Antara 4 dan 97

Alhamdulillah bersua kembali di Laman Web Permata Pasir. Bagi kami, dalam bulan Oktober ni, banyak sungguh aktiviti yang perlu disertai dan terdapat juga pemantauan dari pihak PPD dan juga JPN. Aktiviti kemaskini laporan data E-Pelaporan j-QAF sudah beres, datang pulak pemantauan dari pihak PPD dan JPN untuk menyemak fail-fail pengurusan sekolah. Ini termasuklah pula dengan Fail j-QAF tidak terlepas. Alhamdulillah sudah beres. Pemantauan kedua pula dari pihak ISO untuk SPSK bagi Negeri Johor. Banyak juga borang-borang baru yang kena isi.
Lepas tu ada pula Program Pemantapan Guru j-QAF 2008 pada 28 dan 29 Oktober 2009 yang melibatkan Ustazah Siti Rokiah. Bagi Multaqa Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bersama Guru Agama Islam Negeri Johor di Kota Tinggi pada 29 Oktober 2009 pula melibatkan 2 orang Guru j-QAF iaitu Ustazah Norliza dan Ustaz Hairul Anuar.
Program Dakwah Bil Hal Peringkat Negeri Johor pada 4, ,5 dan 6 November 2009. Ustaz Hairul Anuar terlibat. Sementara Program Tafakuh Ilmiah di Seri Malaysia JB pada 31 Oktober 2009 Ustazah Fadilah terlibat.

Dalam keributan tu, adalah 2 berita gembira buat Blog Permata j-QAF SKKP....
1) Seorang Guru j-QAF SKKP mendapat Cahaya Mata Sulong. Tahniah buat Ustazah Engku Nortiha.
2) Seorang Guru j-QAF SKKP mendapat aras 4 bagi Peperiksaan PTK 2009. Tahniah buat Ustaz Hairul Anuar.

Sementara bagi E-Pelaporan j-QAF untuk bulan Oktober, Alhamdulillah ada peningkatan. Berbanding bulan Jun lalu purata keseluruhan 96% dan bagi bulan Oktober pula purata keseluruhan 97%.
Tahniah semua. Sekian.......

Ujian Jawi & Bahasa Arab


Murid-murid Kelas 1 Usaha sedang tekun menjawab soalan Ujian Kertas Jawi 6 Bulan Kedua.



Adik Khairul Ainol sedang menyemak kembali jawapan yang telah dijawabnya.


Assalamualaikum....

Alhamdulillah Ujian Jawi 6 Bulan Kedua Oktober untuk tahun 1-5 dan Ujian Bahasa Arab Kertas 1 untuk tahun 4 & 5 selamat dijalankan pada 12 Oktober 2009.

Penandaan kertas tersebut seperti berikut:

1. Ustazah Norliza - Menanda tahun 2 & 3 (Jawi).
2. Ustazah Siti Rokiah - Menanda tahun 1 (Jawi).
3. Ustaz Hairul Anuar - Menanda tahun 4 & 5 (Jawi).
4. Ustazah Fadilah - Menanda tahun 4 & 5 (Bahasa Arab).

Insya-Allah jika semuanya dapat menanda kertas dengan cepat, semua markah akan diserahkan kepada Penyelaras j-QAF sebelum 21 Oktober 2009 ni.




Sekarang nipun Ustaz dan Ustazah tengah sibuk mengisi maklumat berkaitan dengan pelaporan Iqra' dan Al-Quran. Semua rekod pencapaian individu murid untuk tahun 2 - 5 yang terdapat di dalam Buku Rekod Bacaan Iqra' & Al-Quran akan disatukan di dalam buku khas Pelaporan untuk murid-murid j-QAF SKKP. Sementara untuk tahun 1, borang rekod individu akan diguna pakai.





Sekian.....

Persediaan E -Pelaporan Oktober 2009




Assalamualaikum....

Lama tidak berjumpa sepanjang Hari Raya lalu. Kini kita sudah memasuki minggu yang ketiga di dalam bulan Syawal. Tak Lupa jugak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Muakhar kepada semua pengunjung Laman Web Permata Pasir.

Kini j-Qaf SKKP tengah membuat persediaan untuk E-Pelaporan Oktober ni.

Perkara pertama ialah mengumpul data semua murid-murid tahun 1-5 untuk Model Khatam Al-Quran dan Tasmik. Insya-Allah semua data dapat dikembalikan kepada Penyelaras j-QAF pada akhir minggu ini...9 Oktober 2009.

Perkara kedua ialah mengadakan Ujian Pencapaian Jawi 6 Bulan Kedua dan Bahasa Arab pada Isnin, 12 Oktober 2009. Semua markah perlu diberikan kepada Penyelaras j-QAF selepas Hari Raya Deepavali.

Langkah ketiga ialah mengadakan Penutupan Program Kem Bestari Solat 2009. Insya-Allah jika tiada aral melintang akan diadakan selepas peperiksaan akhir tahun.

Dengan semangat kita bekerjasama sesama kita, Insya-Allah segalanya akan selesai lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Insya-Allah Panatia Agama & j-QAF SKKP yang terbaik untuk segalanya.

Sekian....