Penantian Takdir

Harapan akhirnya termakbul juga untuk melihat diri ini bersama-sama keluarga tercinta, isteri dan seorang anak hidup bersama-sama di bumi Johor ini. Hari ini di tengah perjalanan balik ke Segamat, isteri tercinta mendapat panggilan dari sekolahnya menyatakan sepucuk surat dari Putra Jaya mengatakan (Permohonan Penempatan Semula Diluluskan).
Alhamdulillah diri ini memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Diri ini akhirnya dapat bersama-sama keluarganya kini. Doakan segalanya selepas ini dipermudahkan.

KLAQ






Assalamualaikum......

Kem Literasi Al-Quran yang baru diadakan telah berjaya menemukan anak-anak muridku yang komited untuk tamat Iqra'. Terima kasih buat team-team j-QAF SKKP yang telah menjayakannya.

Lahirnya Sebuah Harapan...

Assalamualaikum......

Dengan sebuah harapan yang terbuku sejak dari dulu lagi apabila melihat teman-teman mempunyai blog sendiri, akhirnya diri ini berjaya jugak melahirkan laman web sebagai permulaan diri ini menapakkan diri di laman maya......
Begitulah diri ini, terkial-kial mencari makluman untuk blog ini, sekadar bertatih akhirnya diri ini berjaya.........................Yahoo!!!!!!!