainnya. Dan barangsiapa yang menunaikan perkara fardhu pada bulan ini, menyamai seperti menunaikan tujuh puluh fardhu di bulan-bulan lain. Ia adalah bulan sabar dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ia adalah bulan tolong-menolong, bulan yang ditambah padanya rezeki kepada orang yang beriman. Barangsiapa yang memberi makan pada bulan ini kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka amalan ini adalah pengampunan bagi dosa-dosanya, dan memerdekakannya daripada neraka, dan baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurang pahala mereka sedikitpun. Mereka lalu bertanya: Ya Rasulullah! Bukan semua kami yang mampu menjamu orang yang berbuka puasa?. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Allah akan memberi ganjaran ini kepada orang yang menjamu mereka yang berbuka puasa walau dengan seteguk susu, atau dengan sebiji tamar atau dengan secangkir air. Dan barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa, maka Allah memberikanya minum dari al-Haudh, iaitu minuman yang ia tidak akan dahaga sampailah ia masuk syurga. Ia adalah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan diri dari neraka. Maka perbanyakkanlah pada bulan ini dengan empat perkara kebajikan. Dua perkara kamu akan mendapat keredhaan dari Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak dapat tidak mesti melakukannya. Adapun dua perkara yang kamu akan mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah syahadah “La ilaha illallah” dan kamu beristighfar padanya. Dan dua perkara lagi yang kamu tidak dapat tidak mesti melakukannya ialah memohon syurga dan kamu meminta supaya dijauhkan daripada neraka”.

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (no.1887) melalui perawi Ali bin Zaid bin Jad‘an daripada Said bin al-Musaiyib daripada Salman. Sanad hadith ini adalah dhaif (lemah) disebabkan oleh Ali bin Zaid bin Jad ‘an. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib (7/322-323) mengemukakan hukuman beberapa orang ulamak terhadap Ali bin Zaid ini, antaranya:

- Ibn Sa’d berkata: “Padanya terdapat kelemahan, dan aku tidak berhujah dengannya”.

- Ahmad bin Hanbal berkata: “ Tidak kuat”.

- Ibn Ma ‘in pula berkata: “Dha‘if”.

- Ibn Khaithamah berkata: “Dha‘if dalam semua perkara”.

- Ibn Khuzaimah berkata: “Aku tidak berhujah dengannya disebabkan keburukan hafalannya”.

Ibn Abi Hatim pula di dalam kitabnya ‘Ilal al-Hadith (1/249) telah menukil pendapat ayahnya yang menyatakan bahawa hadith ini adalah “Hadith Munkar”. Pendapat ini juga disokong oleh Syiekh Muhamad Nasirudin al-Albani yang turut menyatakan bahawa hadith ini adalah Munkar.

3. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu beroleh kesihatan”.

Hadith ini adalah potongan hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi di dalam kitabnya al-Kamil fi Dhu‘afa’ (7/2521) melalui silsilah Nahsyal bin Sa‘id daripada al-Dhahak daripada Ibn ‘Abbas. Nahsyal adalah seorang yang “Matruk”, dan al-Dhahak tidak pernah mendengar hadith ini daripada Ibn ‘Abbas.

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut di dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib bahawa: “Nahsyal bin Said….. adalah ‘matruk’, dan Ishaq bin Rahuyah telah menyatakan bahawa dia adalah pendusta”. Al-Hafiz al-‘Iraqi pula di dalam kitabnya Takhrij Ahadith fi Ihya’ Ulum al-Din (3/87): “Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam kitabnya al-Awsat dan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawidaripada Abu Hurairah dengan sanad yang dha ‘if”.

(Salim al-Hilali, Sifat al-Saum al-Nabi fi Ramadhan, (Bierut: Dar Ibn Hazm, cetakan 7, 2001) hal. 108-112)

Inilah beberapa contoh daripada hadith-hadith yang dhaif dan maudhu’ mengenai fadhilat dan kelebihan puasa dan bulan Ramadhan yang tersebar di kalangan masyarakat.

Hadith palsu tentang fadhilat solat terawih

Selain daripada contoh-contoh yang telah disebutkan di atas, terdapat juga hadith-hadith dhaif dan maudhu’ lain yang menyentuh tentang fadhilat sembahyang terawih secara khusus. Antara yang termasyhur ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib tentang kelebihan tertentu pada setiap malam solat terawih.

Hadith popular pada bulan Ramadhan ini yang menyebut tentang fadhilat setiap malam solat terawih ini adalah maudhu’. Ibn al-Qayyim al- Jauziyah di dalam kitabnya “al-Manar al-Munif” telah menyenaraikan beberapa kriteria untuk mengenali hadith-hadith maudhu’ tanpa melihat dan menyemak kepada sanadnya (pengkajian terhadap silsilah rawi). Antara kriteria tersebut ialah apabila sesuatu hadih itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang terlalu banyak apabila melakukan amalan yang kecil, dan dosa dan hukuman yang terlalu berat untuk kesalahan yang kecil yang mana ianya tidak disebut oleh Rasulullah saw. Hal ini disebut sebagi al-Mujazafat. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif (Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1988), hal.47)

Maka hadith ini mempunyai kriteria tersebut. Sebagai contoh, pada malam ke-17, disebutkan bahawa ganjarannya ialah Allah swt akan mengurniakan kepada orang yang sembahyang terawih pahala sekelian para Nabi. Cuba perhatikan apakah komentar Imam Ibn al-Qayyim dalam perkara ini. Beliau berkata: ((Seolah-olah pendusta yang jahat ini (pembuat hadith palsu ini) tidak mengetahui jika seseorang yang selain daripada Nabi bersembahyang dengan umur Nabi Nuh saja, tidak akan ada seorang Nabi pun yang dapat menandinginya)). (al-Manar al-Munif, hal.46).

Dr. Yusof al-Qaradhawi di dalam kitabnya Kaifa Nata’mul ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah juga telah menjelaskan bahawa terdapat 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia terselamat dari penyelewengan dan tafsiran secara jahil tentang hadith:

1- Memastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para ulamak hadith.

2- Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.

3- Memastikan sesebuah hadith itu tidak bercanggah dengan nas/dalil yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

(Al-Qaradhawi, Kaifa Nata ‘amul ma’a al-Sunnah, cet. 2, 1996, hal 33-34).

Berbalik kepada hadith popular tentang fadhilat setiap malam solat terawih ini, ternyata ianya gagal untuk melepasi neraca pertama iaitu tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana ulamak hadith. Hadith ini kemungkinan direka oleh puak Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali bin Abi Talib yang didakwa oleh imam-imam Syi’ah bahawa beliau banyak menerima hadith-hadith khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadith ini juga mungkin bertujuan memikat golongan awam yang tidak mengetahui pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipulara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Hadith ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. Inilah penjelasan yang telah diberikan oleh Syeikh Mustafa al-Siba’ie di dalam kitabnya “al-Sunnah wamakanuta fi al-tashri’ al-islami”.

Demikianlah beberapa hadith yang diutarakan di dalam tulisan ini sebagai contoh. Di sana masih terdapat banyak lagi hadith-hadith dhaif dan maudhu’ lain yang disebarkan kepada masyarakat. Tidak dinafikan bahawa sebahagiannya mengandungi makna yang benar dan sesuai dengan syariat malah bertepatan pula dengan kajian yang dilakukan oleh manusia. Contohnya tentang kelebihan dari sudut kesihatan apabila seseorang berpuasa, telah terbukti melalui kajian saintifik. Namun, sejauh mana kebenarannya sekalipun ia masih tetap tidak dibenarkan untuk disandarkan kepada Rasulullah saw. Soalnya bukan untuk menafikan kebenaran fakta tersebut, tetapi ianya untuk mengelakkan dan menghapuskan pendustaan ke atas Rasulullah saw. Jika dalam hal ini diizinkan, maka ianya akan membuka ruang kepada golongan yang lain untuk akan turut mencipta hadith atau berhujah dengan hadith palsu yang berkaitan dengan urusan mereka lalu disandarkan kepada Rasulullah saw. Jangan dianggap bahawa dusta ke atas Rasulullah ini sama sahaja dengan dusta yang dilakukan kepada orang lain. Rasulullah saw bersabda (bermaksud): ((Barangsiapa yang sengaja melakukan pendustaan ke atasku, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka)). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, marilah seluruh umat Islam untuk kita berhati-hati di dalam urusan agama ini. Renungilah pesanan al-Imam Abdullah ibn Mubarak: “Untuk mengetahui hadith sahih memerlukan kepada penelitian, sedangkan hadith dhaif begitu mudah untuk didapati”. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa di atas kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan atau kealpaan seorang manusia. Akhirnya, semoga matlamat ketaqwaan daripada ibadah puasa ini akan diperolehi dan menjadi bekalan untuk menempuhi kehidupan dunia ini seterusnya mencapai kejayaan hakiki di akhirat kelak.

Dipetik dari Laman Web Modaris : http://abdulrazak.com

Kem Bestari Solat 3


Ustaz Zainal menanyakan sesuatu kepada Adik Shahrizal berkenaan Niat Wuduk. Dapat ke?


Ustazah Fadilah dan Ustazah Mashuminaton


Ustazah Mashuminaton dan Ustazah Siti Rokiah


Ustaz Zainal dan Ustazah Sazura sedang mengendalikan sesi soal jawab berkenaan solat kepada murid tahun 1, 2 dan 3


Wahid, Isnani.... Salasah.
Ustaz Hairul memulakan pertandingan tiup belon dan mencari anggota wuduk